in

Arip Juara Mutlak Kilauan Emas Musim 4

Tahniah Budiey ucapkan kepada Arip yang telah dinobatkan sebagai juara mutlak Kilauan Emas 4. Semoga terus sukses. Peserta kegemaran ramai Arip atau Omar Sharif Mat Din, 42, menepati ramalan apabila bergelar juara Kilauan Emas 4 (KE 4) yang berlangsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu.

Peserta berasal dari Raub, Pahang itu menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

astro

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri kerana terpilih sebagai peserta yang menambat hati juri dengan persembahannya dan turut membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah.

Sementara itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dimana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu menyanyi secara Solo, Medley dan Duet bersama penyanyi berpengalaman.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Dato` M.Nasir, Jamal Mirdad, Mamat Khalid dan Dato` Hattan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Taylor Swift Tiba di KLIA2

Senarai Program Menarik di TV3 & TV9 Sempena Hari Bapa