in

Apa yang Menarik Dalam Once Upon A Time Episod 7

Apa yang Menarik Dalam Once Upon A Time Episod 7

[dropcap]R[/dropcap]ancangan drama bersiri Hollywood , ntv7 – Once Upon A Time – kini semakin mendapat sambutan ramai penonton Malaysia. Dengan jalan cerita yang menarik dan unik, Once Upon A Time membawakan kelainan daripada kisah dongeng biasa yang pernah anda dengari selama ini.

Once Upon A Time

[pullquote align=”right”]Once Upon A Time akan disiarkan pada Ahad ini, 9 Disember, 9.30 malam[/pullquote]

Siapa menyangka Puteri Snow White (Ginnifer Goodwin) menjadi seorang guru di dunia biasa dan siapa pula menyangka pari-pari yang sepatutnya membantu si jelita Cinderella dibunuh Rumplestiltskin (Robert Carlyle) sebelum sempat dihadiahkan sepasang kasut gelas bertumit tinggi.

[dropcap]D[/dropcap]alam episod ke-7 yang bakal bersiaran Ahad, 9 Disember ini jam 9.30 malam, sumpahan Evil Queen (Lana Parilla) semakin terungkai selepas Sheriff Graham (Jamie Dornan) mengucup Emma Swan (Jennifer Morrison). Graham kini mula mengingati siapakah dirinya yang sebenar.

Mungkinkah sebuah lagi kisah cinta bakal terukir? Manakala di dunia dongeng, Permaisuri Evil Queen sedang berusaha mendapatkan pembunuh upahan untuk membunuh Snow White.

Benarkah Emma Swan adalah satu-satunya HARAPAN yang mampu merungkai sumpahan Evil Queen sebagai ahli sihir jahat mahupun menundukkan Regina sebagai Datuk Bandar yang kejam? Saksikan Once Upon A Time yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Layari www.ntv7.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

Once Upon A Time

Once Upon A Time

Once Upon A Time

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coca Cola Derma RM50Ribu Untuk Bekalan Air Bersih

Popcorn Rush At Tea Chansii