in ,

Apa Ada Pada Hikayat Merong Mahawangsa

Budiey kira ramai yang tertunggu-tunggu dengan tayangan umum filem epik Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios ini. Jangan risau. Sabar ya. Korang boleh tonton filem ini mulai 10 Mac 2011. Bagi Budiey, filem ini padat dengan aksi lawan yang mengingatkan Budiey dengan drama Arjuna. Jika anda minat dengan aksi sebegitu, maka filem ini adalah untuk anda.

Filem ini mengambil masa yang agak lama disiapkan. Menurut kata Yusry, beliau begitu stress semasa menyiapkan filem ini. Dari sudut perancangan, research, skrip, prop & kostum, pemilihan pelakon, pengambaran sehinggalah pos produksi, Yusry mengatakan ini adalah filem yang paling mencabar kerana melibatkan satu jangka masa yang lama dan penelitian serta perancangan yang rapi.

Tonton Video Sekitar Sidang Media Prebiu Filem

Sekitar Sidang Media Prebiu Filem Hikayat Merong Mahawangsa Part 2

Pengambaran mengambil selama 52 hari, filem ini dikatakan akan memberikan satu penanda aras untuk kemajuan filem Malaysia seterusnya. Pengambaran dibuat di beberapa lokasi termasuklah Kuala Lumpur, Kuantan dan sekitar Pulau Perhentian, Terengganu.

Filem yang menggunakan watak-watak mitos yang kurun ke-2 ini sarat dengan penggunaan kesan khas visual CGI, set yang gah, busana dan props. Di bawah arahan Yusry Abdul Halim, filem ini menampilkan banyak kelainan yang pastinya digemari oleh penonton.

Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman di bawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat dalam kapasiti yang sama bagi filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Kos bajet sebanyak RM8 juta menjadikan filem ini nampak gah padahal menurut Yusry untuk buat filem ini bajet sebanyak itu adalah tidak mencukupi. Yang pasti, filem ini sekaligus dinobatkan sebagai filem paling mahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan dan kedua termahal dalam sejarah filem tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.

Ternyata benar, kos banyak dijimatkan dengan adanya teknologi CGI. Dengan CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat buah kapal, perkambungan Melayu kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

Filem ini turut diedarkan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama Epic Pictures yang berpusat di Beverly Hills, Amerika Syarikat dalam versi antarabangsa berjudul The Malay Chronicles Bloodlines.

Merong

Merong

Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa

Merong

Aeril Zafriel pelakon filem terbaru KRU Studios

Merong

Merong bersama Embok

Merong

Penerbit A.Latif Mohaideen bersama Datuk Yusof Haslam

Merong

Pengarah Nizam Zakaria yang mengarah filem terbaru terbitan KRU Studios

Merong

Tak sabar nak tunggu filem korang pulak

Merong

Pengarah Yusry Abdul Halim sedang ditemubual

Merong

Tengku Azmin & the geng dari HipTV TV9 pun turut menjolok

Merong

Sharifah Amani

Merong

Pelukis atau pereka grafik untuk poster filem ini juga turut mendapat simbahan glamor

Merong

Pereka poster Hikayat Merong Mahawangsa

Merong

Muaz, deejay radio MuzikFM

Merong

Khir Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem CUN!