Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Astro B.yond High Definition TV Pertama Dilancarkan



ASTRO bawa Hiburan Generasi Akan Datang
ke Kediaman di Malaysia
Perkhidmatan Definisi Tinggi Pertama bermula pada 18 Disember

Paul Dale (Chief Technology Officer), Dato’ Rohana Rozhan (CEO) & Henry Tan (COO)

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2009 – ASTRO hari ini melancarkan ASTRO B.yond, perkhidmatan inovatif berbilang peringkat yang bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama – membawa tanda aras baru ke dalam industri penyiaran Malaysia.

Logo Astro B.yond

“Kini ASTRO mempunyai 2.875 juta pelanggan, iaitu 48% jumlah penembusan TV di kediaman Malaysia.  Di ASTRO, kami sentiasa berusaha untuk membawa inovasi ke dalam kandungan dan juga teknologi dalam memastikan pelanggan  mendapat nilai maksimum daripada setiap Ringgit yang mereka bayar,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO.

Melalui teknologi terbaik dalam kelasnya, ASTRO B.yond yang baru ini menawarkan perkhidmatan lebih inovatif kepada pengguna yang akan diperkenalkan secara berperingkat.  Bermula dengan penyiaran Definisi Tinggi (HD) pertama sepertinya di Malaysia, ASTRO B.yond akan menukar pengalaman menonton TV kepada kemewahan paparan warna, kesempurnaan dan kejelasan imej yang diadun bersama bunyi sekitar yang menyeluruh. Perkhidmatan ini juga didatangkan bersama Panduan Program Elektronik (EPG) yang baru bersama ciri-ciri mesra pengguna bagi meningkatkan pengalaman tontonan anda.

Oleh sebab perkakasan dan infrastruktur teknologi ASTRO B.yond adalah untuk persediaan masa depan, lebih banyak inovasi baru akan menyusul.  Pada tahun 2010, ASTRO berhasrat untuk menjadi stesen penyiaran pertama di dunia yang menawarkan rakaman video menerusi cakera keras binaan luar. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh merakamkan program kegemaran mereka dan menyusun jadual tontonan mengikut keperluan peribadi mereka.  ASTRO B.yond juga akan juga memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR), Video atas Permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Tambah Dato’ Rohana lagi, “ASTRO B.yond adalah janji kami untuk berada di barisan depan inovasi dan untuk menyeronokkan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang lebih baik melebihi daripada jangkaan mereka.  Hanya dengan cara ini kami akan kekal sebagai pilihan utama mereka dalam dunia hiburan. Inilah janji kami kepada pelanggan setia bahawa yang terbaik bakal tiba.”

Oleh sebab ASTRO B.yond membabitkan satu perubahan besar dalam teknologi, ia memerlukan pertukaran keupayaan, perkakasan dan pemasangan secara mutlak.  Untuk merasai pengalaman ASTRO B.yond, pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan ini dengan hanya RM20 sebulan dan komitmen selama 12 bulan. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi kotak media B.yond baru, kad pintar baru, unit luar (ceper) baru, kabel pengantara Multimedia HD (HDMI) dan alat kawalan jauh baru.  Yuran pemasangan akan dikecualikan apabila menukar kepada sistem serba baru ini.

 Kandungan HD ASTRO akan dimulakan dengan tiga bidang utama yang diiktiraf sebagai pemacu kandungan HD global: sukan, filem dan dokumentari.  Program yang boleh didapati termasuk termasuk ASTRO Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan HISTORY HD.  Peminat sukan pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa tidak lama lagi mereka boleh menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dalam HD.  ASTRO bercadang untuk melancarkan lebih banyak saluran HD, termasuk kandungan tempatan, pada 2010.  Akses untuk menonton saluran HD bergantung kepada langganan pakej semasa pelanggan.

ASTRO B.yond  akan menyiarkan siaran HD dalam  resolusi 1080i dan  resolusi 720p dalam keadaan tertentu, menawarkan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa: kualiti gambar dalam definisi tinggi yang 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti dalam pawagam, warna mewah dan skrin lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa.

Mulai 18 Disember 2009, pelanggan boleh mendaftar di laman web www.astro.com.my/byond atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ASTRO 1300 82 3838.  Oleh sebab pemasangan ASTRO B.yond membabitkan kediaman di seluruh Malaysia, pelanggan akan dilayan mengikut giliran.

“Pada hari ini, kira-kira 1.2 juta pelanggan kami bersedia untuk beralih kepada HD. Menurut satu laporan industri, 59 peratus daripada semua televisyen yang dijual pada setengah tahun pertama 2009 sudah dilengkapi keupayaan HD, dan jualannya terus meningkat.  Semua data menunjukkan bahawa langkah ASTRO untuk memperkenalkan perkhidmatan HD adalah tempat pada masanya dan pasaran sudah bersedia untuk menerima kandungan HD,” kata Dato’ Rohana.  

“ASTRO B.yond adalah strategi proaktif ASTRO untuk membawa hiburan masa depan kepada rakyat Malaysia dan untuk kekal sebagai pilihan nombor satu mereka.  Kami ingin terus memperkaya kehidupan mereka dengan membawakan inovasi dalam kandungan kami, platform penyampaian dan perkhidmatan,” jelas Dato’ Rohana. 

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Football Unlimited on Astro SuperSport
  • Astro Launches New HD Channels
  • Astro Byond Lancar Perakam Video Peribadi Terbaru
  • Astro Lancar Saluran MUSTIKA HD
  • SEKITAR KEMERIAHAN MALAM BLOGGER ASTRO B.YOND
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond
  • Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010™ in 3D
  • Star World Is Now In HD
  • Charge-on-the-Go with TomTom High Speed Multi-Charger
  • High School Musical 3: Senior Year Akan Ke Layar Perak



  • 8 Komen untuk entri “Astro B.yond High Definition TV Pertama Dilancarkan”

    1. oH! VideoTv kata:

      wah,astro nie dah melangkah setapak lagi,bestlah macam nie.Tengok tv boleh rakam cerita yg best lagi..tahniah astro

    2. but kata:

      astro! naper card korg tak aktif tiba2 ni?

    3. Saiful kata:

      Saya tlh melanggan Astro B yond..TQ..Kualitinya menyamai cakera dvd bluray…dgn kejelasan gambar serta Dolby Digital 5.1..saya beri 10 bintang!!!! Hrp Axn..Starworld dlm HD juga..

    4. yunus bin musa kata:

      YUNUS SUDAH TEMPAH ASTRO B. YOND BERAPA HARI PASANG

    5. yunus bin musa kata:

      SAYA SUKA ASTRO B YOND INI KATA GAMBAR CANTIK

    6. yunus bin musa kata:

      YUNUS KOMEN SIKIT PASAL ASTRO YANG BARU BERAPA HARI DI PASANG

    7. yunus bin musa kata:

      BERAPA HARI NAK DI PASANG

    8. 4zie kata:

      salam…

      astro kata 10 hari pemasangan

      tapi

      saya 2 hari je dah datang pasang

      7hb 01 10 register

      09 01 10 dah datang pasang…area jengka pahang..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK