in

Astro Bakal Lancar Program Realiti ROCKANOVA 

Di era 90-an dulu lagu-lagu rock kapak sering menjadi halwa telinga penggemar muzik tanah air. Namun begitu, seiring peredaran zaman, lagu-lagu rock kapak tidak lagi menjadi kegilaan ramai seperti di waktu kegemilangan era rock dulu, dan citarasa pencinta muzik mula berubah dengan kemunculan pelbagai genre lain seperti Hip Hop, RnB dan pelbagai jenis muzik moden lain. Namun begitu, muzik rock tetap mempunyai peminat tersendiri memandangkan sehingga kini, lagu-lagu bernostalgia ini masih dimuat naik dan dimuat turun di laman sesawang. 

Mengorak langkah untuk terus mewarnai industri muzik tanah air, pihak Astro Prima mengambil inisiatif baru dengan melancarkan sebuah lagi pertandingan nyanyian yang berkonsepkan program realiti berjudul ‘Rockanova’ sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mencari pelapis yang bakal mempelopori genre rock kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton FB Live SITIZONE ke Kuala Lipis di FB Budiey.com

Kelodak Dari Langit Rungkai Episod Hiba Mangsa Tragedi Bah Kuning 2014