in

Astro Bakal Anjurkan Majlis Berbuka Puasa & Tayangan Program Raya

Sempena keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, eloklah kiranya kita mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan jalinan silaturahim sesama kita.

Hari raya Aidilfitri pun dah nak dekat. Eh, puasa pun jangan lupa tinggal lebih kurang 21 hari lagi. Dalam pada itu, ramai juga yang kirim hamper raya kat Budiey pada tahun ini. Tak terlupakan, syarikat rakaman juga ada juga menitipkan beberapa CD Album berisi lagu-lagu raya nostalgia dan terbaru untuk Budiey dengar.

Tengok pada senarai program TV yang akan tayangkan pada tahun ini juga bukan main sakan lagi. Semuanya nak berlumba-lumba meraih penonton. Sakan bukan main lagi.

Astro juga tak ketinggalan. Bakal bersaing dengan stesen TV lain. Pada minggu depan, Budiey akan hadir di Majlis Berbuka Puasa Astro dan juga Tayangan Pra-Tonton Program Aidilfitri Astro. Budiey rasa teruja juga nak tahu apa program terbaru berkonsepkan raya dari Astro. Mesti gempak. Yang penting sekali kena ada drama dalam bentuk HD. Barulah terbaik.

Budiey dapat tahu juga ramai artis yang akan hadir. Antara barisan selebriti yang turut sama memeriahkan majlis ini kelak termasuklah Zizan, Scha Alyahya, Dato’ AC Mizal, Elfira Loy, Shila Amzah, Erra Fazira, Chaq, Kumpulan Kristal, Hafiz, Hazama, Aril, Jihan RL, Didie Alias, Tengku Hanis, Karl Shafek, Izreen Azminda, Hairul Azreen, Ika Nabila, Amy Mastura, Sharifah Shahora, Yasmin Hani, Hanes Suraya, Thanuja, Syakirin On air, Azwan Ali, Rosnah Mat Aris, Syanie, Soo Wincci, Sharifah Shahira, Zul Yahya, Tasha Shila, Dato’ Jalaluddin Hassan, Afiq Muiz, Arja Lee, Heykal Hanifah, Zetty Alia Ramly, Rozita Che Wan, Ifa Raziah, Nur Fureena, Munir, Mawi, Melisa Saila, Rosliana Roslie, Hail Amir, Uji Rashid, Siti Rohana, Man Raja Lawak, Aishah Alias, Fadhil Dani, Achong Sweetchild, Maimon Mutalib, Hisham Ahmad Tajuddin, Qyazem Nor, Hairi Anak Wayang, Mazlan Anak Wayang, Nor Albaniah, barisan penyampai Astro Radio serta ramai lagi.

Pada majlis ini, barisan Imam Muda akan turut sama memeriahkan majlis dengan pengisian rohani dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di samping mengadakan solat Mahgrib berjemaah (ruang solat berjemaah Muslimin dan Muslimat turut disediakan secara berasingan).

Majlis juga akan disusuli dengan pra-tonton program-program istimewa Astro sempena Aidilfitri dan persembahan artis semasa makan malam. Lebih 40 orang artis dan selebriti tempatan ternama dijangka hadir bagi memeriahkan majlis termasuk artis eksklusif Astro.

Kepada selebriti yang akan hadir nanti, jumpa korang kat sana. Jangan lupa pakai baju raya sebab Budiey nak ambil gambar korang melaram seperti beraya. Gempak ke tidaaaak?

Tasha Shila

Tasha Shila akan turut hadir

DOA SELAMAT HAFIZ AF /  HAFIZ AF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Pemuda Insaf Dalam Telemovie 99 Kekasih

Aplikasi Mesin Sebarkan Semangat Ramadhan