in

Apa Motif Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran & Bertudung?

Susulan mengundang spekulasi ramai ekoran satu foto yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya beberapa minggu lalu, yang mana foto tersebut menunjukkan seolah dia memakai tudung, terbaharu selebriti kontroversi, Lindsay Lohan mencetuskan satu lagi tanda tanya kepada peminatnya.

Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran & Bertudung?

Beberapa jam lalu, bintang filem Mean Girls ini memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran.

“Ya tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat,” seperti dipetik menerusi foto di Instagram Lindsay Lohan.

Tindakan bekas bintang Disney yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.

Ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Malah, ada juga yang berpendapat tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat. Ada yang membuat spekulasi kononnya Lohan sudah mendapat hidayah dan petunjuk.

Namun, ada juga yang berpendapat Lohan seperti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Bukan hanya Lindsay, sebelum ini Beyonce Knowles turut melakukan perkara sama. Melalui laman Instagramnya, isteri kepada Jay Z itu memuat naik gambar dua potongan ayat Al-Quran sehingga mendapat perhatian ramai pihak. Persoalan, kenapa dia memuat naik foto berkenaan? Hanya Lohan saja yang tahu.

Tapi apapun, ia adalah hak masing-masing dan tidak salah kalau ia bertujuan untuk meluahkan rasa bersyukur walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam kerana potongan ayat A-quran yang dimuat naiknya itu dalam tulisan bahasa arab membawa maksud doa semoga dirinya dipertingkatkan ilmu pengetahuan.

Barangkali ia adalah doa Lohan kepada Tuhan yang mana mungkin dia sedang mencari petunjuk dan jalan keluar daripada kehidupannya yang kucar kacir dan bermasalah yang pernah menjadi lesbian, minum arak, dadah serta pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah kepada kehidupan lebih baik.

Sumber: MalaysianDigest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nickelodeon Anjur Acara Sempena THE SPONGEBOB MOVIE: SPONGE OUT OF WATER

Hazama Beri Penjelasan Tentang Gossip Dikatakan Sombong