in

Apa Yang Menarik Tentang Konsert Komedi?

Gelak tawa dah riuh rendah yang menemani penonton setia Astro Warna pada setiap malam Jumaat akan diteruskan lagi dengan sebuah program baharu, “Konsert Komedi”. Apa yang menarik tentang program ini selain dapat menghiburkan hati penonton?

Konsert Komedi

Program yang buat julung kalinya diterbitkan ini menampilkan 8 barisan kumpulan dan pelawak solo yang bukan calang-calang seperti Nabil, Afdlin Shauki & Baik Punya Cilok, Shiro, Senario, Zero, Bocey dan ramai lagi.

Uniknya program ini, pelawak diberi kebebasan penuh untuk mengendalikan setiap episod mengikut kreativiti masing-masing dengan menyelitkan tiga elemen iaitu nyanyian, sketsa dan bual bicara.

Mereka juga akan mengundang idola mereka sebagai selebriti undangan untuk turut bersama memeriahkan episod masing-masing, termasuklah Fauziah Latiff, Awie, Zainal Abiddin, Hans Isaac, Ziana Zain, Siti Nordiana, Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Chef Wan, Indah Ruhaila dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Cipta Sejarah Flight Antarabangsa Pertama Mendarat di Bhubaneswar, India

Fakta Tentang MARVEL’S GUARDIANS OF THE GALAXY VOL.2 Yang Anda Patut Tahu