in ,

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Pilih, Tonton, Serta Merta. Rakyat Malaysia kini boleh menonton rancangan-rancangan hebat pada bila-bila masa dengan penawaran terbaru Astro, On Demand (OD).

Astro memperkenalkan cara terbaru menikmati hiburan, di mana setiap dari rakyat Malaysia kini berpeluang untuk memilih rancangan kegemaran mereka dan menontonnya serta merta di TV dan juga di alat peranti. Pengguna boleh memilih ribuan pilihan kandungan hiburan daripada filem-filem aksi terhebat Hollywood seperti The Avengers; Age of Ultron dan Fast and Furious 7, hiburan terbaik Asia seperti Memori Cinta Suraya, Ba Ba Qu Na Er dan Rasikka Rusikka, siri-siri komedi seperti The Big Bang Theory, filem-filem kesukaan kanak-kanak seperti Minions dan Inside Out, filem-filem yang mendebarkan seperti Arrow dan Gotham, filem-filem seram klasik Saw dan Insidious, drama-drama Korea terhangat seperti Village and the Gang Doctor serta ratusan siri animasi klasik dan terbaru dari negara Jepun.

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Tambahan lagi, pelanggan boleh menonton keseluruhan episod rancangan-rancangan hebat ini secara sekaligus – bayangkan anda boleh menonton kesemua lima musim rancangan Game of Thrones dalam tempoh satu minggu!

OD yang diperkenalkan Astro ini membolehkan rakyat Malaysia menentukan sendiri pengalaman tontonan TV masing-masing – daripada pilihan kandungan sehinggalah bagaimana dan bila mereka mahu menonton rancangan tersebut. Kepelbagaian pilihan kandungan termasuklah filem pecah panggung yang terhebat dan terkini, dan memiliki akses ke atas keseluruhan episod lengkap sesebuah siri TV yang digemari mampu menarik minat individu-individu berbeza dari setiap isi rumah.

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Rakyat Malaysia merupakan kumpulan pengguna yang cukup sofistikated, sentiasa berhubung di atas talian, sentiasa dilihat berada di garisan grid digital, dan sentiasa menginginkan akses kepada kandungan ketika berada di luar rumah, sama ada secara atas talian atau di luar talian. Hari ini, kami melihat terdapat peningkatan dalam permintaan terhadap perkhidmatan Video On Demand. OD adalah cara terbaru menikmati kandungan, sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja”.

Kini, selain dari saluran TV linear yang sedia ada, setiap individu dari setiap isi rumah boleh menentukan sendiri pengalaman tontonan siri-siri TV dan filem-filem kegemaran mengikut kepada keselesaan masing-masing. Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan OD menerusi dekoder PVR yang disambungkan kepada Internet di rumah, ataupun menerusi aplikasi Astro on The Go (AOTG) di telefon pintar, laptop ataupun tablet masing-masing, dengan pilihan yang pelbagai demi menepati keperluan dan bajet yang berbeza-beza. Bagi para pengguna yang tidak melanggani pakej Astro, mereka masih boleh menikmati kandungan OD menerusi AOTG.

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

“Terdapat perubahan besar dalam trend pengambilan kandungan,” tambah Dato’ Rohana. “ Fokus kami yang seterusnya adalah untuk memenuhi keperluan kandungan individu dalam isi rumah, yang kami panggi ‘ruang individu’, ‘ruang peranti pintar’ dan juga ‘ruang dalam rumah dan mudah alih’. Ini merupakan kumpulan-kumpulan pengguna yang kami harapkan untuk bertambah daripada 800 ribu pengguna individu berdaftar hari ini kepada lebih daripada 3 juta dalam tempoh masa 5 tahun”.

Untuk menggalakkan lebih banyak tontonan hiburan on-demand, Astro mensasarkan sejumlah 500 ribu sambungan dekoder PVR pada akhir tahun ini berbanding 181 ribu sambungan dekoder buat masa kini. Astro turut mensasarkan peningkatan jumlah muat turun AOTG daripada 1.8 juta pada hari ini kepada 2.5 juta pada akhir tahun ini, dan yang lebih penting menyasarkan jumlah tontonan pengguna yang aktif daripada 140 minit seminggu kepada lebih 180 minit seminggu menjelang akhir tahun.

Turut diperkenalkan adalah satu fungsi baru muat turun AOTG yang kini boleh digunakan, di mana rancangan-rancangan boleh dimuaturun ke peranti mudah alih untuk tontonan di luar talian.

Jelas Rohana, “Penyimpanan Cloud telah merubah cara kita menjalankan perniagaan. Astro telah mengambil satu langkah kehadapan dalam penghantaran kandungan On Demand dengan menaiktaraf system eko Cloud yang membolehkan kami meningkatkan skala katalog OD dengan mudah. Pada masa yang sama juga, ia membolehkan kami untuk meningkatkan penghantaran kandungan dan menaiktaraf pengalaman tontonan pengguna ke seluruh jenis peranti termasuklah set top box, telefon pintar, tablet, laptop dan juga komputer.

OD menawarkan tiga pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap bajet dan juga pilihan tontonan.

OD Free: Pelanggan Astro yang telah pun menyambung PVR mereka kepada Wi-fi di rumah boleh menikmati pelbagai rancangan kegemaran mereka secara percuma.

Pilih dan tonton episod dan musim terbaru siri TV popular seperti Empire, Scandal, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Game of Thrones, The Blacklist, The Voice dan banyak lagi – semuanya bersiaran serentak dengan hari tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

Juga, jangan lupa untuk menonton kembali episod terbaru rancangan-rancangan tempatan seperti Akademi Fantasia, Classic Golden Melody dan sebagainya.

OD Plus: Astro menyediakan akses on-demand kepada kandungan tempatan dan antarabangsa yang lebih hebat termasuklah filem blokbuster, siri lengkap drama bersiri TV dan juga rancangan kanak-kanak, pada hanya RM 15.90/sebulan.

Pilih dan tonton kesemua episode rancangan kegemaran anda secara pukal seperti Grey’s Anatomy, The Flash, Arrow, Gotham, How To Get Away With Murder, Agent Carter, Big Bang Theory dan filem-filem blockbuster Hollywood seperti koleksi lengkap Harry Potter dan trilogi The Lord of the Rings.

Pilih dan tonton episod rancangan kegemaran Korea seperti Infinite Challenge dan Just Married. Peminat animasi pula berpeluang memilih dan menonton serta merta judul terbaru Animax dari Jepun dan kanak-kanak boleh memilih dan menonton kesemua episod kegemaran mereka.

OD Store: Pelanggan boleh memilih dan membayar judul-judul terbaru yang ditayangkan di pawagam dan menontonnya serta merta – daripada Hollywood sehinggalah filem tempatan dan blokbuster Asia merangkumi pelbagai bahasa antarabangsa dan vernakular, termasuklah Melayu, Cina dan India.

Fast & Furious 7, The Avengers: Age of Ultron dan Inside Out serta Kapsul, Bravo 5, Jejak Warriors, Heart Attack dan The Killer boleh didapati di OD Store.

Pelanggan Astro yang menyambung PVR mereka ke Internet sebelum 31 Januari 2016 akan menikmati akses percuma selama 3 bulan kepada kandungan OD Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Provides Incredible Midnight Launch Experience

Tambang Istimewa Bagi Kesemua Destinasi Asia & Australia