in

Astro Anjur Pertandingan Filem Pendek SHORTCUTS

Selaras dengan hasrat untuk membangunkan dan meningkatkan taraf kecemerlangan di kalangan bakat- bakat kreatif yang ada di Malaysia, pihak Astro telah melancarkan sebuah pertandingan berbentuk filem pendek baru iaitu “Shortcuts”. Melalui Astro Shaw, iaitu sebuah anak syarikat di bawah naungan Astro yang mengedalikan segala aspek perfileman, ingin menjemput rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi dunia perfileman dan mengetengahkan bakat kreatif mereka dengan menghantarkan penyertaan mereka di [email protected] sebelum 15 November 2015.

Tiga filem terbaik akan berpeluang untuk memenangi RM 40,000 untuk setiap satu penyertaan. Mereka turut berpeluang menghasilkan filem pendek mereka sendiri dan berpotensi untuk menjadi salah satu filem yang akan ditayangkan di festival filem tempatan dan juga di Saluran A-list (Saluran 456) di Astro.

Kongdej

3 Pemenang Bakal Merebut RM 40,000 Untuk Pembikinan Filem Pendek

Astro Shaw, juga selaku penerbit yang berjaya mengungguli beberapa anugerah filem di Malaysia terbitan mereka sendiri, seperti filem Polis Evo, The Journey, Terbaik Dari Langit, Apichatpong Weeraseethakul’s Cemetery of Splendour, dan banyak lagi telah pun mengesahkan sebanyak 9 penyertaan pengarah terkemuka Asia Tenggara dalam ‘Shortcuts’ sebagai platform untuk memberikan panduan dan menjadi mentor kepada pengarah baru yang mempunyai bakat-bakat kreatif. Barisan 9 pengarah filem yang telah terpilih adalah Mouly

Menurut Najwa Abu Bakar selaku Ketua Astro Shaw , “Sebagai satu kumpulan, kami bercita-cita untuk memupuk dan membangunkan bakat-bakat kreatif Malaysia dalam konteks seni pembikinan filem di Malaysia, dan misinya adalah untuk memartabatkan lagi untuk pengeluar filem Malaysia dan pengarah terbaik di tahap tersendiri dan boleh bersaing di peringkat Asia dan global. Sepanjang empat bengkel intensif yang bakal diadakan, ‘Shortcuts’ juga menyediakan platform kepada peserta yang ingin menimba ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pembikinan filem bersama pengarah-pengarah yang pernah memenangi anugerah dan mentor di rantau Asia Tenggara. ”

Tambah Najwa, “Kami teruja untuk berhubung dengan bakat sutradara baru yang ideal, kami juga mengharapkan peluang untuk mencungkil filem-filem yang tidak diketengahkan ke tahap menjadi sebuah ffilem berprestij . ‘Shortcuts’ juga bertujuan untuk mencari pemenang bagi pembangunan filem pendek di negara ini dan akhirnya menjadi sebuah filem pendek di Asia Tenggara.”

Kepada individu yang berminat, mereka hanya perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap melalui YouTube atau Vimeo segala kompilasi kerja-kerja mereka sebelum ini dan menghantarkannya ke [email protected] . Hanya 18 penyertaan akan dipilih untuk terbabit dalam bengkel pertama pada Disember ini dan diikuti oleh satu siri untuk ketiga-tiga bengkel ini yang memberi tumpuan terhadap penulisan skrip, persembahan dan kemahiran penerbitan.

Pada peringkat akhir bengkel ini, semua finalis diberi peluang untuk membentangkan kepada panel hakim sebagai peluang untuk menjadi salah satu daripada tiga pemenang dan menerima pembiayaan untuk menerbitkan filem pendek mereka.

Kongdej

Yosep Anggi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Bestnya Moslema In Style Fashion Forward 2015 MISIFF 2015

Anis Nabilah & Hunny Madu Jelajah Hong Kong