in

Astro Digital Siar Perlawanan Jerman vs Argentina

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai kepuasan tontonan perlawanan akhir PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™ menerusi platform TV dan digital Astro. Acara sukan terbesar dunia yang mula membuka tirai pada bulan lepas kini telah pun tiba ke kemuncaknya apabila dua pasukan gergasi iaitu Jerman bakal menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada 14 Julai 2014, jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Pelanggan Astro yang mempunyai ‘Football Pass’ akan dapat menonton perlawanan tersebut di Astro saluran 821 dalam definisi standard (SD) dan Astro saluran 841 dalam definisi tinggi (HD) serta menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro Go 2014 FIFA World Cup™ App dan Web Player ataupun Astro on the Go.

astro

Bagi pelanggan Astro yang tidak memilik ‘Football Pass’ dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena saluran 801 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia.

Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh menonton perlawanan akhir ini SECARA PERCUMA menerusi platform Astro on the Go di onthego.astro.com.my atau aplikasi Astro on the Go untuk peranti tablet dan telefon pintar dengan sistem operasi iOS dan Android.

Jurucakap Astro berkata:

“Kini rakyat Malaysia menonton Piala Dunia FIFA 2014 di mana sahaja! Aplikasi Astro on the Go yang telah dimuat turun lebih 900 ribu kali dan telah menyaksikan kenaikan sebanyak 80 ribu muat turun sejak bermulanya Piala Dunia sejak Jun yang lepas. Rata-rata rakyat Malaysia mendapati ianya memudahkan mereka tatkala mereka dapat menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia secara langsung walau di mana jua. Kami menjangkakan peningkatan yang berterusan dalam muat turun aplikasi ini pada hujung minggu yang berlangsungnya perlawanan akhir kerana mungkin ramai yang akan berada di luar rumah pada hujung minggu ini.”

Bagi Pelanggan Astro dengan Football Pass:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Saluran Astro HD Saluran Astro SD
PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs 841 821

Bagi Pelanggan Astro yang tidak memiliki Football Pass/Pelanggan NJOI:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Saluran Astro Arena
PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs 801

Bagi Bukan Pelanggan Astro:

Perlawanan Tarikh Waktu Malaysia Astro on the Go Web Player Applikasi Astro on the Go
PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ- Perlawanan Akhir
Germany lawan Argentina 14 Julai 2014 0300 hrs onthego.astro.com.my Boleh dimuat turun di App Store/Play Store

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 & TV9 Siar Program Istimewa Sempena Nuzul Al Quran

Peraduan Tayangan Premiere 22 JUMP STREET