Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Artis Maestro Diurus Oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd Mulai 1 April

Mulai 1 April ini, semua artis Maestro yang seramai 37 orang artis akan diserap bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd.

Ini adalah untuk memperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis. AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing. 

AESB yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu juga terus komited dalam melahirkan bintang-bintang tempatan yang bakal mewarnai dunia seni hiburan tanahair dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam mengembangkan kerjaya seni mereka. Antara bintang Maestro yang menyinar ialah Mawi, Stacy, Dafi, Farah dan Mila. Juara Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah adalah artis terbaru di bawah pengurusan syarikat Maestro.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata:

“Kami mengambil pendekatan untuk melihat kemajuan Astro dan kami tidak mahu masuk kepada aspek kepincangan. Kami membuat keputusan ini selepas membuat penilaian dari segi saiz empayar. Perubahan ini merupakan satu kitaran yang akan dilakukan oleh mana-mana syarikat. Kita masih buat perkara yang sama dilakukan oleh Maestro dan tidak akan berhenti menerbitkan lagu. Kita akan buat berpuluh lagu lagi untuk artis kerana mereka juga nak cari makan.”

Maestro merupakan anak syarikat Astro yang meliputi Maestro Talent, Maestro Records dan Maestro Publishing. Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 24 Julai 2003, dan beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan artis yang dilahirkan meneruisi pelbagai program terbitan Astro. Maestro mempunyai 13 staf dan mengendalikan lebih 30 artis beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara.



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dafi AF5 Dari Maestro Dilamar KRU Music
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Mila Jirin Berundur Dari MC Voices & Stars
  • Hallmark Channel is the #1 Astro English Channel in Malaysia
  • Gambar Terbaru Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7
  • ALBUM TERBARU DAFI – SEUMUR HIDUP
  • Profile Sarimah Ibrahim
  • Ajai dan Liza Ilyas Kahwin Julai 2008?
  • Jom Main Teka Teki



  • Satu Komen untuk entri “Artis Maestro Diurus Oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd Mulai 1 April”

    1. sakura kata:

      OOoh fikir dah gulung tikar…nasib baik astro dah take over kalau tak apalah nasib diorang kan…Ekonomi dunia sedang didalam keadaan kritikal sila berjimat yer…awak semua…kalau hari ni makan nasi ngan ikan & sayur esok kita makan nasik ngan sup sayur jer..berjimat sambil berdiet…hehe…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK