in

Aplikasi Mesin Sebarkan Semangat Ramadhan

APP BERKONGSI SEMANGAT DI BULAN RAMADHAN

Coca-Cola telah memperkenalkan app istimewa bagi berkongsi semangat di bulan Ramadhan dengan individu tersayang sambil berbuat amal kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Ucapan khas Ramadhan boleh dikongsi dengan sahabat handai serta ahli keluarga apabila menggunakan app istimewa “Mesin Sebarkan Semangat Ramadhan” Cola-Cola yang boleh dijumpai di laman facebook.com/cocacola .

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola

Sempena bulan yang mulia ini, Coca-Cola Malaysia turut berazam untuk menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit sehingga RM50,000 untuk menjayakan pelbagai projek pembekalan air bersih untuk komuniti luar bandar.

Anda hanya perlu menyebarkan seberapa banyak ucapan melalui laman sesawang menggunakan aplikasi istimewa tersebut.

Ucapan-ucapan tersebut boleh dikongsi melalui laman Facebook, twitter atau e-mel kerana semakin banyak ucapan yang dihantar, maka semakin tinggilah nilai wang yang akan disumbangkan kepada komuniti-komuniti tersebut.

Dengan tercapainya 50,000 buah ucapan sehingga tengah malam pada 18 Ogos 2012, Coca-Cola akan merealisasikan tindakan positif anda menjadi satu amal kebajikan.

Sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada organisasi kebajikan dan pembangunan, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan badan amal pembangunan belia, Raleigh International untuk menjalankan projek untuk penyediaan bekalan air bersih dan pembentungan dengan kerjasama Coca-Cola.

“Sifat keprihatinan itu suatu yang amat mulia dan ianya lebih bermakna lagi dengan sebaran rasa kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan. Secebis kata yang tulus dari hati apabila digandakan dengan ucapan istimewa juga mampu membantu ribuan penduduk luar bandar di Malaysia,” kata Pengarah Hal Ehwal Awam & Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Encik Kadri Taib.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bakal Anjurkan Majlis Berbuka Puasa & Tayangan Program Raya

Eversoft Lancar Produk Pembersih Muka & Scrub Terbaru