in

Anugerah Puisi Dunia Numera 2014

Sebagai merancakkan dunia kepenyairan di dalam negara dan Nusantara Melayu Raya, Baca Puisi Dunia Numera 2014 hadir lagi kali ini dengan acara yang lebih besar, ampuh dan segar. Selama empat hari, program diisi dengan pelbagai aktiviti seni dan perbahasaan dibawa secara eksklusif buat pencinta bahasa, sastera dan seni Melayu dengan membawakan lebih 30 penyair, sasterawan, sarjana dan artisan.

[pullquote]Anugerah Puisi Dunia Numera 2014 membuka gelanggang pada malam pertama sebagai meraikan penerima Hadiah Utama APDN2014 yang telah diumumkan semasa sidang akhbar pada 15 Januari lalu.[/pullquote]

APDN2014 terbuka kepada masyarakat (MASUK PERCUMA) untuk bersama hadir meraikan kemeriahan acara gemilang ini selain membariskan persembahan dari Sasterawan Negara Dato’ Dr. Kemala, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bersama penyampaian pendeklamator oleh penerima APDN2014; penyair Rosmiaty Sha’ari (Malaysia), Muhammad Rois Rinaldi (Indonesia), Syarifuddin Arifin (Indonesia) dan Basri Abdillah (Malaysia), juga diperdengarkan Anekdot dari penyair tujuh negara antaranya pelakon dan teateris Singapura, Asnida Daud dan sasterawan terkenal Indonesia, Sastry Bakri selain Jean Savery dari Belgium. Malam gemilang ini turut bakal dibuka gelanggangnya oleh Umar Uzair dengan barisan lagu tradisional dan pop.

Baca Puisi Dunia Numera 2014 kemudiannya diteruskan selama 3 hari iaitu:

  1. Sanggar Tun Sri Lanang DBP, KL 22 Mac, 10.00 pagi.
  2. KL Performing Arts Centre 23 Mac, 3 Petang
  3. Jeumpa D’Ramo, Bangsar 23 Mac, 9 Malam
  4. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim 24 Mac, 10 Pagi.

Acara yang akan diisi dengan deretan persembahan pembacaan puisi, seni muzik serta diskusi ilmiah dan bedah karya oleh sarjana tamu serta kunjungan sillaturahim turut membawa delegasi ke sekitar Kuala Lumpur dan Tanjung Malim.

Acara unggul gagasan Presiden Numera, SN Dato’ Dr. Ahmakd Khamal Abdullah ini dilahirkan sebagai penyemarak acara kepuisian di dalam negara dan Nusantara Melayu Raya ini dibawakan khas oleh NUMERA Malaysia dengan dokongan Dewan Bahasa dan Pustaka, Permodalan Nasional Berhad, KL Performing Arts Centre dan Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama penginapan rasmi Jeumpa D’Ramo, Bangsar untuk Tahun Melawat Malaysia 2014!

www.numeramalaysia.blogspot.com [email protected] Sekreteriat BPDN2014 – 0182353005.

Anugerah Puisi Dunia Numera 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelainan Fatimah Abu Bakar Dalam Let’s Talk to Granny

Doa Warga Media Prima Berhad Buat MH370