in

Aplikasi Chat Mana Paling Selamat di Dunia

Sementara menunggu siaran langsung Gegar Vaganza malam tadi, Budiey sempat surfing internet sambil berborak bersama kawan-kawan melalui satu aplikasi chat terbaru iaitu Zipit Chat. Kata mereka, Zipit Chat ni sekarang dah jadi viral sebab dikatakan paling selamat di dunia! Fuh! Betul ke ni? Baiklah, bak mai Budiey kasi penerangan dan selidik sikit.

Aplikasi Chat Mana Paling Selamat di Dunia

Mulanya, Budiey keberatan nak cuba aplikasi chat ni memandangkan yang sedia ada dah cukup bagus, tapi setelah dipaksa oleh kawan, Budiey pun main-main la muatturun aplikasi chat yang khabarnya akan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia tak lama lagi. Antara satu sebab mengapa aplikasi ini diperlukan ialah untuk mengelakkan telefon bimbit kita menjadi mangsa hackers.

Menurut kawan, aplikasi ni adalah percuma sehingga 30 November 2015 dan buat masa sekarang hanya boleh dimuatturun dengan menggunakan peranti Android sahaja. Mungkin selepas ini, kepada yang menggunakan iOs akan boleh muatturun tak lama lagi. Jadi, sekarang ni masih dalam tempoh percubaan.

Setelah beberapa hari guna, haa, ramai pula yang bertanyakan kepada Budiey bagaimana pengalaman sepanjang menggunakan aplikasi paling selamat ni. Sebenarnya, setelah beberapa ketika Budiey guna, dah tak nak guna aplikasi lain dah. Sehingga Budiey sendiri dah delete aplikasi chat yang lain. Haaa, macamana tu?

Aplikasi Chat Mana Paling Selamat di Dunia

Dengan adanya Zipit Chat nih, kita dapat menerima dan menghantar SMS, chats dan juga emel dengan ciri-ciri yang lebih selamat, lebih privacy dan terjamin. Budiey dah tak risau nak kasi tau rahsia atau bergossip dengan kawan-kawan sebab dijamin gossip atau rahsia tu takkan tersebar atau leaked kat internet.

Kalau nak tahu, aplikasi chat ini dilindungi oleh teknology military grade AES 256, ini menjadikan segala bentuk komunikasi anda itu dilindungi dengan sekuriti yang lebih utuh di tahap paling selamat. Dalam kata lain, kita tak perlu risau dengan hackers atau segala info dan gambar yang kita hantar itu, jangan khuatir segalanya selamat dan tidak akan terlepas ke tangan orang lain yang tak bertanggungjawab. Berbeza dengan aplikasi lain di mana segala bentuk komunikasi itu boleh terlepas dan tidak berapa nak selamat sangat la kan.

Korang ada sesuatu rahsia untuk diperkatakan? Mungkin anda kena fikir dua kali Untuk info, Zipit Chat ni ada ciri-ciri keselamatan tambahan seperti fungsi timer’self-destruct’ di mana membolehkan kita memadam mesej tertentu untuk lebih selamat dan ia mempunyai sekuriti yang berperingkat. Jadi jangan risau ya, segala rahsia kita tu semua akan tetap menjadi rahsia. Sangat sukar untuk ditembusi.

Aplikasi Chat Mana Paling Selamat di Dunia

Semua chat antara anda dan si penerima akan menjadi rahsia sulit. Sekarang, dengan aplikasi Zipit Chat ni, hanya anda dan penerima yang dimaksudkan akan dapat membaca mesej menggunakan kunci penyahsulitan yang cukup unik! Dalam group chat pula, kunci unik dikongsi bersama di kalangan ahli-ahli sembang kumpulan – menjadikannya lebih terjamin berbanding sebelum ini!

Bukan itu sahaja, dengan aplikasi chat ni, katanya kita dapat menyimpan semua e-mel dengan baik, terjaga dan ianya sulit! Dengan aplikasi ini, kita dapat menghantar lampiran atau dokumen sehingga 10MB video atau fail. Semua dan / atau mana-mana IMAP atau POP3 e-mel Gmail, Yahoo, Hotmail anda sekarang boleh disulitkan dan dihantar ke alamat e-mel lain dengan terjamin.

Zipit Chat juga menampilkan ‘Secure Notes’ di mana pengguna boleh menyimpan data sensitif mereka dengan selamat di telefon mereka. Pastikan keseluruhan fail sulit dan rahsia anda disulitkan.

Bayangkan, phone book anda juga dilindungi dan tiada sesiapa yang akan dapat copy atau lihat senarai kawan-kawan anda dalam phone book anda tu. Semua terjaga seolah-olah ia satu rahsia paling besar di dunia! Oh ya, nak buat screen capture pun tak dapat dengan Zipit Chat ni. Budiey kira aplikasi ni elok dan penting untuk selebriti kat luar sana sebab sekarang ni zaman artis kena hacked. So, lepas ni, nothing gets leaked out, nothing at all.

Anda juga akan dibekalkan dengan ID unik yang dijana oleh pelayan selamat Zipit Chat untuk melindungi langganan anda dan membolehkan anda buat installation semula dengan mudah.

Kalau anda masih ingat beberapa minggu lalu, Budiey ada siarkan peraduan mencari sesiapa yang dapat memecahkan kod rahsia, dan kalau nak tahu, sampai sekarang tiada seorang pun yang memberikan jawapan yang betul. Ini menunjukkan kod rahsia tersebut yang menggunakan teknology military grade AES 256 memang susah nak dileraikan dan diberi jawapan yang betul.

Jadi kalau dah tahu aplikasi ini lebih selamat dan sukar untuk di-hack… apa lagi korang kenalah download aplikasi ini di telefon bimbit sekarang. Cuba dulu baru tahu. Sekarang ini ada free trial sehingga 30 November 2015.

Nak download senang je, boleh terus cari aplikasi ini di Google Play atau dapatkan info lanjut di http://zipitchat.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu HELLO Adele VS SORRY Justin Bieber Trending di Youtube Malaysia

Ariana Grande Lancar Single Terbaru FOCUS