in

Aril, Akim, Yazid, Isma dan Hafiz Berjaya Ke Konsert Final AF7

Akademi Fantasia hampir berada di penamat. Tinggal satu minggu untuk melangkah ke konsert final. Konsert terbaru AF telah mengekalkan Akim, Yazid, Isma dan Hafiz. Mana cukup dengan 4 finalis, AF Masuk telah memberi laluan yang cukup lega buat Aril. Walaupun dikatakan kemasukan Aril sudah dirancang oleh Astro. Namun, tidak dinafikan undian SMS untuk Aril cukup banyak.

Isma menjadi satu-satunya peserta wanita yang dikatakan mencabar kehebatan Hafiz. Kalau Isma jadi juara maka, genaplah dua juara program realiti untuk tahun ini datang dari satu famili.

Tahniah buat semua finalis dan selamat berjuang di Konsert Final yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, 16 Mei 2009. Hari itu juga berlangsung Gempak Selebriti Astro juga diadakan pada lokasi yang sama.

Aril dapat undian terbanyal iaitu 52.5 peratus menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%)

Boleh dikatakan kali ini, persembahan yang begitu energetik dan rata-ratanya mendapat pujian pengkritik iaitu Edrie Hashim, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie. Masing-masing membawakan lagu Melayu dan Inggeris yang rata-ratanya adalah berdasarkan cadangan peminat mereka sejak 2 minggu lalu.

Pada pembukaan konsert itu, kesemua mereka menyanyikan lagu Lagenda (Dato’ Sheila Majid) tetapi diubah sedikit liriknya untuk disesuaikan dengan sambutan Hari Ibu. Akim pula mengejutkan ramai penonton apabila turun ke bawah pentas dan menghadiahkan sekuntum bunga merah kepada Aishah.

Lagu lain yang dinyanyikan adalah Larut (Akim), Aku Skandal & Where The Streets Have No Name (Yazid) dan Aku Pasti Datang (Isma).

Persembahan mantap Akim dalam lagu I’m Yours seakan sudah dapat diduga kerana lagu ini adalah lagu pilihan beliau

Hafiz cemerlang dalam lagu I Believe I Can Fly

Yazid terlalu memaksa untuk pergi lebih jauh.

Tahniah Aril. Kredit foto: Mstaronline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Album Seventeen Lelaki Hebat

Video The Making Of… Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta