in

Astro Lancar NJOI TV Satelit Malaysia Percuma Pertama

NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama dari Astro


PM berkata, “NJOI memberikan rakyat Malaysia akses percuma kepada pendidikan, informasi dan hiburan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan”

Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

Launch of NJOI - Caption in TXT file

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkata pada majlis pelancaran NJOI, “Ilmu adalah satu komponen yang amat penting dalam mana-mana masyarakat yang progresif dan merupakan asas bagi kecemerlangan sesebuah negara. Memberi rakyat akses kepada kepelbagaian maklumat adalah sangat penting dalam menghasilkan tenaga kerja yang pelbagai bakat, berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif dalam membina ekonomi berasaskan pengetahuan ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.”

Perdana Menteri menambah bahawa pengenalan perkhidmatan NJOI daripada Astro merupakan contoh terbaik rakyat didahulukan, kerana ia bukan sahaja mampu mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat tetapi juga menyediakan rakyat hak asas dari segi kualiti pendidikan, informasi dan pengetahuan untuk rakyat Malaysia secara percuma. Kemasukkan mercu tanda TV satelit Malaysia percuma pertama akan memberikan lebih banyak pilihan dalam kandungan TV berbayar mahupun percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri telah diiringi oleh Dato’ Joseph Gandum Salang; Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Haji Badri Haji Masri; Pengerusi Astro dan Dato’ Rohana Rozhan; Ketua Pegawai Eksekutif Astro ketika menyerahkan perkhidmatan percuma NJOI kepada 20 penerima daripada senarai pangkalan data eKasih Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) dari Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Rohana berkata, “Apabila kami melancarkan perkhidmatan Astro 15 tahun yang lalu, kami percaya bahawa Astro mempunyai peranan yang penting dalam merapatkan jurang digital dengan bantuan teknologi satelit yang menyediakan capaian paling berkesan ke semua kediaman di negara ini. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan mereka dalam membantu Astro mencapai 50 peratus kadar penembusan kediaman yang mempunyai TV di Malaysia. Cabaran dan aspirasi kami di Astro adalah untuk terus belajar daripada pelanggan kami dalam menyediakan nilai pulangan yang holistik sesuai dengan gaya hidup pilihan, keutamaan dan bajet masing-masing. Kami memahami tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada masyarakat. Hari ini kami masih menawarkan pek pemulaan serendah RM37.95 untuk dinikmati oleh pelanggan-pelanggan Astro. Pelanggan kemudiannya boleh memilih untuk menambah pakej genre dan perkhidmatan inovatif seperti definisi tinggi, video atas permintaan atau rakaman video peribadi mengikut pilihan dan kesesuaian masing-masing. Tidak lama lagi, Astro juga akan boleh didapati di mana-mana sahaja dengan menggunakan peranti pilihan yang dikehendaki.

Kami mengambil setapak lagi langkah maju ke hadapan dengan memastikan NJOI tersedia untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia dengan kandungan asas teras dalam pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk acara sukan utama secara percuma.

NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk Semua di Malaysia

Prime Minister, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak at the launch of NJOI

Pelancaran NJOI pada hari ini memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa.

Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

Dato’ Rohana Rozhan, Chief Executive Officer of Astro

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang), Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.

Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my 

Activating the NJOI decoder for e-Kasih recipient Rahimah bte Abd Majid - Caption in TXT file
Prime Minister, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak activating the NJOI decoder for e-Kasih recipient Rahimah bte Abd Majid
Prime Minister, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak presenting NJOI Decoders to eKasih Recipients

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Sambut Tahun Baru di The Float Marina Bay

Universal Jamming Session Volume 1