in ,

Astro Gondol Emas dan Perak di Promaxbda Asia Award

Astro Gondol Emas dan Perak di Promaxbda Asia Award

Astro berbesar hati kerana telah meletakkan Malaysia di atas peta Asia dalam bidang pengisian kandungan kreatif. Astro berjaya menggondol pengiktiran melalui enam (6) kategori sewaktu Promaxbda Asia Award yang berlangsung di Singapura baru-baru ini

Enam kategori yang dimenangi oleh Astro adalah seperti berikut:
• Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Muzik Cetak Rompak— Kitaran Cetak Rompak, Emas untuk Promo Komedi Terbaik
• Teaser Jangan Lupa Lirik 3, Perak untuk Promo Komedi Terbaik
• Tarian Diski, Emas untuk Interstitial Terbaik
• Filem Astro Box Office Thangathirai, Perak untuk Promo Filem Terbaik
• Rob Middleton – Naib Presiden Pengurusan Kandungan, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
• Cheow Chun Hong – Penerbit, Publisiti dan Promosi Astro Entertainment Sdn Bhd menerima Anugerah Emas menerusi kategori Rocket Award

“Industri kreatif telah berkembang dan membantu meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi dan imaginasi dan Astro mencabar keupayaan sendiri dalam menghasilkan pengisian kandungan terunggul. Bertemakan Recharge+, Astro sekali lagi membuktikan keupayaan dengan berjaya menggondol kemenangan berganda berbanding tahun lalu,” kata Abid Hussain, Naib Presiden, Publisiti & Promosi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

The proud Rocket Award winner - Cheow Chun Hong1

The proud Rocket Award winner – Cheow Chun Hong

Berada dalam industri dan di Asia selama lebih daripada 20 tahun dan bekerja sebagai pembikin, pembela dan pembimbing ke arah industri kreatif yang kehadapan, Ketua Bahagian On-Air Promo (OAP), Astro Rob Middleton sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan Anugerah Pencapaian Hayat Middleton berkata,

“Saya dengan rasa rendah diri berasa amat gembira kerana telah terpilih untuk menerima pengiktirafan sebegini dalam industri yang diceburi. Akan tetapi, saya percaya kehebatan seseorang itu hanya boleh diukur berdasarkan kehebatan rakan sepasukan dan saya beruntung kerana mempunyai ahli pasukan yang terhebat di dunia.

Saya juga berasa sangat bertuah kerana telah berpeluang untuk berkhidmat di beberapa buah negara di serata dunia dan ternyata bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli pasukan saya di Kuala Lumpur adalah yang terbaik berbanding semua pasukan yang pernah saya sertai sebelum ini.”

Bagi Cheow Chun Hong yang telah berkecimpung dalam industri ini selama dua tahun, memenangi Anugerah Roket adalah permulaan dalam mengejar impiannya untuk terus mencabar keupayaan diri sendiri agar sentiasa memberikan yang terbaik.

“Ianya sesuatu yang menakjubkan apabila sesebuah promo yang hanya berdurasi selama 30-60 saat mampu memberitahu kita tentang sebuah cerita, inilah yang dipanggil seni komunikasi. Kemenangan ini amat bermakna kerana ini adalah kemenangan bersama untuk semua ahli pasukan yang telah banyak menyokong dan membantu saya selama ini. Anugerah ini juga turut membuktikan peningkatan mutu, kecanggihan, bakat dan kesungguhan para penggiat industri di Malaysia,” ujar Cheow.

Promaxbda Asia Awards ialah sebuah pertandingan yang mengiktiraf pengisian kandungan kreatif terbaik dalam bidang elektronik dan media penyiaran di rantau ini. Kemasukan yang dihantar adalah daripada penggiat professional dalam bidang promosi dan pemasaran yang berkecimpung dalam bidang elektronik dan media penyiaran.

Semua kemasukan diadili berdasarkan kreativiti, kualiti produksi dan pencapaian objektif pemasaran atau strategi kreatif yang merangkumi matlamat, misi, cabaran dan hasil akhir.

The Astro team headed by Rob Middleton

The Astro team headed by Rob Middleton

The big winners with their trophies

The big winners with their trophies

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROCK THE WORLD 10 di Stadium Bukit Jalil

Ahmad Idham Buktikan Kehebatan Digital Mix Stage FINAS