Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ashraf Muslim Dalam Drama Bersiri Jangan Pandang Belakang di TV2



METROWEALTH MOVIES PRODUCTION MUNCUL DENGAN DRAMA BERSIRI, JANGAN PANDANG BELAKANG DI TV2

Selain filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang sedang menggegarkan pawagam, syarikat Metrowealth Movies Production Sdn Bhd yang dianggap ’otai’ dalam mengeluarkan filem-filem seram juga turut muncul dengan drama bersiri Jangan Pandang Belakang disiarkan mulai 2 Jun 2009 lalu, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2 untuk penonton di rumah pula.

Drama 13 episod ini muncul dengan pelakon kacak, Ashraff Muslim diberikan peluang membawakan watak utama di samping turut membariskan nama-nama pelakon terkenal termasuklah Sharifah Shahora, Wan Hanafi Su, Aznah Hamid, Almy Nadia dan Mas Muharni.

Jangan Pandang Belakang bermula kisahnya di sebuah kampung bernama Kampung Pasir Lengong. Syakir, anak bongsu kepada Tok Lang yang baru saja dikebumikan oleh keluarganya. Pada hari perkebumian bapanya, ramai orang kampung yang beri penghormatan kepada ayah Syakir kerana Tok Lang adalah pawang yang terkenal dan tuan tanah yang disegani.

Kini tinggal Syakir bersama kakaknya Che Puteh, 27, bersama dengan Mak Su mereka, Kasmiah yang sudah kematian suami tiga tahun yang lalu. Kasmiah mempunyai anak, Nor yang belajar di universiti. Kini dia mengambil tanggungjawab menjaga Syakir dan Che Puteh. Syakir lulusan graduan pertanian di sebuah universiti di dalam negara. Dia bekerja sebagai petani moden di kampungnya dengan mengusahakan ladang-ladang dari tanah milik bapanya yang banyak.

Insiden bermula pada kali pertama malam selepas kematian Tok Lang. Syakir merasai perubahan dalam dirinya dan ada sesuatu yang menganggu dia dan keluarga. Kasmiah yang tahu rahsia abangnya mulanya tidak mahu bercerita namun apabila keadaan semakin mengganggu, Kasmiah berterus tentang dengan Syakir akan ilmu saka yang dimiliki oleh Tok Lang dan Kasmiah yakin yang mengganggu itu adalah saka Tok Lang yang mencari waris lelaki iaitu Syakir.

Syakir tidak mempercayai semua itu dan dia seorang yang berfikiran moden dan kuat agama, menentang hal tersebut. Kasmiah memberi ingatan kepada Syakir bahawa dia perlu berhadapan dan hadapi saka ini, jika tidak ia akan menganggu dan menyakitkan orang lain terutama sesiapa yang ada kaitan dengan keluarga mereka. Syakir terus menafikan dan jalani hidupnya seperti biasa. Tetapi satu insiden ke satu insiden dilalui. Che Puteh juga diganggu. Ada juga penduduk kampung yang kerasukan, melihat dan diganggu dengan jelmaan dari saka Tok Lang itu.

Penduduk kampung Pasir Lenggong semakin ketakutan dan mereka hairan apabila kematian Tok Lang saja, pelbagai perkara ganjil dan gangguan syaitan sebegini hadir. Mereka percaya bahawa dulu semua ini tidak ada kerana adanya Tok Lang sebagai pawang yang menjaga kampung mereka.

Mereka menuntut itu dari Syakir. Syakir tidak boleh terima dengan pemikiran sebegitu. Dia dan Imam Sani, imam muda kampung menggantikan imam lama yang sudah uzur. Dia yang mendapat pendidikan di Univeristi Al-Azhar, bersama-sama cuba menghalang daripada kepercayaan tahyul ini menghantui penduduk kampung.

Apabila Nor pulang bercuti, dia juga diganggu dengan makhuk halus tersebut. Syakir usaha membantu Nor dengan ilmu agama yang dipelajarinya dengan dibantu Imam Sani. Tanpa Syakir sedari, dia boleh mengubati orang yang kena gangguan sebegitu. Kasmiah menyedari keadaan itu. Sebelum ini kawan sekampungnya Rashid dan Zaki juga terkena gangguan, dibantu oleh Syakir.

Akibat SYAKIR terus menentang saka Tok Lang dalam dirinya, dia juga menahan kesakitan di dada di mana sering dialami pada waktu malam. Dia jadi sesak nafas. Tapi dia tetap pertahankan dirinya dengan ilmu agama dan saka Tok Lang tetap tidak mengalah inginkan diri Syakir.

Dalam pada kekecohan di kampung tersebut, muncul Wak Hitam yang kembali ke kampung dengan anak tunggalnya bernama Mawar. Tok Penghulu kenal Wak Hitam dan tahu persengketaan antara Wak Hitam semasa muda dengan Tok Lang. Tok Penghulu beri ingatan kepada Kasmiah supaya menjaga Syakir dan keluarga mereka. Dia bimbang Wak Hitam pulang dengan dendam.

Apakah yang berlaku seterusnya apabila Syakir jatuh cinta dengan Mawar? Apatahlagi kekecohan sekali lagi berlaku dengan kemunculan Wak Hitam. Apakah sebenarnya yang dituntut oleh Wak Hitam? Justeru jangan ketinggalan menyaksikan Jangan Pandang Belakang disiarkan mulai 2 Jun 2009 lalu, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Gambar Ashraf Muslim di Sessi Ramah Mesra Drama Yusuff
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Drama Festival: Jangan Lupa Lakonan Ashraf Muslim di NTV7
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      drama la plak

    • inspektor sahab

      dia ni ke yang kena tangkap kat umah gf danlari belakang langsir tu???

    • akulah

      Kau biar betul Inspektor Sahab..kau dah siasat betul2 ke….x kan c Ashraf ni….kalau betul, uwaaaah..aku suke dgn lakonan dia ni….

    • Nuranie

      Laaa..klu dia ni la orangnye,memang hampehh.harap je muka hensem,perangaii…Nauzubillahh

    • yang

      Selamat berpuasa…

    • khaulah

      buat inspektor sahab janganlah sebar berita kalau tak tahu kesahihannya. saya dah baca berita pasal artis lelaki yang ditangkap khalwat tu, daripada maklumat itu langsung tidak menggambarkan ashraf

    • http://www.aini.com aini

      puasa pun dah habis ape. dia cantik, handsome lagi.dia pun shooting dekat tv3 cerita akasia illusi.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK