Artis kurang kontroversi, terbiar sepi, siapa?
Tanya Budiey, Budiey jawab…. “Faizal AF…” Selamba dek je, padahal Faizal pernah ada buat kontroversi dulu…
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Tuesday, September 2nd, 2008 pada 9:05 pm dan di bawah kategori Video Temubual.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
NUR
Kontroversi !!! apa sebenarnya ??? Jika mengikut Kamus Dewan edisi ketiga Kontroversi bermaksud ’perselisihan atau pertelingkahan pendapat dan sebagainya yang biasanya berlarutan dan agak meluas di antara golongan ( pihak dll ) yang berlainan pendirian, pendapat, fahaman dan sebagainya’. Kontroversi wujud apabila idea seseorang, maklumat, conclusions, teori dan cadangan yang tidak sesuai dengan yang lain, sehinggalah mereka mencari dan mencapai kesefahaman. (Johnson & Johnson, 1994, 1995). ( Maaf, jika agak ’Ilmiah’ sedikit.Apapun ini sebahagian pengetahuan saja).
Siapa pun yang di landa ‘kontroversi’, baik yang popular, ternama dan suam – suam kuku, semuanya terpulang kepada kebijaksanaan sendiri menghadapinya. Baik buruk sesuatu perkara itu mungkin ada sebab. Pokok pangkalnya, nawaitu sebenar terjun ke persada seni adalah untuk apa? Jika jelas dan betul caranya pasti terus bertahan.Dalam situasi ini, saya kagum melihat ketabahan yang ada dalam diri Erra Fazira dan Faizal Tahir. Biarpun diri mereka sering di kecam hebat dengan ‘kontroversi’ oleh pihak tertentu, tetapi kesungguhan mereka untuk terus memperjuangkan bakat seni yang ada memang sesuatu yang positif dan wajar dipuji. Dulu, saya sangka, mungkin dengan apa yang berlaku, pasti populariti dan kepercayaan peminat semakin hilang terhadap mereka.Tetapi ternyata semuanya silap. Ya, mungkin ada segelintir yang sudah tawar hati dengan mereka, tetapi mungkin itu bukan peminat setia, tetapi biasa – biasa sahaja. Namun berbeza dengan peminat setia yang begitu ikhlas menerima kelebihan dan kelemahan mereka. Ternyata, sedikit pun tidak melunturkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi. Alangkah bertuahnya jika semua peminat tahu menilai ‘bakat’!!.
Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Faizal Tahir ( Menang besar di APM dan AIM 2008 ) dan Erra Fazira ( Terus bertahan menjadi pilihan terutama Eksklusif milik Astro dan semakin mantap persembahan) selepas di landa ‘kontroversi’ baru – baru ini membuktikan, sesuatu yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Biarpun sudah ‘kebal’ dicemuh, dikeji dan dimaki dengan kata – kata negatif, akhirnya kebenaran di pihak mereka juga. Melihat sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap kehadiran mereka di show terbuka atau berbayar ( Minggu Setiausaha), menandakan, kehadiran mereka yang ‘berbakat’ tetap dihargai. Mungkin benar dengan hukum karma. ‘Buat baik dibalas baik’. Jika sebaliknya ??, Fikir – fikirlah sendiri. Percaya kepada diri sendiri dan yakin ‘rezeki’ – Nya, pasti berjaya.!!. Selagi ada usaha dan keupayaan sendiri pasti dihargai. Maka tidak hairanlah apabila Erra Fazira turut tersenarai dalam buku 50 Personaliti Terbilang Malaysia tulisan Jeniri Amir.
Malah saya pasti, apa yang membuatkan Erra Fazira atau Faizal Tahir terus di terima adalah kerana keluhuran hati mereka sebagai anak seni.Andai kata diberi pilihan, pastinya mereka tidak mahu dikaitkan dengan ‘kontroversi’.Tetapi siapalah mereka untuk menghalang pihak lain yang memang suka melihatnya. Malah mereka sendiri tidak mengharap diri disanjung atau dijadikan idola.Memadai menghargai sedikit ‘kelebihan’yang membezakan mereka dengan orang biasa. Mungkin inilah ‘harga diri’ yang perlu mereka bayar apabila bertaraf ‘ Diva dan Superstar’ !!.Semuanya jadi perhatian.!!.Oh ye, sebelum saya terus memcoret, ingin saya jelaskan bahawa saya bukanlah peminat setia Faizal Tahir dan Erra Fazira. Saya sekadar kagum dengan kecekalan dan bakat semula jadi yang mereka miliki sahaja. Saya suka dengan lagu – lagu nyanyian mereka. Biarpun mereka tidak memenangi Anugerah Bintang Popular seperti Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza, tetapi mereka tetap ada keistimewaan tersendiri. Sederhana, rendah diri, mesra peminat dan ada identiti tersendiri. Paling penting, kita boleh lihat hubungan mereka dengan bakat – bakat baru yang sedang mencuba nasib dalam dunia seni ini begitu akrab.Mereka memberi peluang untuk bersama – sama menonjol. Misalnya Erra Fazira. Saya sudah lama perhatikan caranya memberi peluang kepada artis baru untuk diketengahkan kepada khalayak. Acapkali membuat persembahan show atau di kaca TV, pasti ’muka – muka baru ’ ditampilkan bersamanya. Saya masih ingat lagi semasa Zoom in di RTM beberapa tahun dulu, pada waktu itu Erra berani tampilkan Bob AF2 sebagai artis jemputan. Begitu juga persembahan – persembahan lain atau program TV. Kemunculan generasi baru seperti Farah AF2, , Dafi, Diana Danielle, Fiq, Fazli Zainal dan ramai lagi sebagai tetamu jemputannya memang tidak mengira status. Tetapi semuanya kerana ’bakat’. Jika artis popular lain lebih gemar memilih mereka yang sememangnya sudah sedia popular, tetapi berbeza sekali dengan Erra Fazira. Maka tidak hairanlah jika kita boleh lihat kelibat mereka bersama – sama sebagai teman artis yang baik. Tidak perlu ada hasad dengki, cemburu dengan kelebihan orang lain dan PALING PENTING adalah HORMAT MENGHORMATI…Saya melihat perkembangan Erra Fazira sejak putus tunang, seolah – olah itulah titik permulaan dirinya dalam bidang seni. Alhamdulillah sesuatu yang berlaku memberi sinar yang gemilang kepadanya hingga kini. Sentiasa perbaiki kelemahan diri dan paling utama merendah diri dan saling memberi kepada yang memerlukan. Walaupun dikritik, dijadikan suatu motivasi pembakar semangat. Kini siapa sangka seorang gadis yang hanya menemani sahabatnya penyanyi Azreen dan terlibat dibelakang tabir, kini namanya pula berada di depan dan teratas dikalangan penghibur serba boleh dan versatile di Malaysia. Malah bakat dan kebolehannya juga telah diperakui oleh orang luar negara.
Memetik kata –kata rencana yang ditulis oleh wartawan Saharudin Musthafa dalam Mingguan Malaysia Ahad 30 Jun 2002, Mengenai Realiti artis dan harapan masyarakat masih kabur : Kontroversi ciptaan artis. Katanya ‘ Kontroversi dalam dunia seni memberi ruang kepada masyarakat untuk menterjemahkannya mengikut pandangan dan persepsi masing – masing. Demikian juga dengan golongan penggiat seni dan karyawan yang terbabit secara langsung atau tidak langsung mengikut kaca mata sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, andai kata seorang artis itu tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam bidang seni, dengan mudah dia akan mencipta kontroversi dan akan lebih mudah melatah dengan kontroversi ciptaannya sendiri.Berbeza dengan insan seni yang jauh lebih bijak dan matang, dia akan memberanikan diri terjun ke bidang seni dan andai kata ditakdirkan dia dihimpit oleh kontroversi, dia akan akur dan menerima setiap ketentuan.
Sebagai artis mereka tidak seharusnya terpukau dengan perkataan ‘celebrity’. Celebrity membawa dua maksud iaitu yang dipuja dan tidak dipuja ( suam – suam ).
Kebiasaannya yang sering cenderung mencetuskan kontroversi ialah celebrity yang tidak dipuja. Lantaran itu , sebelum menetapkan sebarang keputusan , hanya mereka yang berfikir panjang dan bertindak matang sahaja akan menikmati kepuasan dalam bidang seni. Bayangkan andai kata ada dikalangan mereka yang tidak bersedia dan kemudian terdedah kepada kontroversi yang mengaibkan, sudah tentu keadaan itu akan memburukkan seluruh liputan hidup seseorang artis itu. Jangan kita sangka menjadi celebrity mendedahkan seseorang itu kepada jalan mudah untuk mencari wang dan populariti. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek.
Harapan masyarakat dan realiti kehidupan artis merupakan dua perkara yang harus diambil kira dan apa yang wajar dilakukan oleh seseorang penggiat seni dan karyawan ialah menimbang kedua – dua aspek tersebut. Inilah detik terbaik untuk setiap insan seni menjadi lebih fokus dan mempunyai matlamat dalam kerjaya seni mereka.Selepas dicongak dan dihitung insan seni juga masyarakat umum yang lain yang akan menuju Wawasan 2020. Cuba tanya diri sendiri apakah persediaan untuk berdepan detik itu ???? ‘Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi’
SAMPAI BILA DUNIA SENI HANYA MESTI BERBANGGA DENGAN TINGGALAN ALLAHYARHAM TAN SRI DR P. RAMLEE ? ALLAHYARHAM SUDIRMAN HAJI ARSHAD ?? TINGGALAN ARTIS – ARTIS VETERAN JALAN AMPAS?? DATUK SITI NURHALIZA ?? SHIELA MAJID?? M. NASIR ??? KRU??? ERRA FAZIRA?? AFDLIN SHAUKI ??? RAIHAN ?? SEARCH ??? DAN ARTIS YANG SUDAH TERSOHOR DAN TAHU MATLAMAT MEREKA DALAM SENI. MANA LAGI BERPULUH – PULUH INSAN SENI YANG LAIN ????? ADAKAH TERUS TERLEKA DENGAN POPULARITI ??? TERUS TERLEKA DIBUAI KONTROVERSI??? ATAU SEKADAR TUMPANG SEKAKI MENJADI BAHAN TULISAN PERIBADI ???? SEDANGKAN SUMBANGAN SENI ?? ENTAH JADI ENTAH TAK JADI…..HANYA NAMA SEBAGAI INSAN SENI………
FIKIR – FIKIRKANLAH SENDIRI……………………..
emptyspace
faizal AF kuat tido macam mana nak ada kontroversi?
http://obefiend.blogspot.com Obefiend
NUR – stfu
we dont need an article in here.. sheesh
naNaku
uikssssss kurang kontroversi ? no komen la….
xXYaNaXx
nur…
pnjg lebo bcito….
x lrt nk mm bco…
adoi salihah…
oooooo…
salihah….
Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.
A passionate lover of capturing candid and treasured event moments and any functions worth making a memory of.