in

Anugerah Seri Angkasa 2010

Budiey dikhabarkan Anugerah Seri Angkasa 2010 akan diadakan pada 18 dan 19 Februari 2011 jam 8.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Rasanya dah lama Budiey tak dengar tentang anugerah berprestij ini. Penganjuran anugerah ni memang bagus untuk menyemarakkan lagi dunia penerbitan TV di Malaysia.

Matlamat ASA 2010 ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada industri penyiaran di Malaysia selain menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan agar terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang-gemilang lagi berprestij yang bakal diadakan selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung) bermula jam 8:30 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).

Membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA 2010 berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalam menggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang akrab serta semangat setiakawan di antara tiga peneraju utama stesen-stesen penyiaran negara masa kini; iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaraan kerajaan, Media Prima Berhad (stesen penyiaran swasta) dan ASTRO (stesen penyiaran berbayar), maka Anugerah Seri Angkasa 2010 dianjurkan buat pertama kalinya oleh ketiga-tiga peneraju utama ini dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selaku peneraju induk.

Satu sidang media tentang pengumuman Anugerah Seri Angkasa 2010 akan diadakan pada 31 Januari 2011 hari ini. Tetamu kehormat pada acara ini ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Selain daripada beliau, turut akan hadir di sesi soal jawab sidang media ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Yang Bhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf merangkap Pengerusi , Jawatan Kuasa Induk ASA 2010, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar, wakil Astro dan wakil Rangkaian Radio Media Prima Berhad.

Anugerah Seri Angkasa 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda

Winners List Screen Actors Guild SAG Awards 2011