Apa Kata Wanita… Bersama Zamzarina Edisi Raya
KHAS HARI RAYA : APA KATA WANITA…BERSAMA ZAMZARINA DI TV1
Sempena Syawal yang bakal menjelang, RTM akan menyiarkan program bual bicara Apa Kata Wanita!…Bersama Zamzarina Khas Raya. Program yang memulakan edisi sulungnya pada 2 Januari 2009 sebagai salah satu agenda wajah baru RTM ini keudara pada setiap Ahad, jam 10.00 pagi dari Studio1, Angkasapuri Kuala Lumpur dan menampilkan Zamzarina Zambri, personaliti RTM sebagai pengacara. Apa Kata Wanita!…Bersama Zamzarina Khas Raya ini akan disiarkan pada 27 September 2009, Ahad jam 10.00 pagi di TV1.

Program ini diserikan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais, dan berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya dalam segmen khas. Seramai 150 penerima sumbangan, terdiri daripada ibu tungal serta anak-anak mereka menerima sumbangan duit raya daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Terdahulu, Datin Seri Masnah yang merupakan tetamu istimewa siri Hari Raya program bual-bicara popular itu turut ditemubual oleh perantaranya Zamzarina Zambri.
Menurut Datin Seri Masnah, “Masyarakat perlu lebih prihatin terhadap kebajikan ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan kerana mereka terpaksa bergelut mencari nafkah bersendirian untuk membesarkan anak-anak yang ditinggalkan oleh suami disebabkan kematian ataupun diceraikan. Sekurang-kurangnya melalui huluran duit raya ini, dapat meringankan bebanan mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri bersama anak-anak”.

Tetamu Program Apa Kata Wanita!…bersama Zamzarina’ ini turut dihidangkan dengan pelbagai hidangan juadah raya seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan kuih-muih yang ditaja oleh pihak swasta yang sentiasa memberi sokongan terhadap program ‘Apa Kata Wanita!….bersama Zamzarina’ sejak ia memulakan episod sulungnya Januari lalu. Antaranya, Daily Fresh, FAMA, MAGGI, Tupperware, D’Tandoor, Sweet Azza, Je-Taime, Etiqa Insurance dan Manja De’Beauty.
Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh Azharina Azhar, Kumpulan Handyblack & penari-penari cilik kumpulan SWATARI.
Pastikan anda tidak terlepas peluang menonton program ‘Apa Kata Wanita!…bersama Zamzarina’ Khas Raya yang akan disiarkan pada hari Ahad, 27 September 2009 jam 10.00 pagi menerusi TV1. Rancangan ini diterbitkan oleh Nik Ramzi Hassan.

Tags: TV1
Tags: TV1Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 26th, 2009 at 4:15 pm
datok maznah hebat
March 19th, 2010 at 2:35 pm
ibubapa perlu menjadi buddy atau kwn baik anak-anak disamping tegas ibubapa perlu berbinang dan berunding apa yg tidak puashati vise versa dipupuk dari keil. Setiap aktiviti hiburan dan perkembangan teknologi hendaklah dikongsi fikiran bagaimana mengguna, berhibur seara yg dibenar oleh agama n adat.memupuk, menyemai ara fikir yg betul sbg persediaan menghadapi maSALAH DAN ABARAN YG MENDATANG. KEPEKAAN IBU BAPA DAN AHLI KLRGA menangani PERUBAHAN AHLI KELRGA ADALAH LANGKAH BIJAK PERTAMA DAN UTAMA SEBELUM IA MENJADI PARAH. MENDIDIK ARA FIKIR YANG BETUL ADALAH MENJADI AGENDA UTAMA DALAM MENGHADAPI ABARAN YG MENDATANG DARI PELBAGAI SUDUT DISAMPING MENJADI MODEL YG BAIK KPD ANAK ANAK.Ini kerana tidak semua pengaruh sekeliling dapat ditangani walaupun ibubapa sudah memberi didikan terbaik
August 7th, 2010 at 1:50 pm
Assalamualaikum,
Hari ini 7 OGOS 2010 JAM 1230 saya menonton satu rancangan di hoskan oleh Zamzarina dan diterbitkan oleh Nik Ramzi Hassan. Tetamu khas rancangan ialah Prof Izuddin. Rancangan ialah bercorak keagamaan. Bagus menjelang bulan Ramadhan.
Sangat Muskil bagi saya ialah kenapa semua wanita yang hadir (LK 20 orang) menutup aurat kecuali perantaranya.
Perbincangan oleh Prof Izi ialah mengenai amalan dalam bulan puasa dan semuanya berkait dengan amalan mulia. Janggal sungguh apabila hanya Zamzarina selaku pengecara seorang yang tidak bertudung sedangkan semua wanita muslim lain bertudung.
Dahlah tu adalah pula di akhir rancangan kelihatan seperti pertunjukan fesyen dengan beberapa orang wanita menggayakan pakaian di depan semua hadirin.
Saya sangat terkejut mengenai apakah yang dapat difikirkan oleh seorang yang berjawatan penerbit ? Ambil tahulah sedikit mengenai
apa yang nak dibuat. Apa yang patut dan tidak, kesuaian dan sebagainya.
Sedih dan memalukan. Saya bagaimana pun tidak pula bersetuju dengan kata-kata rakan bahawa sesetengah penerbit di RTM ni kurang cerdik mengalahkan unta padang pasir. Cukuplah, janganlah lagi memalukan RTM.
Terima Kasih
Musa Yaakub