in ,

Astro On The Go Melengkapi Gaya Hidup Budiey

Updated: Astro On The Go is now available on the Google Play! Download it now for selected Android devices. Klik DI SINI.

Ramai betul yang masih bertanya pada Budiey, apa itu Astro On The Go? Okay, untuk menerangkan secara ringkas, Budiey nak kasi satu situasi mudah. Bayangkan satu keadaan di mana semasa anda asyik bergelak ketawa menonton Final Super Spontan secara live di saluran Mustika HD kat rumah, tiba-tiba kawan anda call, minta tolong anda supaya datang menjemputnya di stesen LRT time tu gak!

Aduyai, frust sungguh! Habis terlepas nak tengok siaran langsung Super Spontan tu dan anda akan miss momen-momen lawak spontan dari finalis Super Spontan. Nak tak nak, lepas tu kena tonton siaran ulangan, tapi bestlah sebab kalau boleh nak la menonton secara live, kan?

Tapi, sekarang ni, masalah terlepas siaran langsung tak akan berlaku lagi selepas ini… kerana apa? Haa, kerana Astro baru-baru ini telah pun melancarkan satu servis terbaru untuk kita semua iaitu Astro On The Go! Satu perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.

Astro On The Go

Sesuailah dengan taglinenya iaitu Take Astro With You, Wherever You Go!

Jadi, sekarang anda tak perlu bergantung atau mengadap TV semata-mata untuk menonton siaran hiburan yang anda suka kerana anda boleh menonton menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda di mana sahaja anda berada.

Budiey pun dah pun cuba menggunakan servis Astro On The Go ini sejurus selepas pelancaran hari tu. Boleh tahan gak Astro On The Go ni. Sangat berinovasi!

Dan sekarang, tak sampai 2 minggu dilancarkan, korang juga boleh menonton Astro One-The-Go ini di telefon pintar iPhone secara percuma. Budiey dah cuba muat turun aplikasinya, tak seminit je, kemudian boleh login dan terus dapat tonton program yang disediakan. Mudah dan senang. Itu namanya teknologi masa kini.

Astro_On-The-Go_iPhone_-_Channels_Tab

Wow, jadinya sekarang, kita dah tonton program menarik di Astro Ria la ya. Best tul. Budiey sangat puas hati dengan servis terbaru dari Astro nih.

Budiey difahamkan, kita juga boleh tonton siaran langsung detik-detik menarik dalam 31 perlawanan bola sepak di EURO 2012 yang kini sedang berlangsung. Fuh, memang Budiey pun tak cukup tidur sebab asyik tonton perlawanan penuh mendebarkan EURO 2012. Bosan menonton di TV, Budiey baring-baring atas katil sambil menonton pula di iPhone.

Apa yang boleh Budiey katakan, ianya sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup Budiey sebagai penulis blog sepenuh masa yang sentiasa ke sana-sini untuk menghadiri events dan photoshoot bersama selebriti.

Kalau dulu, Budiey terpaksa ponteng events semata-mata nak tengok siaran langsung Anugerah Grammy, tapi sekarang tak lagi, sebab kat events pun Budiey masih boleh mengikuti siaran anugerah itu dengan kemudahan yang disediakan di Astro On The Go.

Bagi Budiey dengan adanya Astro On The Go, pastinya ia memenuhi citarasa generasi muda dan melengkapi gaya hidup mereka.

Kalau anda perasan, iklan Astro On The Go dah pun muncul kat TV. Wah, ada Stephen Rahman sebagai pelakon iklan ni. Tak ubah, sebijik macam gaya Johnny Depp lak.

Tak percaya korang boleh cuba. Haa, anda yang bekerja di pejabat tu pun boleh curi-curi masa untuk tengok siaran drama kesukaan korang.

Untuk anda yang suka tengok perlawanan bola sepak EURO tak lama lagi ni, korang tak akan kecewa sebab terlepas menyaksikan gol kemenangan. Sebab dengan Astro On-The-Go, anda tidak akan kecewa lagi, kerana anda boleh membawa dan menyaksikan perlawanan SECARA LANGSUNG tersebut, ke mana-mana sahaja bersama anda. Best kan?

Budiey difahamkan Astro On The Go telah mencipta sejarah di mana menjadi antara perkhidmatan TV online yang terbesar di Malaysia dan servis ini bukan calang-calang sebab nanti ia akan berkembang demi melengkapkan gaya hidup pengguna.. Yang penting, Astro on The Go dapat dinikmati oleh para pelanggan Astro berdasarkan pakej langganan mereka setiap bulan.

Astro On The Go

Jadi, jika anda adalah pengguna gajet mudah alih, pengguna iPad, gajet telefon bimbit pintar dan tablet, memang tak sah kalau korang tak guna Astro On The Go. Ini kerana Astro On The Go ni dicipta khusus untuk pengguna gajet yang kerap mengakses internet.

Apa taknya, anda boleh ikuti rancangan keagamaan, program hiburan, siaran perlawanan bola sepak, siaran berita dan klip video lagu-lagu terkini hanya dari skrin smartphone je.

Selain acara-acara yang bersiaran secara langsung, Budiey tengok ada juga Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) disediakan untuk pengguna.

Berbeza dengan servis TV internet yang lain, Astro On The Go adalah pada rancangan hiburan, liputan sukan secara langsung, pendidikan, rancangan berbentuk kekeluargaan serta realiti TV.

Sudah tentu, Astro perlu menyediakan bahan yang sukar untuk didapati di mana-mana media yang lain. Barulah nampak eksklusif dan gempak kan?

Untuk info pembaca, Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video Atas Permintaan dan Acara SIARAN LANSUNG. Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka.

Astro On The Go

Buat masa ini, 11 saluran TV yang boleh diperolehi melalui Astro On-The-Go termasuklah saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Xing. Walau bagaimanapun, lebih banyak saluran TV akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Astro juga turut memperkenalkan Video Atas Permintaan menerusi dekoder yang disambungkan kepada saluran Jalur Lebar dengan PVR yang mempunyai akses kepada gedung Video Atas Permintaan tempatan dan antarabangsa. Melalui kemudahan ini, pelanggan Astro boleh menyaksikan filem-filem Astro First dan Sundance di mana sahaja pada bila-bila masa.

Antara koleksi video yang boleh dinikmati menerusi perkhidmatan TV Ulangan akan datang termasuklah filem Nongkrong, drama bersiri pendidikan tempatan Oh My English, drama-drama Korea seperti Secret Garden, Scales of Justice, Its Ok Daddy’s Girl serta program Disney seperti Phineas and Ferb dan Art Attack.

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media Tergempar Neelofa VS Anzalna

Episod Terakhir Drama Lara Hati