in

Astro Bawa Booker T Jumpa Peminat di Malaysia

Berita baik buat para peminat sukan hiburan gusti di Malaysia kerana pihak Astro akan membawakan kepada anda jaguh sukan gusti, Booker T (juga dikenali sebagai King Booker) untuk membuat penampilan istimewa di Kuala Lumpur pada 5 September 2013 (hari Khamis) bertempat di Lot 10, Main Concourse bermula dari pukul 3 petang.

Temui Booker T di Lot 10

[dropcap]B[/dropcap]ooker T yang dianggap sebagai salah seorang bintang terbesar dalam industri hiburan gusti juga merupakan seorang ahli gusti yang cemerlang setelah berjaya merangkul 35 kejohanan daripada pelbagai pertandingan sukan hiburan gusti antarabangsa termasuk World Wrestling Federation / Entertainment (WWF/E).

Booker-T sememangnya seorang pencabar yang sentiasa digeruni pihak lawan dengan gerakan serta tekniknya yang tersendiri seperti teknik Ghetto Blaster, Harlem Hangover dan Heat Seeker, juga gerakan-gerakan ciptaannya yang lain seperti 110th Street Slam, Flapjack, Sunset Flip dan pelbagai lagi. Booker-T turut mencipta sejarah sebagai salah seorang daripada empat orang jaguh yang pernah memenangi kedua-dua kejuaran WWE dan WCW Triple Crown Championship.

Beliau juga telah diserap masuk ke dalam WWE Hall of Fame pada 6 April 2013 oleh abang beliau sendiri iaitu Lash Huffman ataupun lebih dikenali dengan nama gelanggangnya ‘Stevie Ray’. Booker T sememangnya bagaikan seorang ‘Raja’ di dalam dunia hiburan gusti dan para peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu jaguh dunia ini.

Pastikan anda hadir untuk bertemu Booker T kerana beliau akan membuat penampilan istimew, anjuran Astro pada 5 September 2013 (Khamis) di Lot 10, Main Concourse bermula daripada pukul 3 petang. Para peminat hiburan gusti tempatan dari kesemua peringkat umur juga boleh menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang disediakan semasa penampilannya nanti serta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai cenderahati eksklusif daripada WWE.

Booker T

Pastikan juga anda terus menonton aksi-aksi menarik WWE di saluran Astro SuperSport.

Setiap Isnin

WWE Superstar di Astro SuperSport 3 / Astro SuperSport 3 HD jam 11pm
WWE This Week di Astro SuperSport 4 jam 11pm

Setiap Selasa
WWE Raw di Astro SuperSport 3 / Astro SuperSport 3 HD jam 10pm

Setiap Rabu
WWE Vintage Collection di Astro SuperSport 3 / Astro SuperSport 3 HD jam 11pm

Setiap Khamis
WWE NXT di Astro SuperSport 3 / Astro SuperSport 3 HD jam 11pm
WWE Bottomline di Astro SuperSport 4 jam 10pm

Setiap Jumaat
WWE Main Event di Astro SuperSport 4 jam 10pm

Selain itu, para pelanggan Astro juga boleh menonton program-program WWE yang terkini di Astro Box Office Sports (saluran 971).

Untuk maklumat lanjut mengenai cara langganan, layari laman web Astro di astro.com.my

Booker T

Booker T

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Mahu Bayar Bil Anda

Gambar Bintang Pawn Stars Rick & Corey Harrison di KLCC