in

Astro Lancar Saluran Khas WWE, Ragbi & Kriket

Astro, peneraju kandungan sukan tanahair, mengumumkan pelancaran saluran WWE Network, SETANTA Sports HD dan Cricket HD dalam usaha membawakan liputan tanpa henti kepada peminat sukan di Malaysia. WWE Network dan SETANTA Sports HD sudah boleh dilanggan manakala Astro Cricket HD akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2015.

WWE Network boleh didapati dalam format SD (saluran 820) dan HD (saluran 840) pada hanya RM10.60 sebulan bagi pelanggan Pek Astro Sports. Ia juga boleh dinikmati pelanggan NJOI pada harga RM15.90 untuk akses selama 3 hari dan RM31.80 untuk akses selama 30 hari. WWE Network menawarkan kesemua 12 acara bulanan khas WWE seperti BattleGround, SummerSlam, Survivor Series dan sebagainya SECARA LANGSUNG tanpa caj tambahan serta akses 24/7 untuk rancangan yang memaparkan tayangan perdana siri asal, perlawanan klasik, dokumentari, rancangan realiti, liputan eksklusif acara-acara khas dan kandungan video on demand setiap bulan, termasuk acara-acara bulanan khas WWE yang lepas.

Astro Lancar Saluran Khas WWE, Ragbi & Kriket

SETANTA SPORTS HD (saluran 839) yang juga berharga RM10.60 sebulan menyajikan barisan rancangan perlawanan ragbi terbaik dalam saluran berdefinisi tinggi. Para peminat ragbi boleh menikmati perlawanan ragbi bertaraf dunia seperti RBS 6 Nations, Rugby Championship, British & Irish Lions Australia Tour, Super Rugby, NRL dan pelbagai lagi perlawanan dan rancangan yang menarik.

Bukan itu sahaja, Cricket HD (saluran 838) yang boleh didapati dengan harga RM26.50 sebulan akan membawakan perlawanan kriket terbaik daripada seluruh dunia dalam saluran berdefinisi tinggi, termasuk liputan ke atas perlawanan-perlawanan kriket utama seperti ICC World T20, ICC Champions Trophy, ICC Women’s World Cup, ICC Intercontinental Cup, ICC World Cricket dan League Championship.

Dengan pelancaran saluran sukan terbaru ini, Astro kini mempunyai 14 saluran sukan yang memberi liputan hebat sukan-sukan seperti bola sepak, tenis, badminton, hoki, sukan permotoran, golf, ragbi, kriket, WWE dan banyak lagi. Kesemua saluran sukan tersebut juga boleh didapati pada platform Astro on the Go bagi membolehkan peminat sukan tempatan menonton rancangan sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana jua mereka berada

Bersempena pelancaran saluran sukan yang baru, Astro memperkenalkan pakej Sports Focus, yang merangkumi saluran SETANTA Sports HD, Cricket HD dan Golf HD pada harga istimewa sebanyak RM37.10 sebulan. Sports Focus hanya boleh dinikmati oleh pelanggan Pek Astro Sports sahaja.

Untuk melanggan, sila ke Portal Perkhidmatan Astro di saluran 200, hubungi 603-9543 3838 atau layari www.astro.com.my/shop.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik ADUH ADUH SAYANG Trending di Youtube Malaysia

Jemputan Ke Party Hari Jadi Budiey Ke-39