in

Arja Lee Bakal Rai Hari Ibu di Persembahan Cerita Kasih Ibu

Sempena sambutan Hari Ibu, pelakon dan penyanyi Arja Lee bakal mengadakan persembahan CERITA KASIH IBU di Hotel Legend Cherating, Pahang pada 10 Mei 2014. Peminat yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan Arja Lee sambil minum petang bersama ibu masing-masing.

Arja Lee bakal menyanyikan lima hingga enam lagu yang bertemakan kasih sayang dan pengorbanan ibu. Bertemakan warna ungu, merah samar dan lavendar, persembahan Cerita Kasih Ibu mendapat kerjasama daripada Hotel Legend Cherating, agensi pelancongan, Tripel M Vacations Sdn Bhd yang turut merancang percutian Arja Lee bersama peminat ke tiga lokasi berbeza tahun ini.

Kepada pembaca budiey.com yang mahu meraikan Hari Ibu bersama Arja sambil bercuti di pusat peranginan yang indah itu, anda boleh mendapatkan tiket berharga RM299 termasuklah penginapan dan makan minum. Kepada anda yang menetap di Kuala Lumpur, bas disediakan untuk ke sana.

Arja Lee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Anugerah Billboard Music Awards 2014

New Samsung NX mini SMART Camera