Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Aril Tersingkir dari Akademi Fantasia



Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi. Satu keputusan yang mungkin menimbulkan seribu tanda tanya, mengapa Aril?

Melalui penyingkiran Aril, ramai pihak yang tidak berpuas hati lantas menduga mungkinkah akan ada undian AF masuk?

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul mewakili pihak Astro tidak menidakkan mahupun mengiyakan telahan itu sebaliknya meninggalkan persoalan tersebut dalam bentuk tanda tanya.

“Saya tidak dibenarkan membuat pengumuman itu (AF masuk). Apa yang saya boleh katakan, kita sentiasa mendengar suara pelanggan dan peminat AF dan meninggalkan ia dalam bentuk dot dot dot…,” kata Khairul Mizan sejurus berakhirnya konsert tersebut.

Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline ‘Best Wok’ tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga  terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal. 

Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato’ Khadijah Ibrahim serta Adibah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Aril yang mendendangkan lagu Nakal oleh Gigi hanya mampu bertahan sehingga minggu ke-7 setelah mendapat undian 11 peratus menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diadili 100 peratus oleh penonton.

Sehingga siaran langsung konsert itu selesai pun, ramai penonton tidak berganjak daripada tempat duduk mereka dan masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Adakah ia berpunca daripada sikap Aril yang dilihat dalam Diari AF atau disebabkan kehadiran Marsha yang kelihatan intim dengan Aril di dalam akademi? 

Apapun puncanya, yang jelas itulah keputusan muktamad penonton Af7 malam tadi yang pastinya mengecewakan ramai peminat Aril. Sejarah AF juga berulang semula kepada Aril kerana pada musim terdahulu beberapa pelajar kegemaran ramai tersingkir seperti Rosma, Dafi, Aizat dan Rich. 

Dalam pada itu, ditanya adakah Aril berharap AF7 akan membuka peluang kepada penonton membuat AF masuk, dia menjawab, ‘Itu saya tak tahu nak cakap sebab terpulang kepada pihak Astro. Saya nak buat macam mana..’

Sementara pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang pada mulanya kelu lidah untuk berkata-kata akhirnya menyuarakan reaksinya tentang penyingkiran Aril.

“Memang kami di fakulti tidak jangka Aril akan keluar. Dia merupakan pelajar paling rajin, dedikasi dan antara bakal ikon yang ingin kami lahirkan menerusi AF7 kerana dia ada pakej yang hampir lengkap dan ada ruang dalam industri seni ini.

“Unfortunately, kita tidak tahu apa voters nak…walau apa pun, kami menganggap Aril tetap ikon,” tutur Tiara yang agak sedih dengan pemergian Aril dari AF7.

Peratusan pelajar sebelum konsert bermula:

Isma – 25 peratus, Yazid – 19 peratus, Hafiz – 14 peratus, Aril – 12 peratus, Akim – 10 peratus, Claudia – 10 peratus dan Aishah – 10 peratus.

Peratusan pelajar selepas undian ditutup:

Hafiz – 17 peratus, Isma – 17 peratus, Aishah – 15 peratus, Yazid – 15 peratus, Akim – 14 peratus, Claudia – 11 peratus dan Aril – 11 peratus.

Dari segi persembahan, pelajar malam tadi terutama lelaki memberikan showmanship yang menarik. Persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Yazid (With Or Without You/ U2), Hafiz (Kau Yang Punya/ Malique & Najwa) dan Akim (Situasi/ Bunkface).  

Manakala persembahan pelajar wanita pula ialah Claudia (When You’re Gone/ Avril Lavigne), Aishah (Flora Cinta/ Min Malik) dan Isma (Tak Mungkin Kerana Sayang/Alyah).  Selain lagu-lagu terbaru, konsert minggu ke-7 itu menyelitkan nostalgia buat penonton kerana mempersembahkan nyanyian berkumpulan semua pelajar menerusi lagu Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin).

Dengan penyingkiran Aril maka tinggal 6 lagi pelajar yang bakal meneruskan perjuangan sebagai juara AF7.  [sumber] dan [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Sidi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert ke-6 Akademi Fantasia Tema Live Band!



  • 55 Komen untuk entri “Aril Tersingkir dari Akademi Fantasia”

    1. saodah jambu kata:

      kaedahnya dah sms voting system. sape soh tak vote?kalau vote pon kenapa tak vote bersungguh2. jangan nak salah kan marsha pulak. dah itu je rezeki dia. redha je la…… boring la nape orang suke mempertikaikan orang itu ini terkeluar. itu dah jadi permainan rancangan realiti macam tu. orang yang bising2 kat luar vote ke kaedahnya? kalau vote tak pe. kalau tak vote, sudah2 la senyapkan diri. :)

    2. syahira kata:

      penyingkiran pd mlm td adalah x wajar…adakah ini satu konspirasi??aril x ptt kuar..die ad bakat yg x de kat student laen..die jugak dah bnyk improved dr mnggu pertama..aril n claudia ad peratusan undi yg sme tp knape aril yg kuar..knape x claudia yg kuar??ataupn knape x dua2 pn kuar??bru adil..aril always in top 5 after konsert..x penah die d tangga terbwh…adakah ini satu penipuan pihak yg menguruskan undian??kte x tau..x de spe bleh tau..kalu org dah dengki,ape pn dieorg bleh wat.sooooo,pkir2 ka perkara ni sebaeknye..pihak astro harus allow af masuk for aril..its a must.kalu dlu mawi bleh, knape skang aril x bleh??kalu x bleh,ini mmg x adil kpd aril..die ade hak n die berhak msk final..dr dlu dah ckp..jgn bg hak kpd pengundi utk undi sepenuhnye..keputusan harus juga ade pd pengkritik..mcm oiam..kalu mcm tu,baek x payah ad pengkritik kalu dieorg x de hak utk pilih spe yg ptt kekal dlm af..mcm isma..setiap mnggu die 1st ranking..ni sume msti sbb fmily die yg undi..penonton harus undi berdasarkan talent peajar, bknnye sbb suke or watever it is..so i really hope there’ll be af masuk 4 aril..aril is da best!!!terbaek wok!!!!!!

    3. MammA MiA kata:

      1st ke hehehe…
      frust tul la bila aril keluar. Kite bukannya fanatik dia tapi dia antara yang berbakat di af7 tu.. yang lelain yang ado jer…

    4. hehe kata:

      cukup cukup mengejutkanla penyingkiran aril….he is damn gud plus he improved a lot…tu yg kita nak….mcm kate adlin dia ada star value….bagus la dia…..i really really hope ada afmasuk….cos aril ada bakat suara unik dan ada attitude…..ape ape pun aril is still da best…..terbaik wok!!!!!!!!!!!!

    5. WOW!!!! kata:

      mmg shocked….n 4 sure aril was gud….org kutuk mcm mane pun ‘nyata aril bagus …tapi nasib x menyebelahinya….xpa keluar pun kadang-kadang lebih popular dan lebih bagus dari juara….cth nyata aizat n dafi…..aril pun akan b’jaya rasanya….(my oppinion)….aril da best!!!!!!

    6. zaty kata:

      pewhh… penyingkiran ARIL smalam memang
      terkejot larhh..!! smpai skunk nie pon i cam x
      caye g larhh..!!! coz perform ARIL malam tadi
      memang best arhh..!!!! i ingat en yg ARIL nie
      leh g final. hishh… i ingat en c yazid or claudia
      yg kua. humrrhh… pape pon.. i doa en ARIL
      sukses kat lua cnew. GOOD LUCK ARILLLL….
      LUV U SO MUCH…

    7. mira kata:

      kecewaaaa…hampaaa nak tgk aril smpai ke final ..really2 sad…watching aril kat dalam diari akademi mmg tak membosan kan …ur performance superb…..kalau tgk persembahan aril mmg satu trasformasi yg AF nak cari…anyway i wish aril all da best…

    8. zawzal kata:

      em. reda aje. nak wat camana. korang taknak sms banyak2..

    9. familymuda kata:

      Assallamualaikum… kami Aril FC dah undi byk2. Tapi kontroversi dgn Marsha lagi menyebabkan org fikir 2/3 kali nak undi dia… itulah pendapat org ramai setelah Aril tersingkir, especially org pompuan. Dah lah mula2 dulu dah kecoh pasal juuuuuu….. Harap ada AFMasuk, plzzzz ASTRO. He is talented. TQ so much.

    10. dayangku kata:

      iyela..cam ade sesuatu la…
      tp kan…bila difikir dan direnug-renungkan..penyingkiran ariel ..cam ade kaitan dgn kemasukan marsha la…tp..x tau la…
      Kite cuma buat andaian je…kite tgh cari sebab2nya…x puas ati betul..

    11. SPORTY kata:

      Oooo ini ke si Ariel yang kawan ku ‘frust’ giler – giler malam tadi….(maaf le x layan sangat AF ni)…Takpelah…mungkin rezeki dia ada di luar lebih baik…..macam Aizat, Kaer, Bob, Dafi dan selain juara AF;-)

    12. syid kata:

      sebonanya aku x minat aril n semo2 pljr af ni…tp bila AC umum aril out, nitis air mata aku…may be aku rasa aril tak patut kua lgpun ada yang plg layak kua…lagi 1 kalo peratusan aril rendah sama nga claudia, kasi kua lah sama2…ape da astro ni…
      maybe gak pihak astro boikot aril coz dlm diari aril off mic, kononnya salah di sisi undang2 af…alasan plg tepat… 2nd rezen of cos lah pasal marsha gedik n 3rd aril’s fan lalai…

    13. nurul dania kata:

      aku sangkakan yazid, rupanya aril…sayang sekali aril terpaksa keluaq…bukan apa, dia neh hapenning, pandai menceriakan suasana…terutamanya bila tang menyakat si angelina…hehe…rasa sayu pulak pasai aril ni…takpa la aril, rezeki ang mungkin bukan sampai sini jaa…mana tau kot ang ada rezeki kat len…sabaq-sabaq no….

    14. Jom Cuti - Cuti Malaysia kata:

      geram aku tengok Aril kuar..betul kata nurul dania tu aril pandai menceriakan suasana.. soronok sgt tengok telatah & gelagat aril dlm AF7.. selamat maju jaya buat aril..

    15. shima kata:

      kita dah tahu af adalah program realiti jd kena terima klu ada penyingkiran.. sapa tsingkir tu ha.. vote sama mereka nk pilih… aril tkuar nk rezeki dia smpi situ x pyh nk srh astro wat undi msk.. klu nk wat better next year af8 better ada juri profesinol… jgn surh peminat vote..syid x pyh nk slh kan astro psl boikot2 nie.. mmng pengundi dia x vote.. jd slhkan lah pengndi dia.. n peminat dia…..

    16. Maria kata:

      Eeeee..rasa sedih la Aril tersingkir..dia je yg aku tgk ada style sket pn dr yg laen..performance dia ok per..apsal tak si Claudia or Aisyah yg kuar..rasa nk tgk AF pn dh tawar..sbb b4 this Aril je yg tak membosankan dlm akademi tu..pandai ceriakan suasana and tak pulun mcm si Akim tu..anyways..GD LUCK FOR ARIL..I”M SURE LEPAS NI U YANG LAKU PUNYA DARI YG LAEN2 tu..”

    17. ryena kata:

      Jgn salah kan Astro..konspirasi lah ..itulah inilah..salah kan diri sendiri ..kenape x nak mengundi. Nak undi pun berkira sangat..kata minat..ini lah padah nya..Terimalah hakikat yang tu rancangan realiti tv. Suka ke x suka ka yang penting afundi.

    18. ADIK kata:

      Kalau ASTRO nak betul betul mengaut untung buat je AFUNDI masukkan semula ARIL ke AF7 berbanding dengan , AKIM, HAFIZ, ISMA, CLAUDIA, AISHAH DAN YAZID tu……… jangan wat bodoh lag……….

    19. bdaknakal kata:

      ko org semua terima jer takdir…terutama kaum puan mmg suka tgk muka dr bakat…hahhahahahha

    20. FARA kata:

      Bila dengar Aril terkeluar, takde sape lagilah yang layak diundi, kita tengok je lah sape yang jadi juara SMS tapi takde pakej selayaknya. Malunya yang jadi juara tu……….

    21. obefiend kata:

      ALHAMDULILLAH

      there is a god!

      he sucks

    22. azman23 kata:

      Ramai beno yg bagi komen apabila si Aril tu tersingkir!!!…teman pun x nk ketinggalan le walaupun teman bukannya minat sgt kat si Aril tu…dan sejujurnya walaupun teman adalah peminat setia AF sedari dulu lagi tetapi x pernah pun mengundi pun…merasakan sememangnya Aril x sepatutnya terkeluar memandangkan prestasi dan bakat yg ada pada beliau…tetapi…PERCAYALAH…teman berani bertaruh le…sudah pastinya ada AF MASUK nanti pd minggu depan…sebab teman dah faham sgt dgn taktik ASTRO ni…ini adalah salah satu cara deme utk mengaut untung apabila ada AF MASUK…maka berduyun-duyun le SMS yang masuk…kalu tak caya tgk le nanti!!!

    23. aril-lovers kata:

      kami nak aril lek ke af
      AFMASUK ARIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      AFMASUK ARIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      AFMASUK ARIL

    24. ManSenoi kata:

      Adat pertandingan la….Ada yang diatas..ada yang dibawah. Ada yang sikit undinya..ada yang banyak.

      Airil memang bagus…tapi tak cukup hebat. Mungkin personaliti Airil sendiri yang mula nampak ego, over-confident dan juga terlalu selamba.

      Anyway, bagi aku yang betul-betul berbaloi adalah Hafiz. Dia ada gaya macam Aizat. Harap Astro tak perlu masuk Airil semula. Saatnya sudah tiba..Undian telah ditutup.

      Time to move on….Hafiz & Aishah….we love you!

    25. Rose kata:

      Tak sangka Aril terkeluar, kan dia ada bakat. Pada saya Hafiz tu macam kanak kanak sihat je……..tak ada karisma, sama gak dengan yang lain lain, Isma dan Claudia pun lebih baik tumpu pada rumah tangga jangan nak kejar glamour nanti rumah tangga berkecai. Yazid dan Aishah memang lembab, tak bersemangat. Akim boleh tahan tapi tiada sesuatu yang istimewa nampak kaku setiap persembahannya tidak natural. Pendapat saya je. Tak kisahlah kalau nak undi juga……..sebab saya tak mengundi lagi tanpa Aril…….

    26. FazzzyFaz kata:

      Sampai ari ni aku masih tak percaya yg aril tersingkir last concert…mula2 dulu aku takde la minat sgt kat aril ni…tp lama2 aku nmpk bynk peningkatan dia…& yg paling aku sedoh sbb dia terkuar time dia perform paling hebat…mmg betul kata adibah…aril was born tp be on stage…stage presence dia kuat sgt..aku percaya yg aril akan bersinar diluar sana….dia akan tenggelamkan juara nanti (whoever he/she is)….
      To aril……ur a star….n no one can deny that…wpun aril tkuar….u did so dgn bermaruah…..dan performance aril mlm tu mmg the best n most memorable in the history of af…syabas!!!!! Smoga aril bkerja lebih keras diluar sana & prove all yr critcs wrong….all the best dear….

    27. kirana kata:

      tkezut gak bl dumumkn aril yg kuar.aku xminat pn sape2 yg de kt AF 2,tp bl tgk show bes,aku sokong je.aku rse dia ni ok.byk peningkatan dr 1st konsert hr 2.aku igt dia akn jd mcm mila yg xbgs ms awl musim tp jd sgt bgs smp jd juara..sbb dia de ciri sorg yg yg kuat usha..tp nkwat mcmne klu undi xckp.tp klu dia msh de usaha pas ni,aku rse dia leh jd lebih hebat dr juara.cth dh byk kt luar…teruskan usaha,jgn cpt putus asa..

    28. layan kata:

      akhirnya doaku dmakbulkan…aril kuar jgak…aku memag x ske tgok dia ni meluat n poyo dia tahap cipan….malm tu aku siap belanja famili aku mkan mcd lagi…sronok betul…lepas ni jiwa aku tenang je tgok diari n konsert…tu la aril, lain kali jgn poyo n mgada2 sgta…awwwwoooooooookkkkkkkkkkkkkk ko tu x dtgkan aper2 makne pon…akhirnya awwwwwwwwuuuuuuuuuuuuutttttttttt ko dari af7….skurangnya masih ada lagi pserta yg betul2 punyai bakat yang tidak akan teranianya lgi…aril di luar sana ko mesti ingat…jgn poyo n over sgt….xde org akan suka tgkhlaku mcmtu….

    29. layan kata:

      xde maknenyer vote msuk ari smula….buang masa n penonton pon naik meluat…..

    30. erin kata:

      To layan kata : ko jeles kat aril sbb dia cute kan… ko tue mcm la bagus sgt… mmg ar byk yang berbakat kat luar tu tp AF7 ni, aril yang pailing berbakat.
      Aku pelik r, claudia pon 11% tp nape aril yang terkeluar… bg komen ckit nape…? aku mls DAA nak tgk AF… aril takde…. suram la AF takde aril… even aril tak juara pon at least dapat ke FINAL pon ok la…..

    31. akutaksuka kata:

      aku pun suke gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr aril kuo…tu la..poyo sgt..org tak suka..walaupun ko berbakat ke..apa ke..ko dlm akdemi mengada…mcm pandai sgt..nak ajar2 org..berlagak..poyo je!!!!!!!!

    32. lalala kata:

      yesss!!!!suke giler aril kua..puass ati aku…berlagak cam bagos sgt…menyampah giler kalo tgk diari kalo ade dier….mengada2…bajet cam dpt gi final jer

    33. polmos kata:

      ye aku pun tak suke aril. bagus sgt dia kluar. kalau dlm diary dia yg slalu lebih2 nak tunjuk terror kononnye.

    34. MafiaKL kata:

      Ini satu pengajaran….kalau nak pelajar tu kekal..vote le. Macam aku dulu vote Mila……siapa buat pergerakan lagi…ternyata berhasil.

      Gunala komen sense- tak vote..kalah..vote..menang. Simple!

    35. AriL Fan_BaBe_ kata:

      Huhu…pnyingkiran aril mmg tidak wajar… Pdahal aril adlah seorang pelajar yang berbakat dan beliau ada bnyak peningkatan semenjak dari minggu pertama… Diharap ada AFUNDI MASUK… Kenapa af musim lain ada AFUNDI MASUK…jadi af7 pn msti ada AFUNDI MASUK….

    36. zetty09 kata:

      Tak patut Aril tersingkir….aku punyalah vote bertalu-talu….

      Orang yg ada bakat boleh out pulak…tah apa2 voters niee…

      Whatever it is…Aril is still the best…harap Aril boleh berjaya di luar….dan mengasah bakat menjadi insan seni yang tulin….

      Hidup aril….selamat maju jaya

    37. luna kata:

      skrg x yah la kita kecoh2 kt cni…percaya atau tidak arill akan lgi meletop dr finalist af7 tu sume…sbab dia ada package…isma 2 nk g kemana ngan sore klon dia tu…claudia wpun bole nyanyi tp rupa pun mainkan peranan gak, tgok je ct nurhaliza nape dia top coz dia ada rupa n bakat,..aisyah tu pun suara x kemana pun…bdak2 je yg nk dgr..yazid lgi la..nyanyi asik sumbang mambang je…x ada personaliti diri,..hafizd ok la nyanyi tp suara pun suara biasa aje…arill ni ada package tuk jd artis contoh mcm adam af2 la…yg saya n geng2 kt cni nmpk mmang kemasukan marsya bg impak besar…dgn perangai marsya yg mengedik2 mngganggu arill dlm af 2 apa ke jadahnya…cuba ingatkan ayat ini yg marsya ckp pd arill bila arill tnya nape marsya sbuk nk tau psal ju…marsya kata coz i syok kt u…apa mkna sume ni…diari saje mnunjukan acting dia org berdua aje..sya bole lhat arill jd serbasalah..dia x nk nmpk yg dia x nk layan marsya..dia pun nk jg airmuka marsya gak…arill pun pnah ckp marsya 2 bkn test dia..dia mnat pompuan mcm nora danish…bila dh jd mcm 2 org jd meluat tgok arill n marsya so mlas la nk afundi arill…cuba astro terangkan pd penonton sume ape ke jadahnya marsya 2 di bawa msuk dlm af…dan lgi 1 nape diari af asik nk menjodoh2 kan plajar2 kt dlm 2…ini pencarian penyanyi ke atau tmpat mencari jodoh…sarimah pun over sgt bla kenenkan bdak2 2 sume…tau x family dia org pun naik menyampah tgok ank2 mereka di kenen2 kan selalu…cubala diari 2 tunjukan bnyk pembelajaran dia org…skrg dh jd akademi menggatal plak dah…sya ni bkn la pminat arill psal sya x mnat artis2 msia yg menyanyi ntah apa2 ni..

    38. syazleen kata:

      Hmmmm…………….

      Sebab tue aku tak mengundi kat AF….

      Hahahahahaha……….

      Buat rugi jer kalo mengundi………

    39. aiza syazwen kata:

      kam!!!!!!!!!
      kam!!!!!!!!!!
      kam!!!!!!!!!!!
      nak aril masuk af kembali
      patut nyer yazid yg rambut keringting 2 yg keluar….. sye harap astro masuk kan aril kembali menjadi bintang af 7 yg berkelipan!!!!

    40. PiNgU pInK kata:

      Arrrriiiiiiiiiiiiiiillllllllllllllllllllllllllllll………………..lurve u!!!!!!!!!!
      spttnye si aishah yg out………sore ke parit……….

      nway gd luck 2 aril……..

      aril leh survive kt luar sne nnt……..

      pedulikn ape yg org nk ckp yg penting aril tau ape yg aril wt……

      don’t sombong2 ha……………..

      aril iz da bez!!!!!!!!!!!!!

    41. Pinguwokkk kata:

      Yg kutuk aril tu sume dengki dan jeles..Aku dn ramai lagi org suke Aril..yg tk suke tu shut up lah…ngutuk org mcm dia best sgt..klau kau best try msuk aflah..sure tk dpt! haha!..Dengki apasal. Aril tu mmg best sbb tu jadi kesayangan cikgu, pengkritik dan peminat..Skrg ni ada af masuk..sure kitorg sume akn afundi abis2san..korg takut sbb klau aril masuk nanti akan menyebabkan pelajar kesukaan korg akn dicabar dn disaingi…alah..kalau dah budak yg still ada dlm af tu bagus sgt..wat pe nak takut… tapi aku sure if aril masuk final…mmg inilah battle yg sebenar..tengok jelah sape yg menang nanti..anyway ape2 pun..aril dah tetap menang dan juara di hati kitorang…boleh blah yg jeles dan dengki ngan aril tu sbb korg lah yg paling x best sekali!!!

    42. vot aril kata:

      Tul kt kau tu. Tak kira Aril tu sombong ke, poyo ke, gatal ke tapi tengok tak gatalpun tapi Masha tu yang gatal mengacau dak Aril yang Bujang lagi tu..nak ajar Aril jahat. Pas tu ada gambar Aril ngan pompuan cam gatal jugak, tengok gambar tu Aril cam tak de pe pe pun, smua ni nak rosakkan nama Aril. Bawak sabor je le… pandai pandailah Aril bawa diri cos kau ni special dan awas dengan fitnah……..manusia yang tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada. Dengki khianat…belum pun si Aril tu jadi artis …….undilah Aril masuk semula ke AF7 dengan satu sebab iaitu bakat dia dan aura dia tu. Nanti boleh tengok aksi dia di konsert tak menang takpe…….suka tengok dia buat benda pelik pelik..good luck to Aril. Kalau nak dia juara lupe kan yang lain kita undi Aril je………

    43. nanna kata:

      haihh . kurg ney na kutuk2 lakk . heh . manusie tadew yg prfect okeh ! think it laa mungex ! HAHA . so ta bek kutuk2 :) )

    44. mermaid kata:

      ARIL STILL THE BEST …HE GOT THE RITE & BEST PACKAGE TO BE THE NEW CENTURY SUPERSTAR..HE GOT A COMBINATION OF JUSTIN TIMBERLAKE & RAIN THE KOREA SINGER FROM DE WAY HE MOVE..YANG LAIN TU SAMA JE MACAM PENYANYI YANG DAH ADA KAT MSIA ESPECIALLY ISMA, WE DONT WANT ANOTHER SITI RITE GUYS..SO LET US VOTE FOR ARILL ALL THE WAY..AWOOOOK YOURE THE BEST..

    45. Kimi kata:

      Yes! AFMAsuk trkini, ARIL TOP doe!! Follow by aishah, zizi, n claudia.. Tp, pleaz pminat ARil jgn stop undi dye! TAkut lak ending2 aishah dpt.. Mnangis x brlagu la ak ni..Truskn undi dye ek? Ak mrayu gler2 ni..Ak start dye bkak AFMasuk, tiap2 hari ak undi..Nk kering dwet, tp Aril pnye psal, ak redah je.. Terbaek Wok!! AFMASUK ARIL!!!

    46. aiza lov!ng!!!!!!!!!!!!!! kata:

      ye ye ye!! best nyer aril masuk af.. ha ha ha padam muka aishah x dapat masuk……. i wish you good luck.

    47. cute gurlllll kata:

      awokkkkkkkkk you are the best……… muah

    48. aku bosan kata:

      aku tak nk komen pasal aril…
      tapi aku nk komen pasal Isma…
      asal die tu mengedik semacam dlm konsert ke-9 aritu…
      perlu ke die nak buat gaya2 mcm perempuan murah mase die bwk lagu hot and cool tu? mmg setiap pelajar di haruskan membuat persembahan yg terbaik tp berpada2 lah..
      kalau nak all out pon tak payah la sampai nk menari ber’tonggek’ mcm kumpulan pussy cat doll kat hollywood…
      awak tu isteri org… kena jaga batas2nye sbagai seorg isteri..
      contohi mcm siti nurhaliza tu…
      walaupon siti dah jadi isteri org, ada korang tengok die buat show yg sampai menonggeng daring2 mcm tu…
      ok pon die skrg…masih gak ramai peminat…
      1 lg yg aku nk tegur.. perlu ke Isma tu nak pki High heel 5 inci?
      bile aku tengok die pki kasut tu mengingatkan aku dgn pelakon2 film porno kat hollywood tu..
      hahaha…
      cukup2 Isma oi…
      hentikan la…
      simpati la pd suami dan keluarga kamoo…
      chow..

    49. syazwan kata:

      i hope aril… jadi juara af ke 7

    50. secret ammiror kata:

      askum,aril awk nie cutela,gentelman,handsome,bijak dan suara awk merdu macam faizal tahir la.kalau awk nak tahu saye nie peminat setia awk.lagu awk sedap.awk best gila……masa awk tersingkir saye sedih sangat ,tapi lepas awk masuk blk saya gembira sangat……masa awk menang saya menjerit kegembiraan………sampai di sini sahaja dari saye……..wassalam.

    51. fariman kata:

      padan muke si telinga besar keluar(aril)…
      wkwkwkwkwkw
      dh la telinga besar…
      cover plk ngan rmbut..
      x yh la cover..
      dh tuhan yg ksi..
      terima jela..
      pelik la cm nih…
      box ok…

    52. i love that guy kata:

      suara aq lagi sdp

    53. i love aril's song kata:

      lagu u best giler… u macho,hensem dr abg u.aq doakan good luck for u only.. mcm nk nyayi lagu menatap matamu dpn u plak.. aq da hafal lirik lagu menatap matamu.. xde salah langsung !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      i lov uuuu

    54. fatiah kata:

      you not get number 1,but you get number3 or 2. you promisssss you a best boyzzzzzz. i love you song. best your self . thank you.

    55. qayyum kata:

      kurang asam saper kutuk aril klu aku dapat saper yg ske kutuk nie aku blasah smpi arwah,,,,xsedar diri…..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK