Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008

Majlis pengiktirafan karyawan dan artis tanah akhir bakal berlangsung sebulan sahaja lagi. Majlis memartabatkan industri hiburan tanah air ini pastinya dinanti-nantikan oleh semua pihak yang tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan Anugerah Skrin 2008 ini.

Justeru, Sidang Media ke 2, Anugerah Skrin 2008 akan diadakan bagi menerangkan konsep, pengacara majlis, artis-artis membuat persembahan pada malam penganugerahan dan Anugerah Pantene Shine. 

Tetamu kehormat yang turut hadir pada sidang media ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Dato’ Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 ditemani wakil-wakil dari RTM dan ASTRO serta barisan pelakon dan penggiat seni yang terlibat dalam pembikinan filem dan telemovie yang tercalon di dalam Anugerah Skrin 2008.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada Pengacara Anugerah Skrin 2008
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah?
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia



  • 3 Komen untuk entri “Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008”

    1. NO KOMEN kata:

      Fasha bakal dinobat Pelakon Drama Wanita Terbaik?

      oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

      DEBARAN Anugerah Skrin 2008 (ASK ’08) kian terasa dengan majlis gilang-gemilang itu akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.

      Antara anugerah yang sibuk dibualkan dikalangan peminat seni tanah air pastinya siapa yang akan membawa pulang trofi seperti Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Pengarah Terbaik dan banyak lagi kategori lain.

      Paling menjadi perhatian adalah kategori yang boleh dianggap panas, iaitu Pelakon Wanita Terbaik Drama. Kategori ini menjadi saingan beberapa nama besar dalam persada seni tanah air.

      Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Ogy Ahmad Daud dan Sheila Rusly.

      Calon favourite yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama adalah pelakon jelita, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan.

      Ramai yang meramalkan Fasha punya peluang yang cerah untuk merangkul anugerah berkenaan atas lakonan mantapnya dalam drama Kehangatan Lantana.
      Juwita watak antagonis pertama Fasha

      Pertama kali memegang watak antagonis memperlihatkan anak kelahiran Johor Bahru ini berjaya melakonkan watak Juwita dengan baik sekali.

      Kehangatan Lantana mengisahkan Juwita, bekas Ratu Cantik Malaysia 1994 dihantui perasaan fobia kecantikan miliknya kian pudar hingga sanggup tunduk pada ilmu hitam.

      Dihantui perasaan fobia kecantikan miliknya kian hilang dimamah usia, Juwita yang berkahwin dengan Halim, lakonan Adi Putra, sanggup tunduk pada ilmu hitam dengan harapan akan terus dicintai.

      Anak kedua daripada lima beradik berkata beliau cukup gembira apabila mendapat tahu drama arahan Feroz Khan itu berjaya mencatatkan rating tertinggi semasa disiarkan kali pertama.

      “Sejujurnya, saya gembira sangat dan berterima kasih kepada penonton kerana menonton drama Kehangatan Lantana,” katanya kepada mStar Online semalam.

      Telefilem yang menampilkan Fasha dan Adi Putra ini mencatat rating tertinggi iaitu 3.6 juta penonton sejak disiarkan kali pertama di stesen TV3, 31 Mei lalu.

      Selain kategori Drama Terbaik, Kehangatan Lantana juga dicalonkan untuk dua lagi kategori utama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Adi Putra) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Fasha Sandha).

      Tidak letak harapan menang anugerah

      Begitu mencintai lapangan yang diceburinya, gadis tinggi lampai ini tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang anugerah.

      “Saya tak letakkan sebarang harapan, yang lebih penting saya tumpang gembira kalau sparring partner saya, Adi Putra dapat ungguli anugerah Pelakon Lelaki Drama Terbaik,”katanya.

      Melakonkan watak Juwita, Fasha yang bakal muncul dalam filem Cicakman 2-Planet Hitam Disember ini sanggup muncul dengan rupa ‘hodoh’ untuk menghayati watak tersebut.

      “Saya terima watak ini sebab karakternya paling berat berbanding lakonan saya sebelum ini.

      “Mesej yang disampaikan dalam drama ini juga menjadi salah satu faktor saya berminat melakonkan watak Juwita.

      “Kalau selama ini peminat sering cakap saya pegang watak baik dalam lakonan, inilah masanya nak buktikan saya juga boleh bawa watak antagonis,” ulas Fasha.

      Jelas Fasha lagi, dia gembira dapat bekerjasama dengan pengarah muda berbakat besar seperti Feroz Khan yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan bagi menjayakan karakter Juwita.

      Selain daripada drama Kehangatan Lantana, beberapa buah filem Fasha turut berjaya ke pertandingan akhir ASK ‘08, antaranya adalah 9 September, Impak Maksima, Nana Tanjung 2 dan Anak Halal.

      Saingan terdekat

      Ditanya siapakah saingan terdekatnya dalam kategori pelakon Wanita Drama Terbaik, aktres tinggi lampai ini berkata:

      “Semua yang dicalonkan adalah mereka yang terbaik. Cuma saya rasa nama-nama besar seperti Ogy, Sheila dan Rozita punya peluang yang lebih cerah.

      “Peluang untuk menang tipis dan saya memang tak berharap tapi kalau menang ia satu bonus.”

      Ketika ditanya apakah pakaian yang bakal disarungkan ke tubuhnya pada majlis gilang-gemilang itu esok, Fasha berkata:

      “Esok saya akan pakai gaun berwarna kuning ciptaan pereka muda, Hairi manakala solekan oleh Razlan. Yang penting saya ikut tema ‘Diamond’.”

      Sibuk berlakon

      Meskipun dilanda bermacam kontroversi yang seakan tiada pengakhiran, Fasha tidak pernah sesekali menoktahkan tugasnya sebagai pelakon, nyata anak kelahiran Johor Bharu ini masih ligat berlakon.

      Terbaru pemenang Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 07) Mac lalu, masih sibuk berlakon drama bersiri Sutera Maya.

      “Saya masih sibuk berlakon Sutera Maya. Lepas ini saya ada dapat offer berlakon drama di RTM pula,” katanya.

      Ditanya bagaimana dengan kehidupan peribadinya yang kini antara lain dikatakan sedang menjalinkan hubungan intim dengan bekas suami seorang aktres, pelakon berusia 24 tahun ini nyata tidak mudah melatah.

      “Saya malas nak fikir soal cinta. Sekarang ini saya nak tumpukan pada kerja dulu. Saya takut saya tak boleh tumpukan perhatian pada dua benda sekaligus,” katanya.

      Duta produk kecantikan Garnier ini berkata hatinya masih belum dimiliki sesiapa.

      “Saya tak bercinta dengan sesiapa. Kalau nak kawin saya sudah bersedia tapi calonnya pula tak ada lagi setakat ini,” katanya dalam nada bergurau.

      Berjayakah Fasha Sandha membawa pulang trofi anugerah Pelakon Wanita Trebaik Drama? Sama-samalah kita saksikan kehangatannya dalam Anugerah Skrin ‘08, jam 9 malam ini, hanya di TV3.

      Sumber: Mstaronline 7/11/08

    2. Honeybee kata:

      Hmm .. no komen gak ahh .. :)

    3. Carsharf kata:

      Fasha Sandha gagal membawa pulang trofi anugerah Pelakon Wanita Trebaik Drama di Anugerah Skrin 2008.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!