Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary Dalam Sehati Sejiwa



PASANGAN ARTIS POPULAR TETAMU PROGRAM SIARAN LANGSUNG SEHATI SEJIWA SEPANJANG 2009 DI RTM

Sejak memulakan siarannya dengan mengundangkan pasangan artis popular Mawi dan Ekin yang bersiaran secara langsung pada 7 Januari 2009 yang lalu dan terbaharu mengundang Datuk Siti Nurhaliza bersama pasangannya Dato’ Seri  Khalid Mohd Jiwa, program Sehati Sejiwa nyata semakin mendapat tempat di hati penonton setiap minggu.

Sepanjang Mac 2009 ini program yang mengisi slot Degupan, setiap hari Rabu, jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur ini mengundang pasangan selebriti iaitu Edrie Hashim dan Pat (bekas vokalis kumpulan Candy) pada 4 Mac 2009, Sharifah Sahorah dan Raja Mukhriz (11 Mac 2009), Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary (18 Mac 2009) sebelum diakhiri dengan Kenchana Dewi dan Gunasegaran (25 Mac 2009).

Sehati Sejiwa program temubual istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga ini bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti bercerita mengenai keindahan dan kemanisan hubungan cinta seterusnya hubungan perkahwinan yang dimeterai mereka malah mereka turut berkongsi saat sukar berdepan dugaan yang dilalui mereka dalam melayari bahtera berumahtangga.

Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1.

Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.

Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini. Malah menariknya peminat setia pasangan selebriti undangan yang diundang setiap minggu berpeluang membuat panggilan di studio dan berbual dengan mereka.

Sehati Sejiwa diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa dan Nur Ashidah A.Hamid, Unit Hiburan TV RTM.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Bunga Citra Lestari Hamil?
  • Foto Perkahwinan Wedding Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SEHATI SEJIWA
  • Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu
  • Fahrin Ahmad Jadi Pembantu Scha Dalam Sehati Sejiwa
  • Amyza Aznan Jadi Pengacara Terbaru Sehati Sejiwa
  • Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali



    • shin chanz

      alorh..x leh nk nengok..opis hour 2..hu..nk nengok kencana dewi..

    • sa

      god luck

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      BCL…nice

    • kaka

      tu la siaran tak kena waktu..mcamana rating nak tinggi…

    • Ntahla….

      ..mmg btul pun…mmg boring tv1 ni…xde improvement dr dulu..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK