Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ashraf Sinclair Kena Tampar Dalam Filem Saus Kacang?



Dalam sejarah Indonesia tercatit beberapa pasangan suami isteri yang berlakon bersama di dalam sesebuah filem. Sebut saja pasangan suami isteri dan tergambar almarhum Sophan Sophiaan-Widyawati, Jamal Mirdad-Lidya Kandou, Rhoma Irama-Ricca Rahim, Pangky Suwito-Yati Octavia, Frans Tumbuan-Rima Melati, Ray Sahetapy-Dewi Yull, hingga Herman Felani-Muthia Datau. Di Malaysia pula ia mengikut jejak langkah Allayarham dan Allahyarhamah P. Ramlee dan Saloma.

Kini tradisi ini diteruskan oleh pelakon dan penyanyi dari Indonesia Bunga Citra Lestari dan pelakon tanah air kita Ashraf Sinclair. Juga setelah sekian lama; seorang pelakon dari Malaysia mendapat kepercayaan dari pembikin filem Indonesia untuk menjadi pelakon utama filem. Ini meneruskan kejayaan silam Raja Ema; Fauziah Ahmad Daud; Amy Search dan Imuda beberapa dekad yang lalu.


 
Di Indonesia sambutan terhadap filem SAUS KACANG ini membawa kejayaan yang amat memberangsangkan apabila mendapat pembelian tiket menjangkau 285,000 penonton untuk tayangan 8 hari sahaja. Kini ia telah mencecah penjualan tiket sebanyak 410,000 penonton.

Sambutan peminat filem Indonesia terhadap Saus Kacang berkisar kepada alunan jalan cerita berlandaskan lawak bersahaja (situational comedy) dan lakonan yang berkesan lalu membuat mereka yang menonton tersenyum dan terhibur. Filem arahan sutradara Indrayanto Kurniawan ini ternyata memberi satu “escapism” untuk penonton yang sering dihidangkan dengan filem seram dan juga aksi mendebarkan sejak kebelakangan ini.

Kini, penonton Malaysia berpeluang melihat kehebatan pasangan suami isteri dua negara iaitu Bunga Citra Lestari-Ashraf di layar perak Malaysia pada 19 Mac nanti.. Filem ini juga memaparkan kebudayaan dan permandangan indah Bali kepada masyarakat Malaysia.

Filem SAUS KACANG juga menampilkan lakonan dan kehadiran ulung kumpulan SAMSONS di layar perak. Penyanyi utama SAMSONS ; Bams melakonkan watak penting di dalam filem ini. Selain daripada itu; peminat SAMSONS boleh menyaksikan kumpulan tersebut menyanyikan lagu PENANTIAN HIDUP versi unplugged.

Bunga Citra Lestari selain daripada mempromosikan filem SAUS KACANG turut mempromosikan album terbaru berjudul “BCL” yang mana 6 lagu ditampilkan di dalam filem tersebut termasuk lagu hit “AKU PASTI DATANG”.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Marsha Milan Londoh di Premiere Sayang You Can Dance
  • Ada Sebab Mengapa Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari Bercium Dalam Filem
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Sinopsis Filem Saus Kacang Lakonan Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
  • Majlis Perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Kontroversi Melodi Manipulasi Fakta Wedding Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      i secretly wish that i was the one slapping this guy.. ha ha

    • evi

      yg jlas klo ga nonton pasti nyesel ok.
      jadi jgn lupa nonton yach!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • beydah..

      jgn kan loh..gue pun kepingin donk! kepingin menanparrr mat saleh niey!

    • melyasatonaka

      mcm best jer cite nih….
      nonton yuk!!!!!!!
      b positif….pasti jiwa tenang…hahahahah

    • http://sa sa

      aduhai aku x dpt tgk la..mcm x kuar iklan je citer ni kat malaysia???

    • http://www.ara-97@yahoo.com farra dhiba

      saya da tengok da citer saus kacang kelakar gilew… cite ni… yg x thn mse part asyraf kne tampar dgn bunga memang kelakar gilew… saya suka tengok citew ni hari2.. blh tengok kt internet …

    • sari

      wuuu sebenarnya aku peminat bunga
      best tngok ashraf kena tampar
      harap2x tampar kuat lgi ye

    • syieqa

      i mnat gler ngn diowg nie!!!! hehehe….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK