in , ,

Arja Lee Drama Bersiri EMBOK BELUM TERBAKAR

Amanah yang dipermainkan boleh membawa kepincangan rezeki. Manakala kesalahfahaman hubungan akan membawa kesan kepada generasi yang akan datang. Mengisi slot Selekta Prima mulai 3 November ini, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam di TV2, saksikan drama bersiri “Embok Belum Terbakar” mengisahkan Ku Iqram lakonan Arja Lee, seorang pemuda yang harus memikul satu amanah yang berat setelah diamanatkan oleh arwah moyangnya untuk mewarisi wasiat yang penuh misteri dan bermakna bagi keturunan ahli keluarganya.

Embok - FB - Cover2

Embok lakonan Fauziah Nawi adalah gelaran bagi moyang Ku Iqram yang mempercayai bahawa Ku Iqram adalah satu-satunya cicit sulung keturunan anak lelaki sulungnya bernama Ku Azhar. Drama bersiri sebanyak 26 episod ini turut dibintangi oelh barisan pelakon hebat tanah air antaranya, Arja Lee, Dato’ Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi, Ramona Zam Zam, Nasir Bilal Khan, Jue Aziz, Zack X Factor, Mikael Andre dan Nu’man.

Ikuti kisah Ku Azhar, seorang ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya merupakan datuk kepada Ku Iqram. Malangnya Ku Azhar seorang yang tamak dan sombong. Manisa merupakan seorang peguam muda yang menjaga wasiat Embok. Apabila empayar perniagaan Ku Azhar mengalami kejatuhan dan masalah kewangan, Ku Azhar mahu merancang untuk memastikan Manisa tidak akan bertemu dengan Ku Iqram. Ku Azhar mengupah penguamnya untuk bersubahat supaya membuat wasiat baharu untuk cucunya. Ku Iqram yang sudah kematian ibu dan ayah sejak usianya 10 tahun telah dijaga datuknya Ku Azhar. Oleh kerana sifat tamak dan dendam, Ku Azhar sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat haknya dalam mewarisi wasiat emaknya.

Di pinggir bandar, kecoh tentang kehilangan gadis bernama Aliya, merupakan anak perempuan tunggal Roslan. Roslan malu dengan orang-orang kampung yang mengatakan Aliya seorang perempuan yang liar dan lari ke bandar mengikut teman lelaki. Roslan merupakan lelaki yang alim dan baik selain menjadi contoh oleh penduduk kampung dia tetap bersabar dengan tomahan itu.

Masa berlalu dengan pantas, Ku Iqram telah pulang ke tanahair tanpa pengetahuan Ku Azhar. Ku Iqram tinggal bersama sahabatnya, Idrus yang mengusahakan sebuah bengkel kereta di ibu kota. Kehidupan Ku Iqram di kota tenang walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ragam manusia.

Di sana, Ku Iqram bertemu dengan seorang gadis bernama Ain Aliya. Perkenalan tanpa sengaja dia dengan Ain Aliya membawa kepada hubungan yang erat. Cinta mula berputik antara Ku Iqram dan Ain Aliya. Idrus yang sudah dianggap sebagai abang oleh Ku Iqram pula menyimpan perasaan terhadap Ain Aliya.

Pada masa yang sama Ku Iqram mendapat berita tentang kemalangan Manisa. Manisa telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Ku Iqram tahu kemalangan yang menimpa Manisa adalah rancangan datuknya Ku Azhar dan Azlan, pembantu upahannya. Azlan pula rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan terhadap Manisa. Dia mula rasa sayang terhadap Manisa. Azhar yang tidak tahan dengan ugutan dan sikap angkuh Ku Azhar mula ingin membalas dendam terhadapnya.

Kepulangan Ku Iqram dan Ain Aliya ke sebuah kampung merungkai segala persoalan. Setelah bergelut dengan pertelingkahan dan perebutan hak dan kuasa akhirnya misteri wasiat Embok terungkai. Adalah Ku Iqram berjaya mewarisi amanah Emboknya?

Ikuti kesudahan yang mengisahkan wasiat sesebuah keluarga dalam “Embok Belum Terbakar” di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Arja Lee Embok Belum Terbakar TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Mula Beroperasi di Terminal 1 Kota Kinabalu

Program Majalah Motivasi Pelajar JUARA MINDA