in

Astro Byond Lancar Perakam Video Peribadi Terbaru

Pada 1 Jun lalu, Budiey sempat menyaksikan satu lagi sejarah baru Astro yang melancarkan perkhidmatan rakaman inovatif terbaru yang kini boleh didapati menerusi Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR). Sekaligus membawa tanda aras baru dalam industri penyiaran terkini di Malaysia.

Event Pelancaran Astro B.yond PVR berlangsung di Ground Floor North Court (berdekatan dengan Jaya Jusco), Mid Valley Mall, Kuala Lumpur.

Pelancaran dan sidang media dihoskan oleh Zainal Alam Kadir.

juga penampilan khas juara Raja Lawak, kumpulan Sepah.

Pandangan dari atas. Event berlangsung di ruang legar North Court.

Di majlis pelancaran ini juga Astro telah mengumumkan 3 saluran baru dalam bentuk HD iaitu AXN HD (saluran 721), Astro Zhi Zun HD (saluran 310), saluran HD Hiburan Cina dan FX HD (saluran 726) akan ditawarkan di dalam pakej Astro B.yond HD menjadikan jumlah saluran HD di Astro B.yond sebanyak 8 buah saluran kesemuanya.

Selain itu, saluran Fox juga kini boleh didapati menerusi Pakej Astro Variety Pack dalam definisi biasa. Semua saluran baru ini akan mula bersiaran pada 16 Jun 2010.

Tahun lalu, kita dah tengok Astro telah melancarkan Astro B.yond di mana penonton Astro boleh menonton program TV dalam bentuk HD. Setakat ini, walaupun masih tak semua guna Astro B.yond tapi ia membuktikan satu pencapaian terbaik dalam kelas pembaharuan kandungan, teknologi dan pengalaman pelanggan.

Dari masa ke semasa, Astro telah memperingkatkan mutu dan inovasi. Kini, Astro perkenalkan pula fasa terbaru Astro B.yond yang boleh merakam video. Jadi, pelanggan Astro Byond boleh menikmati keselesaan untuk menonton apa sahaja yang mereka mahu pada bila-bila masa yang mereka suka.

Dato’ Rohana Rozhan – Ketua Pegawai Ekskutif Astro

Byond PVR memberikan teknologi merakam yang terbaik dalam kelasnya membolehkan para pelanggan sehingga dua program siaran langsung sekaligus memberikan para pelanggan kawalan penuh ke atas televisyen mereka.

Para pelanggan juga boleh merakam dengan menggunakan cakera keras binaan luar (external hard disk) sepadan dengan Astro B.yond yang boleh dibeli.

Astro B.yond PVR boleh merakam dan menonton semula (Play – Stop – Forward – Rewind) program kegemaran yang mungkin terlepas. Selain boleh merakam program sukan kegemaran mereka yang mungkin secara kebetulan bersiaran pada waktu yang sama dengan drama bersiri kegemaran isteri mereka. Perkhidmatan PVR juga membolehkan para pelanggan untuk memberhentikan seketika program tersebut ketika sedang bersiaran langsung sekiranya perlu melakukan sesuatu dan para pelanggan boleh menyambung semula program tersebut dengan hanya menekan butang main.

Selain itu, Astro Byond PVR juga membolehkan para pelanggan memainkan semula perlawanan secara langsung dan menonton semula aksi-aksi yang terlepas di dalam versi normal, versi cepat dan versi perlahan.

Astro B.yond PVR ialah sebuah kotak yang menyokong definisi tinggi. Untuk seluruh pemasangan yang lengkap, para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi 1 unit kotak media B.yond PVR baru, 1 unit luar (ceper) baru, 1 kad pintar baru, 1 unit alat kawalan jauh baru, 1 unit kabel pengantara Multimedia HD (HDMI), 1 unit kabel pemasangan dengan kos pemasangan dikenakan sebanyak RM400 atau hanya RM300 jika anda memulangkan kotak media Astro lama sebagai tukaran dengan yang baru. Bayaran bulanan yang dikenakan untuk perkhidmatan merakam Astro B.yond PVR ialah RM10 menakala cakera keras binaan luar ialah RM5.

Untuk info lanjut, boleh hubungi 1 300 82 3838 atau layari www.astro.com.my/byond

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jersi 9 Semarakkan Demam Bola Piala Dunia

ADV: Tingkatkan Tenaga Dengan Khasiat Jus Manggis Shamelin