in

Astro Bakal Lancar My Hometown Sempena kempen Negaraku

ASTRO MERAIKAN KAMPUNG HALAMAN ANDA

My Hometown logo

Masihkah anda ingat kawasan melepak kegemaran anda semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran anda? Suara kuat makcik di pasar anda? Inilah antara kenangan-kenangan istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil tersemat di dalam hati.

Bersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, ‘My Hometown’. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain. Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

0883 My Hometown Vintage Poster FA2

Sempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, inisiatif ini diadakan untuk menyambut pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan mengapa hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda.

Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

Henry Tan, COO Astro

Henry Tan, COO Astro

Ketua Pengawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, “Bagi menyambut Hari Merdeka tahun ini, Astro menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan asal-usul anda melalui “My Hometown”. ‘My Hometown’ membawa maksud yang berbeza kepada semua dan setiap kampung halaman anda ialah unik dan mempunyai kisah menariknya yang tersendiri, sama ada mengenai gerai makanan kegemaran anda, pemandangan terindah di kampung halaman anda, kisah-kisah dongeng atau lagenda-lagenda tempatan. Kami berharap ‘My Hometown’ akan menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk menyalurkan kepelbagaian etnik, kepelbagaian bahasa dan kepelbagaian landskap-landskap budaya rakyat Malaysia. Kami menggalakkan anda untuk menonjolkan kekreatifan anda dan berkongsi dengan kami semangat cinta terhadap kampung halaman anda dan kisah-kisah yang mengungkit kenangan manis di kampung halaman anda.”

“Bagi memperkaya kandungan insiatif My Hometown ini, kami bangga membawakan kepada anda karya-karya kreatif daripada 14 pengarah filem muda dalam projek ‘My Hometown Short Films’. Mereka berasal daripada pelbagai latar belakang dan kepelbagaian ini yang menjanjikan masa depan industri seni di Malaysia untuk menjadi lebih cerah. ‘My Hometown Short Films’ menyediakan peluang bagi pengarah-pengarah filem muda ini bukan sahaja sebagai satu potensi hebat di tahap awal karier untuk meraikan kampung halaman mereka tetapi juga membolehkan mereka berkarya mengikut perspektif mereka tersendiri. Kami juga berharap inisiatif ini akan menjadi satu batu loncatan bagi pengarah-pengarah filem muda ini dalam karier mereka dan menjadi seorang pengarah filem yang berkaliber di Malaysia.” Tan berkata.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown. Video-video yang terpilih dan ‘My Hometown Short Films’ akan disiarkan melalui saluran, My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.
Bagi maklumat lanjut mengenai ‘My Hometown’, layari www.astro.com.my/myhometown

Ramdan Che Hassan - My Hometown Short Stories  Kelantan

Ramdan Che Hassan – My Hometown Short Stories Kelantan

Shamyl Othman - Selangor My Hometown Short Stories Director

Shamyl Othman – Selangor My Hometown Short Stories Director

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Jwanita Lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne

Rooftop Penanda Aras Baru Program Hiburan NTV7