• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Anugerah Juara Lagu 25

7
  • by Budiey
  • in Anugerah Juara Lagu
  • — 10 Jan, 2011

Akhirnya pada malam tadi, debaran untuk mengetahui lagu terbaik untuk tahun 2010 diketahui juga menerusi satu pertandingan yang begitu ditunggu oleh semua… Anugerah Juara Lagu yang ke-25 berlangsung dengan penuh dramatik dan magikal di mana kesemua finalis memberikan persembahan terbaik.

Sebanyak 14 buah lagu dengan hasil nukilan dan garapan komposer serta penulis lirik terhebat dengan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair. Semua lagu bagi Budiey ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebenarnya, semua lagu boleh diangkat untuk bergelar. Cuma perlu diingatkan, segalanyat terletak di pena semua juri profesional yang dilantik oleh pihak TV3.

SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25
Pemenang Anugerah Juara Lagu 25:
Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali (trofi & wang tunai RM35,000)

Naib Juara Lagu ke-25:
Drama King ciptaan Taja penulis lirik Tun Teja oleh Black & Meet Uncle Hussain (trofi & wang tunai RM15,000)

Tempat Ketiga Juara Lagu ke-25:
Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz (trofi & wang tunai RM10,000)

Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)

Vokal Terbaik:
Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunai RM10,000)

Tahniah kepada semua pemenang!

Anugerah Juara Lagu 25

Acara tahunan ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam hingga 11.30 malam. Dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Budiey rasa ada sesuatu yang tak kena pada skrip AJL kali ini yang membuatkan penonton merasa bosan. Namun, dari pengamatan Budiey, ramai juga bersetuju sudah tiba masanya pihak penganjuran AJL menukar pengacara. Setidaknya selain kelancaran, apa yang kita mahu adalah tumpuan penonton tidak berganjak. Sekiranya ada skrip dan lawak yang sama diulang-ulang, ia seakan membuat tumpuan penonton jadi terpesong.

Berbagai spekulasi dan ramalan telah kita baca dan dengar di media massa dan di social network Twitter dan Facebook, namun segalanya terletak di tangan juri profesional. AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.

Kesemua 14 lagu yang bertanding pada malam tadi telah diadili berdasarkan jumlah markah sebanyak 70% yang dibuat sebelum pertandingan dan 30% menerusi persembahan malam kemuncak.

Dengan konsep berlainan saban tahun, AJL25 kali ini menampilkan konsep Music Mapping. Ia dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan dan kemuncak acara femilang ini.

Konsep ini nampak jelas sesuai semasa persembahan pembukaan yang disampaikan oleh bekas pengalun lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai juara iaitu Francissca Peter dengan lagu Sekadar di Pinggiran, Nash dengan lagu Ada Syurga di Pinggiran dan M. Nasir dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.

Konsep Music Mapping ini diharapkan bukan setakat konsep yang unik semata-mata kerana pada malam ini AJL25 sebenarnya mahu mengajak penonton untuk mengimbas kembali arus transformasi muzik pelbagai genre dan era dulu hinggalah sekarang.

Anugerah Juara Lagu 25

Dengarnya perkarangan Stadium Bukit Jalil riuh seawal jam 3 petang dipenuhi oleh para peminat yang tak sabar menantikan acara langsung dengan meluangkan masa mengambil bahagian di aktiviti anjuran HotFM, selaku radio rasmi.

Anugerah Juara Lagu 25

KEPUTUSAN PEMENANG DIPROTES?
Nampaknya, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku telah diprotes oleh ramai peminat. Paling teruk dalam sejarah penganjuran AJL, tak pernah lagi ada peminat ‘boo’ dan terus cabut dari kerusi dewan stadium seusai nama pemenang diumumkan. Semasa persembahan juara menutup tirai AJL25 semalam, ramai penonton yang tak berpuas hati dengan melontar perasaan mereka di Twitter dan Facebook.

Biar apa pun keputusan dan kutukan yang melontarkan rasa tak puas hati, pihak juri tetap mempertahankan kredibiliti lagu ini. Harus diingatkan keputusan adalah muktamad dan Budiey rasa korang patut hormati keputusan itu kerana mereka ni semuanya profesional dan sudah tentu bijak menilai muzik. Keputusan dibuat secara demokrasi.

Semasa sidang media, ketua juri iaitu M.Nasir telah memberikan sebab mengapa semua juri bersetuju memilih lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai juara. Menurut M.Nasir, lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ana Raffali ini mempunyai keistimewaan tersendiri di mana liriknya sangat unik, sangat personal, simple dan itu yang membuatkan juri mengangkat lagu ini sebagai juara. Ini satu gaya muzik yang ada pembaharuan dan ada citarasa yang berlainan. Lagu ini memang dalam kategori yang terbaik dalam senarai top 3 juri.

Menurut M.Nasir lagi, kebanyakan lagu finalis AJL tak mempunyai kekuatan pada lirik di mana lirik lagu sangat lemah. Namun lagu Tolong Ingatkan Aku ini mempunyai kekuatan setara iaitu 50-50. jadi, lagu ini nampak seimbang. Lirik dan melodi pada lagu ini mencipta satu pembaharuan. Juri melakukan penilaian bukan dari segi persembahan pada malam AJL tapi juri menilainya dari CD yang diberikan. Semasa mendengar lagu ini, ramai juri bersependapat, lagu Tolong Ingatkan Aku ini sangat mendalam, rasa serta mesej yang mahu disampaikan memang ‘sampai’ ke dalam hati juri. Jadi, lagu ini jujur dan ia lebih jujur dari lagu lain. Apa yang penonton perlu tahu, juara lagu bukannya satu pertandingan lagu yang popular tapi satu pertandingan lagu terbaik.

“Saya sedar perkara ini akan terjadi tapi juri telah membuat pilihan, sama ada betul atau salah, keputusan itu telah dilakukan dengan penuh pengetahuan kami dalam bidang muzik. Ini adalah keputusan demokrasi kami. Sudah tentu lagu ini sedap. Bagi saya lagu ini ada nilai sensitiviti, peribadi dan sangat ringkas, dah cukup untuk buat lagu ini juara. Saya melihat dari sudut lirik dan melodi. Kejujuran dalam lagu ini lebih dari orang lain, itu yang kita cari. Memang tidak dinafikan semua lagu dalam AJL kali ini bagus dan sedap, tapi lirik mereka lemah. Bagi saya, lirik juga memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah lagu,”ujarnya yang mengakui sukar untuk menentukan pemenang. Saya akui memang agak sukar nak pilih antara semua lagu yang bertanding, tapi susah nak cakap, lagu Tolong Ingatkan Aku ini lain dari yang lain dan bagus. Di sini saya inginkan tegaskan, kita pilih yang bagus dan terbaik, bukan lagu yang popular.”

Selepas keputusan pemenang diumumkan, Budiey sempat membaca komen-komen dari penonton yang melontar komen di Twitter. Kata mereka, lagu kemenangan AJL25 adalah sampah dan sebagainya.

Namun, menurut Ana Raffali, bagi beliau, takkanlah nak tolak rezeki. Mendapat peluang untuk ke pentas AJL pun satu kelebihan tersendiri. Beliau tak kecewa dengan suara-suara yang mengatakan lagu beliau tak layak kerana itu hak masing-masing. Bahkan, sekiranya penonton rasa begitu, bolehlah mengajukan kepada ketua juri.

Anugerah Juara Lagu 25

Persembahan magik penuh drama dari Faizal Tahir menggondol anugerah persembahan terbaik AJL25

Anugerah Juara Lagu 25

Anugerah Juara Lagu 25

Persembahan 3 Diva membuatkan sorakan dan jeritaan penonton semakin kuat mengegarkan stadium.

Anugerah Juara Lagu 25

Anugerah Juara Lagu 25

Anugerah Juara Lagu 25

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Next story Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25

ENTRI BERKAITAN

  • Adzriefaiz & Chad Hot FM Jadi Pengacara Baru Muzik-Muzik 4 Feb, 2012
  • Lagu PERGI Aizat Ciptaan PETE TEO lirik AMRAN OMAR Juara AJL24 11 Jan, 2010
  • Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 24 11 Jan, 2010
  • Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat? 28 Jan, 2008

7 Comments

  1. redfly says:
    Sunday, January 9, 2011 at 10:24 pm

    hello budiey, please bgtaw terus bila keputusan dh dpt nnty.
    :D thank you..

    jauh ni dari aussie :)

  2. lin... says:
    Monday, January 10, 2011 at 12:34 pm

    tahniah FT…. ;)

  3. Qarl says:
    Monday, January 10, 2011 at 1:15 pm

    ZIANA ZAIN GILERRR MELETOP!!! LIKE

  4. Hhk says:
    Monday, January 10, 2011 at 2:32 pm

    Salam..
    pendpt saya…

    apa2 pn kputusannya adalah yg trbaik.. juri lebh arif menilai dlm pmberian markah.. tuah manusia xde siapa yg tahu.. rezeki Allah yg beri.. tuah ayam nmpk d kaki.. ;-) terima la pmbaharuan nafas lagu baru yg mnjadi kelainan kpd industri.. kebnyakkan yg mnilai brdasarkan populariti aris n lagu.. mrk tdk arif dlm membuat pilihan.. apapun tahniah kpd yg pemenang yg bertuah..

  5. janee says:
    Monday, January 10, 2011 at 2:40 pm

    x setuju lagu juara tu juara ajl..klau juri dh menilai drpd cd yg diberi baik x payah buat pentas akhir kan…teruk tul la ajl thn nih..buat pe adakan pentas akhir klau dh dnilai mcm tu n cuma 30% drpd pentas akhir markahnya..huhu terasa ajl mkn teruk thn nih..last year ok ckit…

  6. k0m3n9 says:
    Tuesday, January 11, 2011 at 6:01 am

    janee.. aku pk ko bleh calonkan diri utk jadi juri awam.. eh ade juri awam ke ajl ni.. hahaha.. kalo xde soh ajl ujudkan dua kumpulan juri.. juri prof dan juri awam.. tapi komen ko pun bengong gak aku baca.. kalo dah takde pentas akhir ni.. takdela anugerah vokal terbaik dgn persembahan terbaik.. apadaa

  7. Anita Yusof says:
    Tuesday, January 11, 2011 at 11:19 pm

    Aku x prnh tgk Ana Rafali perform sama ada dlm TV, youtube atau live. Kenapa? Sbb aku x minat. Selalu dgr lagu ni di radio je. Time dgr radio tu pun aku x brp suka lagu ni sbb bagi aku lagu ni dirosakkan oleh style Ana menyanyi yg cuba nak tiru vocalist Cranberries. Tak sesuai. Kalau dia menyanyi secara normal, mgkn sedap sikit lagu ni kottt…Tp malam AJL tu, lepas 1st time aku tgk Ana Rafali nyanyi live, aku terus say ‘NO’ kat lagu ni. Hancuss…pitching out. Memang la ini bukan pertandingan nyanyian, tp pertandingan lagu…Wlu bagaimanapun, persembahan penyanyi memberi kesan yg bukan kecil pd lagu dan pd pendapat aku, Ana telah gagal menyempurnakan tugasnya dgn baik pd mlm itu. Aku lebih suka lagu Cinta Sempurna – Yuna. Bagi aku lagu ni jauh lebih unik dr Tolong Ingatkan Aku. TIA cuma kuat dr segi lirik jer. Sedangkan CS sebuah lagu yg lengkap pakejnya. Intro petikan piano CS cukup utk naikkan bulu roma…tp sayang lagu ni tak menang sebarang anugerah.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.