• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 AIFFA 2013

0
  • by Budiey
  • in Events · Filem
  • — 28 Dec, 2012

Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 AIFFA 2013

Kuala Lumpur dikunjungi The Asean Premiere

Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013  (AIFFA 2013) adalah acara berprestij selama tiga hari yang akan diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkumpul untuk berkongsi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.

Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain.

Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka.

Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013  (AIFFA 2013) adalah acara berprestij selama tiga hari yang akan diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013.

Selain itu, AIFFA 2013 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

Menurut Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA 2013, acara itu bukan sahaja mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara penggiat filem, tetapi memberi pengiktirafan kepada filem-filem dengan pencapaian cemerlang di peringkat ASEAN.

“Kami berharap mereka yang terlibat di dalam industri perfileman akan mendapat manfaat daripada festival ini melalui acara – acara yang telah diaturkan sepanjang festival. Oleh itu, acara tiga hari termasuk rentetan aktiviti yang akan membolehkan peminat filem tempatan kita untuk mempelajari seni perfileman melalui penyertaan dan interaksi dengan penggiat filem dari pelbagai peringkat.”

AIFFA 2013 diendors oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Bukan sahaja negara-negara ASEAN, tetapi penggiat seni tempatan juga disyorkan untuk mengamati keunikan negeri Sarawak itu sendiri. Walaupun Sarawak kekurangan pendedahan dalam industri filem, namun ia mempunyai begitu banyak lokasi dan budaya yang boleh diketengahkan. Kami berhasrat untuk membuat AIFFA 2013 sebagai platform pelancongan dan diiktiraf sebagai hab bagi industri perfileman untuk berkembang maju ke hadapan. Oleh itu, kita bekerja rapat dengan penggiat industry filem termasuk FINAS untuk memartabatkan acara itu ke tahap yang lebih tinggi,”

Selain dari FINAS dan organisasi filem ASEAN yang lain, Steven Bernard, seorang perunding berpengalaman dari Hollywood akan bekerjasama dengan AIFFA 2013 untuk membantu dalam memastikan acara ini setanding dengan festival filem antarabangsa yang lain.

AIFFA 2013 melibatkan seminar dan pameran untuk penggiat filem yang mempunyai latar belakang yang luas dalam industri filem.

Antara yang dijemput untuk memberi taklimat tentang pembuatan filem adalah seperti produser terkenal Greg Levinsohn, yang telah dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi kerja-kerja beliau seperti Saving Private Ryan. Antara karya beliau yang lain adalah The Patriot, Snakes on a Plane dan banyak lagi.

Produser Hollywood seperti Kymber Lim yang telah menghasilkan filem-filem terkemuka seperti Tron: Legacy, 2012, Spider-Man2 dan juga Christopher Chen, produser untuk Iron Man-2, Harry Potter dan Deathly Hollows akan hadir untuk berkongsi kemahiran mereka semasa AIFFA 2013.

FINAS serta penganjur AIFFA 2013 menggalakkan penglibatan penggiat filem tempatan dengan melancarkan AIFFA 2013 semasa pelancaran media. Feature films yang telah dihasilkan dan siap antara 1 Januari, 2012 dan 1 Februari, 2013 layak untuk dicalonkan.

Selain dari pencalonan filem, AIFFA 2013 juga telah melancarkan pertandingan filem pendek pada bulan Julai 2012 dan maklumat lanjut mengenai AIFFA 2013 boleh didapati di laman web : www.aseanfilmfest.com.

Pertandingan filem pendek dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertandingan filem pendek disediakan khusus kepada pelajar dan terbuka kepada orang awam. Bertemakan ‘Naturally Beautiful ASEAN’, pertandingan untuk Feature film dan filem pendek hendaklah menggabungkan elemen yang berkaitan dengan ASEAN.

Acara 3-hari merangkumi pelbagai aktiviti, salah satu adalah tayangan filem “Movies in the Rainforest” pada 28 Mac 2013. Majlis itu akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak dan peminat akan mendapat pengalaman yang berlainan dimana penayangan filem tersebut yang terletak di tengah-tengah hutan hujan yang menawan. Selain daripada itu, pengunjung akan berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penggiat industri filem dari segenap rantau Asia.

Hari kedua (29 Mac, 2013) akan melihat rentetan peristiwa seperti seminar dan pameran di mana gabungan usahasama dari pihak studio, produser, pengarah, pengurus lokasi dan ramai lagi akan hadir untuk berkongsi pandangan mengenai pembuatan dan pengeluaran filem. Seminar ini terbuka kepada para perwakilan dan pameran dibuka kepada orang awam.

Kemuncak acara akan berlangsung di ‘Gala Nite’ pada 30 Mac, 2013 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Bertemakan ‘Black & White Borneo’, ianya merupakan majlis karpet merah yang berprestij dan penuh glamor.

Penyampaian anugerah akan berlangsung pada malam tersebut dan banyak acara gilang gemilang dan penuh dengan debaran bagi filem-filem yang tercalon.

Aktiviti-aktiviti yang diketengahkan daripada AIFFA 2013 termasuk:

March 28, 2013 : Welcoming Dinner and ‘Movies in the Rainforest’ at Sarawak Cultural Village

March 29 & 30, 2013 : Karnival Rakyat at Kuching Waterfront

March 29 & 30, 2013 : Film Exhibition & Seminar at Pullman Hotel, Kuching

March 30, 2013 : Golfing with the Stars in Borneo at Kelab Golf Sarawak

March 30, 2013 : Gala Night at Borneo Convention Centre Kuching

PRELUDE EVENTS FOR 2012

OFFICIAL LAUNCH OF AIFFA 2013
May 25, 2012
Guest of Honour: YB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Minister of Tourism Sarawak

SHORT FILM COMPETITION LAUNCH
July 11, 2012
Guest of Honour: YB Datuk Gramong Juna, Assistant Minister of Tourism Sarawak
Special guest: Mr Brian Tan

WAYANG PACAK WATERFRONT
September 14-16, 2012
Special guests: Sharifah Amarni, Bjarne Wong

FILM WORKSHOP SERIES
Visual Storytelling by Yasu Tanaka
October 20, 2012

PASSAGE TO MUMBAI
October 22-25, 2012
AIFFA2013 delegation and local film producers attend the Mumbai Film Festival.
Delegation headed by YB Datuk Amar Abang Johari, Minister of Tourism Sarawak

FILM APPRECIATION WORKSHOP BY FINAS
November 2, 2012

DOCUMENTARY FILM PRODUCTION WORKSHOP BY FINAS
November 26-30, 2012

VISIT TO ASEAN EMBASSIES IN KUALA LUMPUR

AIFFA 2013 PROMOTIONAL ROADSHOWS
Jakarta, Indonesia
(December 11-13, 2012)

Kuala Lumpur, Malaysia
(December 28, 2012)

Singapore
Manila, Philippines
Bangkok, Thailand

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: AIFFAAIFFA 2013AIFFA KuchingAIFFA2013Asean CinemaAsean International Film Festival And Awards 2013Asean PremiereAwards NightBollywoodBorneoBudieydinnerEvent AIFFA2013Festival AIFFA2013Festival dan Anugerah Filem Asia AntarabangsaFestival DirectorFestival Filem Asia AntarabangsaFFMfilmakersfinasGafimGala NightGolfingHollywoodIron ManKelab Golf Sarawakkuala lumpurKymber LimLegacyLivan TajanglocationMovies in the rainforestPameran FilemsarawakSarawak Cultural VillageSaving Private RyanshootingSpidermanTronWayang PacakWorld Communication

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gossip Artis Untung Berjuta Tapi Kedekut?
  • Next story Khairul Fahmi Che Mat Apex & Leuniey Natasha Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz

ENTRI BERKAITAN

  • BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY 20 May, 2008
  • Festival Anak Muda 2011 ROCK THE YOUTH 20 Jul, 2011
  • Dreamworks Animation Moves To Twentieth Century Fox 23 Aug, 2012
  • Sekitar Karnival Pelancongan Belia 2011 10 May, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.