Anugerah Skrin 2007
Anugerah Skrin 2007 di PWTC malam esok akan dihoskan oleh Raja Azura dan Aidil Abu Ghafar. Sesuai ke? Red carpet akan berlangsung sejam sebelum acara mempamerkan fesyen Hollywood Glamour sebagai tema dan etika pemakaian. Pasti ramai Polis Fesyen akan terus berkejar ke sana untuk mem’Perez Hilton’kan selebriti..

Yang pasti, ianya satu anugerah berprestij yang merupakan suatu anugerah yang sememangnya dinanti oleh para produksi penerbitan drama, filem dan juga penerbitan dalaman sesebuah stesen televisyen. Ia mengiktiraf drama, filem dan juga program televisyen yang disiarkan sepanjang 1 Julai 2006 – 30 June 2007. Anugerah Skrin kali ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan oleh barisan penyanyi terkenal seperti Faizal Tahir, Ning Baizura, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz, Nikki, Yanie, The Lima, Mendua dan Ferhad.
Pemilihan drama yang layak bertanding adalah berdasarkan kajian AC Nielsen. Objektif Anugerah ini dianjurkan oleh pihak TV3 adalah untuk mengangkat taraf industri drama, filem dan penerbitan dalaman ke suatu tahap yang lebih tinggi seterusnya menyuntik semangat kepada tenaga produksi untuk menghasilkan produk yang bermutu di masa akan datang.
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan untuk drama dan filem adalah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pengarah Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki/Wanita Terbaik, Drama Terbaik, Drama Bersiri Terbaik dan Filem Terbaik.
Manakala antara filem yang menerima pencalonan adalah Jangan Pandang Belakang, Mukhsin, Cicak-Man, Red Kebaya, Sumolah, Waris Jari Hantu, Cinta, Remp-It, Chermin, Qabil Kushi Qabil Igam, Bilut dan Puaka Tebing Biru.
Memang bertuahlah kepada pemenang Anugerah Skrin kali ini kerana bakal pemenang akan menikmati percutian ke dua destinasi sekaligus iaitu LA dan Las Vegas. Wow!
Antara calon bagi drama, drama bersiri dan komedi bersiri pula adalah Janji Diana (RTM2), Susuk (TV3), Cinta Medik (TV9), Fara (TV3), Takbir Suci (Astro), Rendang Untuk Mertua (TV3), Nek Kiah (RTM1) dan Seputih Qaseh Ramadan (TV3).
TV3 juga telah menjemput stesen televisyen NTV9, 8TV, TV9, RTM dan juga ASTRO untuk sama-sama menghantar pencalonan bagi merebut anugerah di dalam Anugerah Skrin 2007.
Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Drama & Filem Terbaik tahun 2007? Kita nantikan pada 14 Disember, 9.00pm secara live di TV3 dan www.tv3.com.my.
-Sumber: TV3 & Mstar Online
Selamat maju jaya buat semua calon-calon terutamanya kepada pelakon kegemaran saya Sofia Jane…

Sofia Jane yang saya temui ketika menghadiri Majlis Perasmian Titanium Super Dance Club, Phileo Damansara 2 malam tadi. Memang lawa giler beb! Minat sangat kat Sofia Jane dari mula dia muncul hingga sekarang.
Technorati Tags: anugerah skrin, ramalan, keputusan pemenang, juri, tv3.com, tv3 online, games online, tv3.com.my, utusan malaysia, berita harian, tiket percuma anugerah skrin, pass media, Jangan Pandang Belakang, Mukhsin, Cicak-Man, Red Kebaya, Sumolah, Waris Jari Hantu, Cinta, Remp-It, Chermin, Qabil Kushi Qabil Igam, Bilut, Puaka Tebing Biru
Tags: Anugerah Skrin, TV3, anugerah skrin, berita harian, Bilut, Chermin, Cicak-Man, Cinta, games online, Jangan Pandang Belakang, juri, keputusan pemenang, Mukhsin, pass media, Puaka Tebing Biru, Qabil Kushi Qabil Igam, ramalan, Red Kebaya, Remp-It, Sumolah, tiket percuma anugerah skrin, tv3 online, tv3.com, tv3.com.my, utusan malaysia, Waris Jari HantuBaca artikel lain yang berkaitan:


















December 13th, 2007 at 12:36 pm
jelesnyer bergambar ngan sofea jane.. memang cun giler..
December 14th, 2007 at 8:21 pm
sofea ngan sapo noh…..
December 14th, 2007 at 8:22 pm
cute gak tp dulu lg cute…
April 24th, 2008 at 3:24 pm
aku minat sungguh dengan pelakon SOFIA JANE,MEMANG CUN GILER dari mula dia berlakon cerita ISTERI DAN………SAMPAI SEKARANG TAK BERUBAH body dia menten,tahniah buat Sofia Jane.Muga rumah tangga yang dibena berkekalan,berlakon tetap berlakon tapi dirumah berlakonlah dengan keikhlasan buat anakx dan suami yang tercinta.
September 6th, 2008 at 1:23 pm
Hai budiey,
that good buat satu kelainan tapi,
jangan lupa bakat kanak-kanak juga
semakin ramai dan ada few top faces
patut diketengah dan diperkenalkan
they work hard too to reach this
level…… so mereka berhak dihargai
betul tak!!!!!
November 7th, 2008 at 8:06 am
filem malaysia selalu stereotaip n meniru filem luar kalau boleh buat yang xtra ordinary peminat nantikan filem yang mampu bersaing dengan filem luar barulah anugerah skrin lebih bermakna.All the best to nominees Anugerah skrin 2008