in

Astro Lancar Saluran BollyOne HD

Saluran HD Baharu Astro, Tawar Filem Bollywood. Langgan filem Bollywood terkini pada kadar RM5 sebulan.

Akan datang, para peminat filem Bollywood berpeluang menikmati filem-filem Bollywood terbaharu berbentuk HD (Definisi Tinggi) di saluran baharu Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD yang bakal menemui anda. Saluran 251, BollyOne HD turut tersedia untuk pelanggan Astro bermula dari 1 September 2014 sehingga 18 September 2014 dalam bentuk pra-tonton. Pelakon popular juga bergelar ‘Ratu Bollywood’, Kajol, merupakan tetamu kehormat bersempena majlis pelancaran saluran baharu yang berlangsung pada hari ini di JW Marriot Hotel.

2753 BollyOne HD BillBoard

Dr.Rajamani Chellamuthu selaku Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Segmen India Astro , berkata:

“Kami berbesar hati kerana dapat membawakan filem-filem baharu yang terbaik Bollywood terutamanya khas bagi pencinta Bollywood yang telah lama menantikan filem-filem terkini Bollywood.”

ABO BollyOne HD… filem Bollywood terkini merupakan saranan bernilai kami kepada penonton. Semestinya, BollyOne HD akan menjadi pilihan dan kualiti hiburan yang terbaik buat semua pencinta filem-filem Bollywood. Setakat ini, saiz pasaran semasa bagi filem Bollywood berjumlah 1.4 juta.

Saluran ABO BollyOne HD akan memberikan sesuatu kelainan kepada pelanggan Astro dengan adanya peluang menonton filem-filem Bollywood terkini dalam kualiti HD (Definisi Tinggi), mempunyai kualiti bunyi sekeliling yang padat dan juga dua sarikata pilihan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sebanyak 7 filem baharu bakal tayangkan pada bulan pertama saluran ini beroperasi, antaranya adalah filem Youngistan, Darr@The Mall, Boothnath Returns, O Teri, Holiday, Queen dan Dedh Ishqiya. Manakala, pada bulan berikutnya bakal menyaksikan beberapa filem seperti Humshakals, Bobby Jasoos, Kick dan Singham Returns.

Terdapat beberapa filem baharu Bollywood terpilih yang bakal ditayangkan di saluran ini berdasarkan filem-filem Bollywood yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini. Oleh itu, sesetengah filem Bollywood tersebut akan dijadikan sebagai filem tayangan perdana di Saluran BollyOne HD. Untuk pelanggan HD yang sedia ada, boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM 5 sebulan.

Saluran BollyOne HD akan menayangkan 4 hingga 5 filem terkini dalam sebulan, serta keluaran filem -filem terbaharu setiap hari Khamis pada waktu perdana, jam 9 malam. Di samping itu, saluran ini turut mempamerkan program-program berbentuk konsert, penyampaian anugerah (Bila-bila masa boleh didapati), gosip-gosip, apa jua cerita terkini di Bollywood dan termasuklah memutarkan beberapa selingan muzik video sebagai pengisi kandungan. Oleh itu, para pelanggan HD boleh menonton filem terkini Bollywood pada bila-bila masa dengan seberapa kerap yang anda mahu disamping keluarga dan rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Saluran 251, BollyOne HD, sila layari laman web di www.bollyonehd.com.

Untuk interaksi dan maklumat terkini anda boleh layari: –
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Astro-BollyOne-HD
Twitter: https://twitter.com/AstroBollyOneHD
Hashtag: #BollyOneHD #CH251

Dedh-Ishqiya_Madhuri

Bhootnath returns 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Race Start Season 2 in Malaysia Ticketing Details

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Ultra FM 2014