in

Apa Yang Menarik Melancong di Macau Tahun 2015?

Selaku destinasi pelancongan terbaik dunia, Macau menawarkan aneka keseronokan – daripada aktiviti lompat bungy tertinggi di dunia, Festival Seni Macau, kejohanan MMA serta tempat-tempat bersejarah bertaraf tapak warisan dunia. Kini, perjalanan anda ke Macau dari KLIA2 lebih mudah dengan 17 penerbangan terus setiap minggu.

Dengan itu, kami BudieyBuddies kini mencari penaja untuk merakam episod travelogue di Macau pada tahun ini. Jika ada penaja yang sudi menghulurkan bantuan, sila hubungi Budiey ya.

Sering kali, destinasi pelancongan yang kurang menonjol dan tidak sepopular sejumlah lokasi kegemaran pengunjung biasanya memberi pengalaman serta kos percutian yang paling menakjubkan dan berbaloi. Kenyataan ini sememangnya tepat bagi Macau yang terpilih sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Percutian Terbaik Untuk Tahun 2015 oleh Lonely Planet.

Apa Yang Menarik Melancong di Macau Tahun 2015?

Menawarkan beberapa destinasi terbaik di Asia, agensi Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau amat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara itu memandangkan perjalanan ke Macau hanya memakan masa 3 jam 45 minit menerusi penerbangan terus dari KLIA2. Sama ada percutian romantik bersama pasangan mahupun berlibur bersama keluarga ataupun menjelajahi warisan dan sejarah Macau, ada banyak lagi tarikan di kota Macau yang tidak anda ketahui. Bersedialah untuk menikmati tarikan serta keseronokan dunia lama dan baharu Macau yang berkeluasan 30.3 kilometer persegi sejurus anda meninggalkan lapangan terbangnya.

Ingin tahu apakah tarikan lain di Macau? Sila rujuk infografik di halaman sebelah untuk panduan sepintas lalu.

Namun, tidak ramai yang sedar bahawa Macau telah mencatatkan jumlah kemasukan melebihi 30 juta orang pelancong pada tahun 2014. Ini sekali gus menjadikannya destinasi pelancongan dengan kadar lawatan tertinggi serta terbanyak di Asia. Kos percutiannya yang berbaloi, kedudukannya yang strategik, selamat serta tidak mudah sesat menjadi antara tarikan utama Macau. Dengan adanya semua kelebihan ini, maka tidak hairanlah mengapa Macau menjadi satu destinasi penting bagi golongan pengembara.

Peminat sejarah pastinya menghargai keunikan tempat bersejarah di sekitar Macau khasnya di tapak Warisan Dunia yang menempatkan beberapa lokasi terkemuka dunia. Antara lokasi yang perlu dikunjungi termasuk Ruins of St. Paul’s, Tokong A-Ma dan Dataran Senado yang berdiri megah dan menjadi kebanggaan masyarakat Macau yang kaya dengan warisan budayanya. Kini, terdapat beberapa lokasi tarikan baharu seperti Menara Macau (Macau Tower) yang menawarkan aktiviti lompat bungy tertinggi di dunia pada ketinggian 233m (764kaki)

Golongan penggemar makanan sudah pastinya terliur dengan aneka pilihan makanan di Macau yang terdiri daripada gabungan selera Asia, Portugis dan Afrika (ya, pengaruh Afrika) yang menyuntik kelainan eksotik kepada makanan tempatan. Kami syorkan hidangan seperti Galinha de Africana (Ayam Afrika), tat Portugis, biskut badam serta juadah lain yang menarik.

Bagi pencinta seni pula, bulan Mei ini menawarkan sejumlah persembahan seni teater, tarian, muzik, filem serta pameran lukisan terbaik dunia menerusi salah satu acara seni paling gemilang di Asia iaitu Festival Seni Macau (MAF).

Bertemakan ‘Encounter’, edisi MAF yang ke-26 pada tahun ini bertujuan untuk menerokai semua bentuk seni persembahan menerusi aspek kepelbagaian linguistik serta mengatasi halangan bahasa, budaya dan medium yang sekali gus membuktikan seni sebagai satu kelengkapan yang boleh dihayati oleh semua orang. Tahun ini, lebih 100 aktiviti akan diadakan seiring dengan penganjuran program kemasyarakatan tersebut dan ini merangkumi 30 buah teater serta pameran seni visual.

Di samping mengetengahkan karya-karya inovatif bertaraf dunia, Festival Seni Macau ini juga berusaha untuk menjadi platform terbaik bagi mencungkil bakat-bakat artis tempatan.

Untuk maklumat lanjut atau merancang percutian anda, sila layari laman web:
http://en.macautourism.gov.mo/index.php (Bahasa Inggeris)
http://my.macautourism.gov.mo/index.php (Bahasa Malaysia)
http://zh.macautourism.gov.mo/index.php (Bahasa Cina)
www.facebook.com/MY.Macau (Laman Facebook MGTO Malaysia)

Apa Yang Menarik Melancong di Macau Tahun 2015?

Mengenai Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO)
Sejajar dengan strategi dan hasrat Agensi Wilayah Pentadbiran Khas Macau (Macau SAR) untuk memajukan Macau sebagai Pusat Pelancongan dan Liburan Dunia, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO) memainkan peranan yang penting. Sebagai agensi yang bertanggungjawab, MGTO perlu melaksana, menilai dan membantu merangka polisi pelancongan Macau SAR bagi meningkatkan reputasi Macau sebagai destinasi pelancongan yang bermutu tinggi. Dengan kerjasama peniaga tempatan, MGTO berusaha mengetengahkan aneka tarikan perkhidmatan dan produk pelancongan Macau di semua platform serta pasaran pelancongan utama dan baharu. Malah, MGTO juga mengambil langkah menilai serta berikhtiar membangunkan pasaran yang berpotensi bagi menarik pelbagai sumber pelancong ke Macau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton SAN ANDREAS

Pameran Fotografi PORTRAITS Amri Ginang