in ,

Astro Kerjasama TIME Lancar Byond IPTV

Astro B.yond IPTV – Terbaik dalam 3 dunia menerusi 1 perkhidmatan
Perkhidmatan berbilang menerusi Astro TV (HD, PVR, VOD), Jalur Lebar Gentian Kelajuan Tinggi dan Suara

Astro kini menawarkan siaran TV, kemudahan jalur lebar dan komunikasi suara terbaik menerusi perkhidmatan terbarunya – Astro B.yond IPTV (TV Protokol Internet). Astro B.yond IPTV membawakan gaya hidup digital sebenar untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mendahagakan ilmu dan keterhubungan global.

Usaha sama strategik Astro dengan TIME dotcom Berhad (TIME) untuk menyediakan perkhidmatan IPTV sejak Disember 2010 membawakan kemudahan berbilang saluran Astro dalam HD (Definisi-Tinggi) dengan fungsi Rakaman Video Peribadi (PVR) dan VOD (Video-atas-Permintaan). Perkhidmatan ini dibawakan menerusi kemudahan jalur lebar gentian 100% TIME dengan kelajuan internet terpantas di negara ini, serta komunikasi suara pada nilai terbaik untuk kediaman-kediaman di Malaysia.

(L-R) Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, Dato' Rohana Rozhan, CEO of Astro, Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer of Astro, and Henry Tan, Chief Operations Officer of Astro

(L-R) Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, Dato’ Rohana Rozhan, CEO of Astro, Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer of Astro, and Henry Tan, Chief Operations Officer of Astro

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia berkata, “Pada Disember 2009, menerusi pelancaran Astro B.yond, kami membawakan saluran HD dan 3D pertama, dan seterusnya perkhidmatan PVR kepada rakyat Malaysia. Sejak dilancarkan, kami telah menerima permintaan yang luar biasa bagi perkhidmatan kami, yang kini disediakan di lebih 500,000 daripada 3 juta isi rumah yang menerima Astro. Namun begitu, hampir 320,000 pelanggan Astro sedia ada yang tinggal di kediaman berpusat tinggi tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan tersebut dan kini memberi kesempatan kepada Astro untuk menawarkan perkhidmatan tersebut kepada mereka.

Pada hari ini, Astro B.yond mencatatkan satu lagi mercu jaya dalam pembangunannya atas dorongan daripada para pelanggan kami. Astro B.yond IPTV boleh diperolehi secara beransur-ansur kepada 167,000 kediaman di 730 bangunan berbilang kediaman (MDU) di Lembah Klang dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun. Buat masa ini, Astro B.yond IPTV boleh didapati di 60 bangunan kediaman tinggi di sekitar Mont Kiara, KLCC, Bangsar dan Pulau Pinang dengan kerjasama TIME. Sejak pelancaran rintis, kami telah menerima permintaan terkumpul dan mencapai tahap langganan 100 peratus di dua buah kondominium yang menggunakan pendawaian gentian TIME.”

Ketua Pegawai Eksekutif TIME; Afzal Abdul Rahim mengulas, “Pelancaran Astro B.yond IPTV menambah baik pengalaman multimedia dan internet dengan ketara di kediaman-kediaman Malaysia. Kepakaran yang menggandingkan kecekapan pengaturcaraan Astro dan rangkaian berasaskan gentian 100% TIME pasti menjadikan Astro B.yond IPTV produk terbaik yang ditawarkan di pasaran. Sebagai rangkaian pilihan Astro, kami akan menyempurnakan pendawaian di bangunan sasaran dan beriltizam untuk menjayakan pakatan ini.”

Harga & Pakej Fleksibel
Astro B.yond IPTV disediakan dalam pakej jalur lebar fleksibel pilihan anda pada harga serendah RM128 untuk 3Mbps sebulan, yang boleh didapati di samping langganan Astro semasa. Pelanggan Astro B.yond IPTV boleh menikmati kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi dan perkhidmatan VOD percuma, hanya sehingga 30 Jun 2011.

Peralatan dan pemasangan percuma
Pelanggan Astro B.yond IPTV akan diberikan peralatan dan perkhidmatan pemasangan percuma bernilai sehingga RM3,000. Astro B.yond IPTV meliputi set HD dan PVR, kabel HDMI, dan modem penghala Wi-Fi, yang semuanya disediakan dengan pemasangan percuma. Layari www.astro.com.my/iptv; atau telefon 03-9543 1543 untuk maklumat lanjut tentang semuapakej dan lokasi di mana perkhidmatan boleh didapati. (Sila rujuk kepada brosur yang dilampirkan untuk butiran lanjut)

Astro B.yond IPTV: Hiburan di Rumah Luar Biasa dengan Perkhidmatan Berbilang
Pelanggan Astro B.yond IPTV akan menikmati pengalaman menonton TV yang luar biasa dengan teknologi pelopor industri terkini menerusi kotak ‘tri-brid’ yang beroperasi dalam semua mod – Satelit Terus ke Rumah (DTH), IPTV tulen dan juga mod hibrid DTH-IPTV. Apabila terhubung, kotak ‘tri-bird’ Astro B.yond boleh dihubungkan kepada rangkaian jalur lebar gentian TIME untuk menikmati perkhidmatan atas permintaan yang menyeluruh, memberikan lebih banyak pilihan dan tahap kawalan lebih tinggi bagi menyokong produk dan perkhidmatan Astro B.yond.

Astro B.yond IPTV ialah penyelesaian terbaik di rumah kerana ia bukan sahaja memenuhi gaya hidup ‘terhubung’ keluarga moden, tetapi juga keperluan maklumat, hiburan dan hubungan individu. Setiap kediaman akan diberikan lebar jalur terkhusus sebanyak 100 Mbps, yang cukup luas untuk menyokong 2 kotak Astro B.yond secara selari, masing-masing merakamkan sehingga 2 saluran HD serentak sambil menyaksikan sama ada salah satu saluran HD atau kandungan HD yang dirakamkan dan memuat turun program VOD ketiga dalam HD. Sementara itu, sebanyak 30 MBps lagi yang juga 30 kali lebih pantas daripada kemudahan 1 Mbps, digunakan untuk menyokong semua peranti terhubung seperti komputer riba, peranti tablet, telefon bimbit dan konsol permainan menggunakan Wi-Fi dalam setiap kediaman. Sambungan gentian TIME dihubungkan terus ke rumah, memastikan kelajuan konsisten yang diperlukan dalam penyampaian IPTV serta kualiti Internet yang tiada tandingan.

Apabila dihubungkan, pelanggan Astro B.yond IPTV boleh mencapai kandungan hiburan, pendidikan dan sukan antarabangsa dan tempatan yang terbaik – dengan lebih 130 saluran Astro secara langsung dan atas permintaan, termasuk 12 saluran HD, PVR dan perpustakaan kandungan VOD yang sentiasa dikemas kini. Astro B.yond IPTV berfungsi atas dasar muat turun berperingkat yang bermakna kandungan dapat ditonton dalam masa beberapa saat sebelum ia dimuat turun sepenuhnya.

Melalui pilihan beratus jam kandungan TV, pelanggan boleh menyaksikan rancangan VOD – drama, program kesejahteraan dan siri kanak-kanak. Pada bulan-bulan akan datang, para pelanggan boleh menonton program keluaran terbaru, program terbaik minggu ini dan program-progam kemahiran istimewa.

Dato’ Rohana menyambung, “Pada kadar penembusan 50 peratus bagi TV di kediaman-kediaman di Malaysia, kami kini merupakan sebahagian penting daripada kehidupan harian penonton dan pendengar. Ini satu keistimewaan yang tidak dipandang ringan oleh Astro. Dalam pada itu, Astro akan terus berusaha menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan kami dan kekal sebagai pilihan utama pelanggan bagi hiburan di rumah. Melalui cara demikian, kami terbuka kepada pakatan saling menguntungkan dengan rakan penyedia kemudahan Gentian ke Rumah (FttH) lain untuk memastikan tawaran berbilang Astro B.yond IPTV boleh didapati di seluruh Malaysia.”

Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, at the press conference of Astro B.yond IPTV media launch.

Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, at the press conference of Astro B.yond IPTV media launch

(L-R) Dato' Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia, officiating the launch of Astro B.yond IPTV with Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom

(L-R) Dato’ Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia, officiating the launch of Astro B.yond IPTV with Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom

Dato' Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia (R), with Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, showcasing TIME's powered broadband service with Astro B.yond IPTV.

Dato’ Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia (R), with Afzal Abdul Rahim, CEO of TIME dotCom, showcasing TIME’s powered broadband service with Astro B.yond IPTV

Astro-TIME's strategic partnership brings to life the best of Broadcast, Broadband and Voice through Astro B.yond IPTV.

Astro-TIME’s strategic partnership brings to life the best of Broadcast, Broadband and Voice through Astro B.yond IPTV

Dato' Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia, at the press conference of Astro B.yond IPTV media launch.

Dato’ Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia, at the press conference of Astro B.yond IPTV media launch

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Kahwin Zed Zaidi Tema Facebook

Jom Join Facebook Capital Of The World