in ,

Aril Berhenti Jadi Penyampai Mahu Fokus Jadi Penyanyi

Setelah bergelar naib juara Akadami Fantasia 7 (AF7) Khairil Azam Pilus atau Aril telah menyertai stesen radio ERA FM, namun karier tersebut terpaksa ditinggalkan demi memburu cita-cita sebagai penyanyi.

Biarpun berat hati meninggalkan stesen radio tersebut, Aril telah membuat keputusan yang tekad untuk kerjaya seninya sebagai penyanyi. Sebagai bukti Aril telah hadir dengan album sulung yang berjudul “Aril”.Album ini mempertaruhkan 9 buah lagu yang berkonsepkan balada dan pop rock. Antara lagunya, Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulus dan Menatap Matamu.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu duet yang berjudul ‘Tulus’, nyanyian Aril bersama penyanyi dari Indonesiaiaitu Terry.

Ujarnya, lagu berkenaan sudah mula menjalani promosi di Indonesiadan sambutan pendengar di sanacukup baik dan memberangsangkan.

“Sudah tentu saya gembira kerana lagu ini semakin diterima ramai dan sudah berada di carta beberapa stesen radio di sana. Tidak mustahil dengan pencapaian ini akan menjadi platform untuk mengembangkan karier nyanyian di negara tersebut.

“Namun begitu, sesuatu yang agak melucukan apabila ramai yang keliru dan menyangka saya ini adalah Ariel Noah, tetapi sekarang mereka sudah mula mengenali diri saya,”ujarnya .

“Sejak tamat AF7 lima tahun lepas, saya mencari apa yang lebih penting untuk menjadi seorang penghibur. Sebab itu saya mencuba pelbagai bidang seperti pengacaraan, penyampai radio dan sebagainya. Tapi sekarang saya sudah bersedia untuk kembali memberi fokus dalam bidang nyanyian kerana asas yang saya pelajari dalam Akademi Fantasia adalah nyanyian,”katanya

Aril juga turut merakamkan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah abangnya, Izwan Pilus yang berjudul ‘Kembali Senyum’. Cari Aku, Mengeletar, Ganjil, Bintang & Kelompang adalah antara lagu yang turut dimuatkan dalam album yang telah mendapat persetujuan daripada Warner Music Malaysia sebagai wakil pengedar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Gala Filem ANAK JANTAN Berlangsung Malam Ini

AIRISH MIRACLE Lancar Sabun GLAMOROUS FUCHSIA