in

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem JUVANA

TRIVIA FILEM JUVANA
1) Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3. Berjaya mencipta rating yang tinggi terutama episod akhir
2) Drama Juvana berjaya memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011
3) Juvana merupakan filem pertama arahan Faisal Ishak . Drama arahan Faisal Ishak banyak disiarkan di TV3 dan sering mendapat perhatian dan sambutan baik penonton
4) Sharnaaz Ahmad ( Lan Todak), Syafie Naswip ( Jamal), Shera Aiyob (Sara) dan Adlin Aman Ramli (Tuan Ali) antara watak baru yang ditampilkan dalam filem Juvana
5) Watak Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang masih lagi dilakonkan oleh pelakon yang sama dari drama Juvana
6) OST Juvana berjudul Babak Kedua (Bebaskan Aku) dinyanyikan oleh Drama Band. MTV Juvana ini diarahkan juga oleh Faisal Ishak dan dibintangi juga oleh pelakon2 filem Juvana
7) Tempoh penggambaran filem Juvana salama 17 hari di kawasan PLKN Rawang
8) Untuk filem Juvana ini, Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Adam Shah, Idzham Ismail dan pelakon lain sanggup membotakkan rambut demi menjayakan watak masing-masing.
9) Para pelakon menjalani rehearsal selama dua hari bagi kareografi aksi pergaduhan / perlawanan
10) Keserasian para pelakon sejak dari drama Juvana melancarkan lagi penggambaran filem Juvana
11) Gandingan suami isteri yang berlakon bersama iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob
12) Watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad pastinya akan menjadi perhatian penonton kerana watak antagonis yang dibawa berjaya memberi impak dalam Juvana
13) Filem Juvana ini juga melibatkan pelakon tambahan sehingga melebihi 50 orang bagi beberapa babak
14) Filem Juvana akan ditayangkan di 70 pawagam di Malaysia dan Brunei
15) Kos keseluruhan bagi penerbitan filem Juvana ialah RM 1.5 juta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz

Michael Bublé First Single It’s a Beautiful Day