Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Anugerah Juara Lagu, Kejutan, Ramalan dan Datuk Siti Nurhaliza



Mula-mula sekali, Budiey nak ucapkan tahniah untuk Datuk Siti Nurhaliza dan pencipta lagu Destinasi Cinta (Lin Li Zen dan Rozi Abd. Razak) kerana telah berjaya menempa tiket dan mengusung lagu rancak ini ke pentas final AJL bagi kategori Pop Rock. Juga tak lupa untuk 4 lagu yang lain yang akan bertarung, Farhana (Puteri Bumi kenyalang) nyanyian Jinbara, Janjiku (Sofaz), Sembunyi (Misha dan Andy), Itu Kamu (Estranged) serta Angan Dan Sedar (Mawi). Memang rezeki korang. Lakukan yang terbaik di pentas final untuk merebut anugerah persembahan terbaik.

Lagu yang tak berjaya ke peringkat akhir kategori Pop Rock ialah Percayalah Sayang (Vince), Aku Pencintamu (Felix), Satu Harapan (Jaclyn Victor) dan 3 Malam Tanpa Bintang (Fiq). Huhu! Lagu Satu Harapan pun rasanya ada harapan untuk ke final tetapi mungkin takde rezeki. Kalau tidak memang letih juga Jac nak berlatih, kan?

Sebanyak 14 buah lagu kesemuanya akan berentap di peringkat final. Siapa siapa yang akan jadi juara? Jadi, kita tunggu sahaja AJL22 yang katanya akan berlangsung pada awal Januari tahun 2008! See you all there!

Debaran Peminat Siti
Harapan untuk melihat Datuk Siti Nurhaliza beraksi di pentas AJL tercapai juga akhirnya. Puas hati, lega, gembira? Huh! Pada Budiey, memang puas hati walaupun untuk memenangi juara kategori pun rasanya agak sukar. Persaingan memang sengit. Lagu Destinasi Cinta terpaksa menempuhi 4 buah lagi lagu yang saya kira lebih kuat dan lebih bermutu dari segi komposisi muzik. Kecuali lagu terpaksa direvamp untuk menjadi rentak yang lebih sedap seiring dengan genre pop rock.

Kejutan: Apa Yang TV3 Mahu?
Sebelum ini mana ada kejutan begini. Keputusan dan bilangan lagu yang akan dipertandingan ke peringkat final sudah termaktub dalam tangan juri. Kejutan ini sememang boleh diduga bagi yang peminat telah mengikuti dari awal program ini. 14 buah lagu rasanya banyak juga. Sah-sah program akan over run nanti, kan? Apa-apa pun. tahniah TV3 kerana memberi fokus pada rasa dan sentuhan jiwa penonton. Tidaklah kita tengok program yang selari dan terlalu mengikut skema yang ditetapkan. TV3 mungkin sudah sedar akan tuntutan untuk melihat program mereka segar dan mempunyai nilai psikologi untuk menimbulkan rasa teruja dari perspektif penonton.

Senarai Semua Lagu Yang Layak ke Final AJL:
Kategori Etnik Kreatif:
1. Samudera (Johan Nawawi/Ahmad Fedtri Yahya/Nora)
2. Kasihnya Balqis (Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup/Aishah)
3. Dirgahayu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun/Ramlah Ram)

Kategori Balada:
1. Ceritera Cinta (Ross Ariffin/Habsah Hassan/Jaclyn Victor/Lah Ahmad)
2. Mahakarya Cinta (Audi Mok/Shah Shamshiri/Faizal Tahir)
3. Kasih Tercipta (Ajai/Shuhaimi Baba/Faizal Tahir)
4. Harapan (Hazami/Fazli Zainal)
5. Izinkan Ku Pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak/Sahri)

Kategori Pop Rock:
1. Destinasi Cinta (Lin Li Zen/Rozi Abd. Razak/Siti Nurhaliza)
2. Farhana (Puteri Bumi kenyalang (Jinbara)
3. Janjiku (Sofaz),
4. Sembunyi (Misha dan Andy)
5. Itu Kamu (Estranged)
6. Angan Dan Sedar (Mawi)

Tahniah dan selamat berlatih dan bertarung untuk semua finalis!

Ramalan Awal: Lagu Kasih Tercipa Mungkin Menjadi Juara?
Untuk peringkat awal, Budiey dengan ini meramalkan Lagu Kasih Tercipta mungkin akan dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL 22. Untuk kategori Etnik Kreatif, mungkin lagu Dirgahayu. Manakala lagu Angan Dan Sedar untuk kategori Pop Rock. Persembahan terbaik? uuuhhh susah nak teka sebab tak tahu camna persembahan depa.

Anda rasa bagaimana? Jom buat ramalan untuk lagu yang mungkin menang di ruangan komen.

[tags]ajl 22, ulasan ajl22, keputusan ajl22, juata kategori balada ajl, anugerah cipta lagu, anugetah juara lagu malaysia, tv3 logo, skrip hos, pengacara bergaduh, cheryl samad seksi pic, sexy anggun[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 26
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Nash Ubaidillah di Perasmian Kayla Baverly Hills
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini



    • http://fazlee.phixelgrafix.com/ fazlee

      lepas jugak datuk siti yer… :)

    • http://orestes7.multiply.com/music orestes

      tukar statement tu.. bukan 4 lagu lagi tapi 5 lagu lagi..

    • http://afham.blogmas.com afham

      datuk CT akan memenangi sekiranya die maintain wat cam nie atau bukan lagi gempaq dr aritu..

    • http://hattadolmat.blogspot.com hattadolmat

      i dapat rasakan yang faizal tahir akan menjadi juara lagu tahun ini,

      dengan memenangi ketogeri balada, sekali gus persembahan terbaik dan juara lagu

      agak terkejut sbb jac tidak layak ke final untuk lagu datu harapan..

      hahahahaa

    • http://hattadolmat.blogspot.com hattadolmat

      i dapat rasakan yang faizal tahir akan menjadi juara lagu tahun ini,

      dengan memenangi ketogeri balada, sekali gus persembahan terbaik dan juara lagu

      agak terkejut sbb jac tidak layak ke final untuk lagu satu harapan..

      hahahahaa

    • papadom

      x sangka Fiq x dpt.. kesian die mgkn bukan rezeki die kali nie..tp kesungguhan dan persembahan vokal Fiq sgt bagus malam 2..apapun peminat CT tentu dpt menarik nafas lega..siap ada kain rentang 2..

    • saya

      Ramalan final AJL saya..

      Etnik Kreatif: Samudera
      Balada: Mahakarya Cinta
      Pop Rock: Farhana
      Vokal Terbaik: Fazli Zainal / Faizal Tahir
      Persembahan: ?
      Juara Lagu: Mahakarya Cinta

    • zura

      haah lah..cian fiq..aku tak puas ati sofaz terpilih,dia nyanyi tak sedap pun mlm tu..lagu ct tu pun biase je bagi aku, takde kelebihan ape pun selain vokal ct yg mmg tak dpt nak nafikan.Untuk AJL nanti klau ikut PILIHAN HATI aku, balada lagu kasih tercipta, etnik lagu samudera, pop rock lagu sembunyi, dan juara keseluruhan lagu samudera. Tp klau ikut RAMALAN aku rasa balada kasih tercipta, etnik lagu aisyah ape ntah tajuknye, pop rock lagu yg ct nyanyi tu, keseluruhan lagu kasih tercipta. Kite tungguuuu…

    • hulk

      Hm….aku sebenarnya tidak setuju CT masuk final sebab lagu Destinasi Cinta tu tiada keistimewaan dari segi lirik dan muzik. Tapi, kalau vokal CT memang bagus – as usualla… Aku rasa slot CT patutnya milik lagu Satu Harapan sebab lagu tu mempunyai lirik dan susunan muzik yang lebih baik drpd lagu Destinasi Cinta (xada apa, just about cinta biasa!) Nway, tahniah pada semua yang terpilih…. Mawi did a good job with his dance and performance! Hopefully you’ll do much better in final AJL22.

      Ramalan:
      Balada: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
      Etnik : Samudera (Nora)
      Pop rock: Angan dan Sedar (Mawi)
      Overall: Mahakarya Cinta
      Persembahan: ?
      Vokal (erk??Ada lagi tak kategori ni ek?)

      All the best pada semua yang akan bertanding!!!!!

    • Dell

      ramalan saya;

      Etnik kreatif : Dirgahayu (Ramlah Ram)
      Balada : Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
      Pop Rock : Farhana (Jinbara)

      Juara : Mahakarya Cinta
      Vokal : Mungkin Faizal kot….
      Persembahan : Kalau KaK Ram boleh usung penari satu stage mcm Kak Ani, boleh menang kot.

      Pilihan saya kerana ketiga-tiga lagu ni unik dari segi melodi dan lirik dia…. tak selalu dengar lagu macam ni… yang lain-lain tu bagus juga, tapi melodi dia macam biasa-biasa jer….

      By the way, good luck utk semua penyanyi…

    • ichiro

      mmm… aku rasa ramalan aku lain sket.. aku dapat rasa destinasi cinta bleh menang.. sbb ,agu ni mungkin nampak takde kelainan, tapi its a gud karya…. susunan melodi yang seimbang. ramalan aku lagu ni mungkin juara poprock.. balada lak mahakarya cinta, dan samudera etnik kreatif.. juara lagu mahkarya cinta.. vokal siti leh dapat..

    • ain_nia

      Ramalan me:
      Balada: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
      Etnik : Dirgahayu (Ramlah Ram)
      Pop rock: Angan dan Sedar (Mawi)
      Juara Lagu: Mahakarya Cinta
      Persembahan: kena tgk AJL 22dulu
      Vokal:kena tgk AJL 22 dulu

    • boonch

      assalamualaikum..
      ape pendapat korg pasal hanye 3 jek lagu etnik kreatif btanding kat JL. korg rasa tu fair ke tak? mcm mane kite nak mempertahankan muzik irama msia haa?sedangkn lagu irama mesyia makin ckit kuota die,korang rasa tahun dpn jd 2 plak pencalonanan utk kategorine???? diminta komen ye. seberapa byk yg boleh. thanx. hidup irama msia! :D

    • jelita fabolous

      apa plak pendapat korang dgn lagu pop rock tiba2 dilbhkn jd 6 lagu yg berjaya ke juara lagu sdgkn irama msia hnya 3 lagu jek!!!! kite nak ikut budaya barat ke? sepatutnye kite harus menyokong irama tanah air sendiri.x adil bg komposer irama msia yg pnt wat lagu berkualiti…tp 3 lagu je dipilh,seolah2 usaha mrk x dhargai???

    • wann

      Aku rase utk balada , kasih tercipta akan menang !! Pop rock mungkin
      destinasi cinta and etnik kreatif mmg dh sure2 samudera !!!! Juara
      keseluruhan tentunya faizal tahir with his kasih tercipta !!! Tak caye ???
      we will see

    • didi

      ramalan saya…….
      jaclyn victor akan menang.mesti menang………pasti menang.

    • didi

      jaclyn adlh penyanyi yg sgt berbakat.
      doakan kjayaannya.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK