in

Anugerah Skrin: Antara Anugerah “Recylce” Dan Kecelaruan Tema.

Anugerah Skrin baru melabuh tirainya. Satu upacara hujung tahun yang diwar-warkan sebagai satu acara penuh gilang-gemilang dan berprestij ini bertemakan Hollywood Glamour.

Keglamouran Hollywood?
Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh pihak TV3, Anugerah Skrin ini akan dipenuhi dengan pelbagai elemen-elemen yang terdapat dalam upacara penganugerahan seumpama di Hollywood dan masih katanya mahukan ciri-ciri ke-malaysiaan. Namun, sayang seribu kali sayang, seperti yang selalu dikatakan, rumah siap, pahat berbunyi, begitu jugalah yang terjadi kepada Anugerah Skrin.

Sebenarnya, tiada apa yang mengikut tema kegemilangan Hollywood, hanya perkataan Hollywood itu saja yang digembar-gemburkannya. Jika upacara ‘red carpet’ yang kononnya cukup meriah, namun ianya tidaklah seglamour seperti yang diharapkan. Senarai nama artis yang melalui red carpet serta pengumuman mengenai ketibaan artis tidak diumumkan. Kalau mahu dibandingkan dengan anugerah yang dianjurkan di Hollywood memang jauh panggang dari api. Di Hollywood sana, Red Carpetnya lebih luas dan lebar dan dikerumuni oleh peminat dan paparazzi. Hiasan yang penuh glamour untuk laluan ‘red carpet’ juga tidak cukup untuk menimbulkan suasana serta ketibaan dan perjalanan artis-artis juga tidak begitu lancar.

Pentas Malaywood?
Kalau di Hollywood biasanya pentasnya kadang-kadang tak berapa banyak propnya. Sederhana. Anugerah Skrin pula saya tengok biasa-biasa saja. Jika dikatakan pentas KLIFF baru-baru ini cukup ringkas, pentas Anugerah Skrin hanya menambah sedikit perisa dan garam kepada reka letak pentas untuk KLIFF. Tiada unsur glamour Hollywood langsung sebenarnya.

Anti Klimaks
Pada kebiasaannya dalam sesuatu acara penganugerahan, situasi ‘anti klimaks’ biasanya bermula pada pertengahan majlis, tetapi, sayang seribu kali sayang, anugerah ini merupakan satu anugerah ‘anti klimak’ secara keseluruhannya. Dari acara pembukaannya, iaitu me’recycle’  sedutan persembahan dari teater P.Ramlee The musical, kemudiannya dengan pengacara yang klise dengan baju gaya 60-an, serta perjalanan penyampaian anugerah, persembahan yang di’recycle’ dari KLIFF iaitu lagu One Night Only, yang turut didendangkan sewaktu KLIFF hinggalah kepada upacara penutup yang masih mengitar semula era kegemilangan 60-an iaitu dengan persembahan penutup yang juga nampak ala muzikal P. Ramlee The Musical dengan lagu tema Cahaya Anugerah. Di situ sudah nampak dengan jelas, acara ini sememang terkeliru dengan tema yang ingin ditonjol. Apakah Hollywood gaya Malaysia? Atau Hollywood gaya retro?

Klise? Hosnya Hampeh!
Klise, klise, klise itulah satu perkara yang tepat untuk Anugerah Skrin ini. Biarpun ini penganjuran kali ke 9, dan sudah banyak pahat berbunyi apabila rumah sudah siap, tapi penganjur masih seperti tidak berbuat apa-apa, sama seperti mencurah air ke daun keladi. Masalah hos yang digandingkan tidak dapat menarik penonton di dalam dewan untuk bergelak ketawa dengan jenaka mereka. Satu gandingan yang tidak mantap dan menghampakan saya kira.

Medan Promote Produk Sendiri?
Itu berkaitan acara, belum lagi berkaitan dengan senarai pemenang yang didominasi oleh pihak tuan rumah. Bagi pencalonan anugerah dalaman. Pihak Media Prima mengaut empat dari lima anugerah, dengan Astro menerima satu anugerah saguhati. Begitu juga dari senarai filem dan drama di mana filem atau drama yang pernah mendapat kerjasama dari pihak media Prima atau yang ditayangkan di saluran milik mereka, pasti meraih anugerah. Mungkin stesen televisyen lain tidak menayangkan filem atau drama yang berkualiti seperti di saluran mereka.

Namun yang pasti, filem yang membuat kutipan box office tidak semestinya yang terbaik atau berkualiti. Ini terbukti apabila Cinta (produk GBSB) menerima filem terbaik untuk tahun 2007. Memang berbaloi. Tapi sebaliknya ada muka-muka masam mencuka sebab filem yang power lagi dari CINTA tak menang. Kalaulah bagi Prof Madya A. Razak Mohaideen, filem yang membuat kutipan box office itu lah yang terbaik sebenarnya.

Rasanya, pihak TV3 tidak perlulah meletakkan Anugerah Skrin ini seglamour Hollywood tapi kualiti yang cukup teruk. Saya percaya, itu sekadar tema sahaja. Cuma yang kita harapkan pengisian dan kemeriahannya boleh dirasai oleh semua penonton. Bak kata pepatah, ‘biarlah ukur baju di badan sendiri’, kerana seperti biasa, penganjur tidak mahu ‘rumah siap pahat berbunyi.’

[tags]ulasan anugerah skrin, anugerah juara lagu, kitar semula, website, ae, sehati berdansa, konsert jelajah dewa 19, kuala lumpur festival film, m rajoli sakit kanser, isu ciplak, album siti nurhaliza kutipan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah Skrin ke-9

Gossip Ekin Kekasih Mawi