in

Astro Lancar Konsert Suara Kami

Selebriti Tempatan dan Antarabangsa Bakal Gegarkan Konsert Suara Kami Astro, 17 September di Stadium Merdeka

Saksikan artis-artis seperti Rania, Naresh Iyer, Chenmayi, Yuna, Faizal Tahir dan banyak lagi secara langsung di himpunan belia terbesar Astro

Video Sekitar Sidang Pelancaran Suara Kami 2011

Video Sidang Media Suara Kami

6 September 2011, Kuala Lumpur – Sorak bersama di konsert belia terhebat, Konsert Suara Kami 2011 yang membawakan nama-nama terhebat persada seni muzik yang bakal beraksi di Stadium Merdeka pada 17 September 2011 bertempat di Stadium Merdeka bermula jam 8:00 malam.

From Left - Khairul Anwar Salleh (VP, Malay Language Business), Henry Tan (COO, Astro), Jake Abdullah (Group General Manager, AMP Networks)

“Muzik adalah seni yang tiada batasan yang menjadi bahasa pengantara antara belia pelbagai budaya. Konsert Suara Kami 2011 meraikan semangat para belia selain menyambut 15 tahun perkhidmatan Astro kepada para pelanggan kami. Pada masa yang sama kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut Hari Malaysia dengan membawakan sambutan berganda yang diserikan dengan barisan artis dan selebriti ternama, tempatan dan juga antarabangsa,” ulas Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia.

Antara barisan tersenarai dari arena muzik antarabangsa adalah, sensasi terbaru budaya K Pop, Rania; raja dan ratu carta hit India, Naresh Iyer dan Chinmayi yang telah memenangi banyak anugerah, serta penyanyi Canto pop Hong Kong, Hins Cheung. Selain mereka, terdapat juga beberapa lagi barisan artis-artis tanahair yang bakal berkongsi pentas yang sama seperti Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz, Stacy dan ensembel gitaris-gitaris lagenda seperti Man Kidal, Kid Search, Joe Wings dan Hillary Ang.

Henry Tan, COO Astro

Peminat K Pop boleh bertemu secara langsung barisan penyanyi dan penari Semi, Riko, Jooyi, Di, Joy, T-ae dan Xia dari Rania. Kumpulan ini telah mendapat perhatian media serata dunia hasil album pertama mereka yang dibantu oleh composer terkenal Teddy Riley, yang bertanggungjawab atas kejayaan artis-artis bertaraf platinum seperti Micheal Jackson dan Lady Gaga.

Naresh Iyer dan Chenmayi adalah penyanyi-penyanyi latar popular dari India yang telah menyumbangkan suara mereka dalam filem-filem Tamil, Telugu, Tulu dan Malayalam. Naresh Iyer contohnya terkenal dengan rendisi lagu-lagu bahasa India dan telah meraih kejayaan dalam carta hits di India. Setara hebatnya, Chinmayi meraih populariti di umur awalnya di persada Bollywood melalui filem Mangal Pandey dengan lagu ‘Holy Re’. Terkenal di seluruh pelusuk dunia, Naresh Iyer dan Chinmayi sering mengililingi dunia untuk menemui peminat yang rata-ratanya dari komuniti India.

Rakyat Malaysia juga boleh menyaksikan sendiri Konsert Suara Kami pada 17 September, 8:30 malam di saluran Astro RIA (Saluran 104), Raya HD (Saluran 188), Astro AEC (Saluran 301), Astro Vaanavil (Saluran 201), Astro Hitz (Saluran 705), TV2 dan TV9 selaku rakan media untuk menyiarkan konsert tersebut. Konsert Suara Kami ini juga boleh ditonton melalui laman sesawang www.suarakami.com.my, Portal Astro WAP dan ERA.fm.

Kemasukan adalah percuma dan tempahan tiket boleh didapati di http://www.suarakami.com.my. Tiket juga boleh dimenangi melalui www.facebook.com/astro atau dengan mengikuti Twitter rasmi Astro di akaun @suarakami2011. Selain laman-laman di internet, radio-radio rasmi Astro juga akan mengedarkan tiket-tiket kepada pendengar-pendengar bertuah di stesyen-stesyen radio seperti Hitz, Era, THR Raaga and MY.fm.

Group Shot of Celebrities for Suara Kami with Khairul Anwar Salleh (VP, Malay Language Business), Henry Tan (COO, Astro), Jake Abdullah (Group General Manager, AMP N

Group Shot of Celebrities for Suara Kami 2

Altimet, Rabbit Mac and Point Blanc performing Malaysian Boy

DJ Fuzz, spinning for Malaysian Boy flanked by Altimet, Rabbit Mac and Point Blanc in the background

Faizal Tahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan Raja Lawak Diserang Penyakit Lupa Kronik

A Smarter Life, A Smarter World Samsung