in ,

Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run

ARTIS BERSAMA MERIAHKAN LARIAN AMAL

Petaling Jaya, 29hb April: 3hb Julai ini, barisan artis ternama tanahair akan bersama memeriahkan sebuah larian amal Feel Good Run, anjuran ntv7, sempena ulangtahunnya yang ke-13. Dengan hanya yuran penyertaan sebanyak RM25, orang ramai berpeluang berlari bersama artis kegemaran mereka demi menjayakan kegiatan amal, bawah Kategori Selebriti untuk larian ini. Kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Yayasan AIDS Malaysia dan Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

Feel Good Run celebs & Bosses

Acara Feel Good Run ini merupakan larian terbesar bersama artis ternama tanahair yang pernah diadakan. Larian ini mengabungkan personaliti terkenal, dari pelakon, penyanyi, hinggalah penyampai berita.

Antara mereka ialah:-

  1. Jaclyn Victor (penyanyi)
  2. Black Mentor (penyanyi)
  3. Yise Loo (penyanyi)
  4. Adrian Tan (penyanyi & pelakon)
  5. Jehan Miskin (pelakon)
  6. Dynas Mokhtar (pelakon)
  7. Cheryl Samad (pelakon & pengacara)
  8. Fouziah Ghous (pelakon)
  9. Leslie Chai (pelakon)
  10. Debbie Goh (pelakon)
  11. Brenda Chiah (pelakon)
  12. William San (pelakon)
  13. Wayne Cai Pei Xuan (pelakon)
  14. Coby (pelakon)
  15. Alan Yun (pelakon & model)
  16. Nazrudin Habibur Rahman (pengacara)
  17. Daphne Iking (pengacara)
  18. Aishah Sinclair (pengacara)
  19. Joanne de Rozario (pengacara)
  20. Sasha Bashir (pengacara)
  21. Mayjune Tan (pengacara)
  22. Baki Zainal (pelakon & pengacara)
  23. Julie Voon (pengacara)
  24. Megan Tan (pengacara)
  25. Adam (pengacara)
  26. Mohd Zulkifli (pengacara)
  27. Dennis (pengacara)
  28. Desmond (pengacara)
  29. Rickman Chia (pengacara)
  30. MeiSim (pengacara)
  31. Wind (pengacara)
  32. Nicholas Ong (DJ oneFM)
  33. AG (DJ Hot FM)
  34. Phat Fabes (DJ Fly FM)
  35. Ben (DJ Fly FM)
  36. Nadia (DJ Fly FM)
  37. Zher (DJ Fly FM)
  38. Niki Cheong (blogger)
  39. Daniel Tan (model)
  40. Linda Salim (penyampai berita)
  41. Charles Mohan (penyampai berita)
  42. Syarifah Salwa (penyampai berita)
  43. Zaiti Zubir (penyampai berita)
  44. Fazilah Hani Harun (penyampai berita)
  45. Melissa Ong (penyampai berita)
  46. Adriana Aris (penyampai berita)
  47. Azleena Najri (penyampai berita)
  48. Sheahnee Lee (penyampai berita)
  49. Lim She Ting (penyampai berita)
  50. Tan Ley Teng (penyampai berita)

“Dalam Kategori Selebriti anda berpeluang mengenali personaliti terkenal dengan lebih dekat lagi, selain menyediakan platform kepada artis-artis untuk membalas sokongan peminat-peminat dengan kegiatan amal yang bermanfaat ini,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan bagi ntv7 dan 8TV. “Kami amat berbesar hati dengan kehadiran mereka kerana dapat meluangkan masa untuk larian ini.”

“Sasaran kami adalah untuk mengumpul seberapa banyak sumbangan yang mungkin daripada kegiatan amal ini. Jadi, kami amat memerlukan sokongan daripada orang ramai, termasuklah penyertaan daripada badan korporat,” kata Airin lagi.

Dengan yuran hanya RM25 untuk peserta berumur 13 tahun dan ke atas dan RM10 untuk mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah, orang ramai boleh menyertai larian amal ini bawah kategori-kategori berikut:

1) Feel Good Run – 7 km, umur 13 tahun dan ke atas
2) Celebrity Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
3) Fun Costume Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, umur 12 tahun dan ke bawah.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di www.ntv7.com.my/feelgoodrun sebelum 3hb Jun. Peserta juga boleh mendaftar secara manual di tempat-tempat berikut:

• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
• Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

Setiap peserta akan mendapat sebuah pek larian yang mengandungi t-shirt, botol air, tuala muka, serta barangan lain daripada pihak penaja. Pek larian boleh didapati pada 1hb dan 2hb Julai di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur, antara jam 10pagi hingga 6petang. Namun, mereka yang ingin pek larian dikirimkan kepada mereka hanya perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10 sahaja. Sijil dan cenderahati akan diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan larian tersebut.

Titik mula dan akhir untuk kesemua kategori larian adalah di Sri Pentas, No 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, yang mana laluannya adalah di sekitar Bandar Utama. Peserta dan orang ramai juga akan dihiburkan dengan karnival mini dan acara pentas pada hari tersebut.

Mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau emelkan sebarang pertanyaan kepada [email protected] atau dial 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

Hero Tai & Alan Yun

Hero Tai & Alan Yun

Fazilah Hani Harun & Lim She Ting

Fazilah Hani Harun & Lim She Ting

Mohd Zulkifli, Joanne de Rozario, Jehan Miskin

M. Zulkifli, Joanne de Rozario, Jehan Miskin

Mayjune Tan, Brenda Chiah, Debbie Goh, Leslie Chai

Mayjune Tan, Brenda Chiah, Debbie Goh, Leslie Chai

Black Mentor & Jaclyn Victor

Black Mentor & Jaclyn Victor

Wind Lim, Sasha Bashir, Baki Zainal, Dennis Gan

Wind Lim, Sasha Bashir, Baki Zainal, Dennis Gan

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Phat Fabes & Ben Fly FM

Phat Fabes & Ben Fly FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elizabeth Banks Cast As Effie Trinket In The Hunger Games

Album Kempen Harga Runtuh Warner Music Malaysia