Anugerah Industri Muzik 15
Anugerah Industri Muzik 15 yang akan diadakan pada 3 Mei 2008 telah dipinda beberapa perubahan setelah perbincangan dilakukan oleh majlis dan persatuan Akademi Industri Muzik. Budiey kira satu perkembangan sihat untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan mengelak daripada isu-isu panas terus diperkatakan setelah selesai AIM.
Sebanyak 2 forum diadakan dan dari situ AIM diperbaiki untuk kebaikan penonton dan penganjur. Antara yang dipinda meliputi kriteria, kategori dan tempoh layak anugerah serta format penjurian.
- Mengambil kira album yang dikeluarkan pada hari terawal sebagai hari pengeluaran tanpa kisah samada ia dalam bentuk digital mahupun fizikal.
- Mengiktiraf album kaum-kaum lain seperti album Cina dan India. Diperkenalkan 2 anugerah baru iaitu “Album Cina Terbaik” dan “Album India Terbaik” di mana album dalam kedua-dua kategori tersebut tercalon berdasarkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.
- Kategori “Album Pop Rock Terbaik” dan “Album Hard Rock Terbaik” kepada satu kategori iaitu “Album Rock Terbaik” telah digabungkan.
- Disebabkan lebih daripada 65 peratus artis Inggeris tempatan yang memenangi “Artis Baru Terbaik” juga menjadi pemenang “Album Baru Terbaik” maka kategori “Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik” digugurkan.
- Bagi kategori “Album Indonesia Terbaik” pula, ia ditukar kepada “Lagu Melayu Terbaik Artis Luar Negara” asalkan album tersebut dipasarkan di Malaysia walaupun mereka bukan orang Malaysia.
- Menetapkan dua sistem di mana penjurian melibatkan dua proses yang dipanggil “pra-pemilihan” dan “pilihan terakhir”.
AIM terbuka kepada semua ahli RIM di mana setiap pencalonan dikenakan bayaran sebanyak RM100 manakala bagi kategori “Video Muzik Terbaik, “Lagu Terbaik” dan “Album Pop Etnik Terbaik” adalah pada kadar RM300. Antara 22 kategori yang dipertandingkan adalah “Artis Harapan”, “Kulit Album Terbaik”, “Rakaman Album Terbaik”, “Album Nasyid Terbaik”, “Anugerah Kembara” dan “Anugerah Sri Wirama”. Kesemua penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 11 Januari 2008 jam 4 petang di PAIMM.
[tags]Anugerah industri muzik 15, aim 15, perubahan, rombakan, penjurian, juri, hakim, mahkamah, album cina terbaik, indonesia, profile hardy mirza, sri wirama[/tags]
Tags: Anugerah Industri Muzik
Tags: Anugerah Industri Muzik, aim 15, album cina terbaik, Anugerah industri muzik 15, hakim, indonesia, juri, mahkamah, penjurian, perubahan, profile hardy mirza, rombakan, sri wiramaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 29th, 2007 at 9:12 am
Elyana stand a great chance to win the big awards
Her latest album JADI DIRIKU, is probably the best album of the year
Kulit Album Terbaik
Album Pop Rock Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita)
Susunan Muzik Terbaik dalam Album
Lagu Terbaik – Kau Atau Aku/Kalis Rindu/Syukur Ku Sedar
Album Terbaik
February 6th, 2008 at 2:08 pm
datuk siti nurhaliza akan menang banyak award malam tu menerusi albumnya yang ke 12, hadiah daripada hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ANTARANYA IALAH
KULIT LBUM TERBAIK,RAKAMAN ALBUM TERBAIK,SUSUNAN TERBAIK DI DALAM ALBUM,ALBUM POP TERBAIK, ALBUM TERBAIK,PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM ALBUM,LAGU TERBAIK(KU MAHU,MELAWAN KESEPIAN,MULANYA CINTA!!!
TAK PERCAYA TENGOKLAH SENDIRI NANTI!! HIDUP DATUK SITI NURHALIZA
February 6th, 2008 at 2:14 pm
DATUK SITI NURHALIZA AKAN MENANG BANYAK AWARD MALAM TU MENERUSI ALBUMNYA YANG KE 12,HADIAH DARIPADA HATI!!!!!!!!!!!!!!!!ANTARANYA IALAH
KULIT ALBUM TERBAIK,RAKAMAN ALBUM TERBAIK,SUSUNAN TERBAIK DI DALAM ALBUM,ALBUM POP TERBAIK,ALBUM TERBAIK,PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM,LAGU TERBAIK(KU MAHU,MELAWAN KESEPIAN,MULANYA CINTA!!
TAK PERCAYA TENGOKLAH MALAM TU NANTI! HIDUP DATUK SITI NURHALIZA
February 6th, 2008 at 5:32 pm
yelah tu..bolotlah sumenye..sume harta kt dunia, nama kat dunia ni bagilah ct tu..x herannye kalau dia dpt pon.kt kubur besok bukan blh bawak pon.yg dibawanye nanti amalannye..malaikat tak tanye berapa trofi yg ko dh dpt? gelaran apa yg ko dapat?
March 17th, 2008 at 12:23 pm
Rezeki adalah kuasa tuhan. Jangan dicemuh atau ada perasaan dengki bila seseorang menerima hadiah atau rezeki yang banyak. Bila kita berbuat demikian sama seperti kita mempertikaikan pemberian tuhan.Dialah yang berkuasa dan maha mengetahui atas segala sesuatu.
March 17th, 2008 at 1:04 pm
KALAU CT MENANG…NAPE NAK CEMUH? MEMANG MALAIKAT X TANYA PUN TROFI, TAPI SIAPA BOLEH LAWAN TAKDIR TUHAN? KALAU CT MENANG PON SEBAB TUHAN DAH TENTUKAN…KENAPA PULAK KO PERTIKAIKAN TROFI DI ALAM KUBUR? KO X PERCAYA TUHAN TELAH BAGI REZKI KAt ct?
March 29th, 2008 at 12:02 pm
penyandang top 5 kategori vokal wanita terbaik…siti nurhaliza,dayang nurfaizah,elyana,mila n satu lg xtau…tahun ne x byk artis wanita buat album…yg pntg lagu izinku pergi,menanti pasti n teman terulung antara finalis lagu terbaik kali ne…hehehe…jan lupa faizal tahir bakal menang vokal lelaki terbaik…calon akhir artis baru terbaik….diddy,mila,faizal tahir,aliff aziz n farah asyikin…kita tgk nnt …hehehe
April 6th, 2008 at 5:26 pm
harap2 aliff aziz bley menang ek…
April 30th, 2008 at 8:35 pm
pe ni sume cam cacat je mnang