Anugerah Juara Lagu 22: Rehearsal & Ramalan Budiey
Pada malam ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 22 di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan 14 buah lagu berentap. Budiey dan Azwan telah pun mendapat kad jemputan daripada TV3 bagi menghadiri anugerah berprestij ini pada dua minggu lepas. Terima kasih TV3 di atas jemputan media. Kepada pembaca yang akan ke sana, jumpa anda di sana ya. Masuk adalah percuma dan tidak perlu pass masuk sebenarnya. Kepada yang ada tiket mungkin korang akan dapat masuk awal. Cari tempat yang strategik.
Pada malam ini, Budiey akan bertugas sebagai fotografer untuk mengambil gambar selebriti yang lalu lalang menggayakan fesyen Glam Magic di Purple Carpet yang katanya bermula seawal jam 7 malam. Hatta Dolmat ada memberitahu Budiey yang pereka fesyen prolifik ini pada asalnya diberi tugas untuk mereka fesyen untuk Faizal Tahir tetapi tahu-tahukan, isu dan kontroversi Faizal kena banned. Jadi, Hatta Dolmat telah mereka fesyen gaun untuk Julia Ziegler pada malam ini.
Budiey juga akan berada bersama dengan fotografer lain di dalam dewan. Tidak tahu lagi tempat yang akan dikhususkan untuk fotografer. Biasanya kami akan di tempatkan di depan pentas yang hanya duduk bersila sahaja. Sementara Azwan akan berada di dalam dewan di tempat duduk media yang lengkap disediakan dengan meja untuk mengemas kini bahan.
Tema Glam Magic (Keajabaiban Yang Popular) yang memerlukan selebriti mengenakan pakaian yang mempunyai elemen flowy, glitery, magically dan colourful ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Xtra AJL di Tv3.
AJL22 akan bersiaran langsung pada jam 8.30 malam ini tampak meriah dan tidak sunyi dari beberapa spekulasi awal iaitu siapakah yang bakal menyanyikan lagu Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta menggantikan Faizal Tahir. Ada yang mengatakan Fiq Mentor dan Ajai akan menggantikan Faizal Tahir?
Pada hari Jumaat lagi, krew pentas TV3 telah berkampung di Stadium Putra untuk melakukan latihan bersama dengan pemuzik dan penyanyi. Diharap majlis malam ini akan gempak dengan persembahan terbaik dari finalis. Selamat maju jaya untuk semua!

Berikut adalah ramalan Budiey untuk pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 malam ini:
Juara Lagu: Kasih Tercipta
Pemenang Bagi Kategori Balada: Kasih Tercipta
Pemenang Bagi Kategori Pop Rock: Angan & Sedar
Pemenang Bagi Kategori Etnik Kreatif: Samudera
Technorati Tags: keputusan ajl22, anugerah juara lagu 22, kontroversi faizal tahir banned, gambar purple carpet, result ajl22, pengganti faizal tahir, lagu terbaik, persembahan terbaik ajl, kad jemputan, wedding, suharto meninggal, gambar suharto
Tags: Anugerah Juara Lagu, anugerah juara lagu 22, gambar suharto, kad jemputan, keputusan ajl22, kontroversi faizal tahir banned, lagu terbaik, pengganti faizal tahir, persembahan terbaik ajl, suharto meninggal, weddingBaca artikel lain yang berkaitan:









January 27th, 2008 at 4:27 pm
kite tak sama taste la bang!! hehe
January 27th, 2008 at 7:17 pm
for me .. i vote siti!!
January 27th, 2008 at 11:12 pm
dah selesai pon…mmg mengejutkan betul la yek. hehe… papepon komen sy, siti masih lagi mengekalkan imej fesyen-tak-reti-pilih-baju-pakai-tudung-nak-tak-nak… jac n mawi mmg layak menang, fiq n bob mantap dan dayang masih lagi pakar merosakkan lagu… tahniah utk semua pemenang… estranged…biarla tu rezeki diorang…
January 27th, 2008 at 11:27 pm
siti tetap hebat
January 27th, 2008 at 11:35 pm
sudah2 le nak vote ct 2..
January 27th, 2008 at 11:52 pm
estranged menang memang tak sangka..tapi lagu die best gak..tapi yang penting AJL kali ni memang best..for me atleast
January 27th, 2008 at 11:56 pm
saye stuju! estranged okey la.. eventhpu sy rase yg patot meng Kak Melah ngan DIragahayu itu! huhu. Apepun, Zianaaaaaa! Rindu giler.
January 28th, 2008 at 12:15 am
Estranged deserved to win for AJL….music arrangement is the best.lain daripada yang lain……
January 28th, 2008 at 9:28 am
ok la budiey ramalan u satu menega…. ainnyer ramalan satu pun tak mengena.. hahhah… tahniah utk estranged…
January 28th, 2008 at 9:38 am
Bukan Estranged menang…”Itu Kamu ” yg menang…fahamlah sikit ini bukan pertandingan penyanyi…ini pertandingan Lagu.Lagu2 lain memang bagus semuanya tapi “ITU KAMU” memang patut pun…muzik mereka segar dan ada kelainan…tahniah pada pencipta Rich. Tapi biarpun lagu “Destinasi Cinta” kalah…ADA AKU KESAH?…yg pasti Mak Iti tetap Penyanyi hebat.
January 29th, 2008 at 11:53 pm
aku burenk bile dengar lorat indon pemenag juara lagu .. adoii … indon lai .. mana anak mesia .. bukan racist tapi peneng da ….