in

Anugerah Blokbuster 2 Perkenal Anugerah Gempak Wechat

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal melangsungkan buat kali keduanya anugerah berprestij iaitu ANUGERAH BLOKBUSTER-2 bagi menjayakan perfileman Malaysia. Sekali lagi PFM bekerjasama dengan Astro Ria dan Radio Era sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. ANUGERAH BLOKBUSTER-2 akan diadakan pada hari Sabtu, 15 jun 2013 jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru.

Sidang Media Anugerah Blokbuster 2

ANUGERAH BLOKBUSTER-2 adalah projek kedua anjuran PFM dengan kerjasama Astro yang akan menjadi acara tahunan bermula dari tahun 2012. Anugerah ini sekali lagi menggunakan sistem pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang disediakan. Para penonton boleh mengundi filem-filem dan artis-artis kegemaran mereka melalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Laman web telahpun dibuka dari 19 April 2013 hingga 15 Jun 2013 untuk peminat mengundi.

Terdapat 49 buah filem yang layak untuk dicalonkan dalam ANUGERAH BLOKBUSTER-2. Pada sidang media yang kedua ini, PFM akan mengumumkan 10 pencalonan yang layak ke peringkat seterusnya. Manakala pencalonan untuk 5 yang teratas akan diumumkan pada malam anugerah berprestij ini dilangsungkan Para pemenang akan disampaikan oleh artis-artis popular tempatan seperti seperti Hanif ERA, Ray ERA, Rozita Che Wan, Wawa Zainal, Emma Maembong, Fazura, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Antara anugerah-anugerah yang bakal disampaikan oleh artis-artis tersebut ialah;

1. Anugerah Filem Terhebat
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat
4. Anuegarah Filem Aksi Terhebat
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6. Anugerah Filem Takut Terhebat
7. Anugerah Filem Drama Muzikal Terhebat
8. Anugerah Hero Terhebat
9. Anugerah Hero Baru Terhebat
10. Anugerah Heroin Terhebat
11. Anugerah Heroin Baru Terhebat
12. Anugerah Watak Penjahat Terhebat
13. Anugerah Lagu Tema Terhebat
14. Anugerah PFM
15. Anugerah Astro First

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh berkata,

“Anugerah Blokbuster yang dianjurkan buat pertama kali pada tahun lalu ternyata telah mendapat sambutan dan respon yang amat baik di kalangan peminat seni hiburan tanahair.”

Penganjuran anugerah sebegini memberi mereka kuasa memilih sepenuhnya untuk mengiktiraf karya dan bakat yang mereka minati. Menerusi platform ini juga orang ramai dapat menunjukkan sokongan padu dengan menghantarkan undian untuk memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Ini jelas membuktikan populariti yang diraih haruslah selari dengan kualiti setiap karya dan bakat yang telah dicalonkan.

Lantaran itu, kami berasa amat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan pihak penganjur untuk membawakan anugerah berprestij ini buat tahun yang kedua. Kerjasama yang terjalin ini dilihat mampu menghasilkan satu lagi produk bermutu tinggi yang boleh membantu mengukuhkan kedudukan Astro selaku pembekal kandungan tempatan utama di negara ini,” jelas Khairul.

Khairul turut menambah, “Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau ‘Hipster’, Astro Ria di saluran 104 akan membawakan siaran terus menerus secara langsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru secara eksklusif dan istimewa bermula dengan Karpet Blokbuster tepat jam 8.30 malam.

Hiburan berterusan ini akan disusuli pula dengan Siaran Langsung ANUGERAH BLOKBUSTER Ke-2 yang akan disiarkan selama dua jam setengah bermula jam 9.00 malam. Sejurus tamat, para penonton kemudian akan terus dihiburkan lagi dengan siaran langsung Letusan Blokbuster tepat jam 11.30 malam. Sama-samalah kita berhibur dengan acara gilang gemilang ini kelak.”

Pada malam ANUGERAH BLOKBUSTER-2, pihak Astro dengan banggannya mempersembahkan Dato’ AC Mizal, Scha Al Yahya, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul yang akan muncul sebagai pengacara serta persembahan-persembahan pentas oleh artis-artis tanahair. Antara artis-artis yang akan menghiburkan para penonton ialah seperti Adam, Stacy, Azlan And The Typwriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat, WARIS, DJ FUZZ, Juzz Thin, The Romans dan Shae.

Harapan PFM dan Astro untuk Anugerah Blokbuster-2 akan lebih mendapat sambutan di luar jangkaan dan sokongan dari pihak media serta penyiar rasmi Astro Ria dan Radio ERA fm penggiat-penggiat seni tanahair dan juga peminat-peminat filem melayu Malaysia akan lebih berjaya dengan cemerlangnya bagi memeriahkan lagi industri perfileman Malaysia.

Bagi menjayakan Anugerah Blokbuster Ke-2, pihak PFM dan Astro mengalu-alukan kehadiran WeChat menghulurkan sokongannya selaku penaja utama untuk penganjuran kali ini.

Sidang Media Anugerah Blokbuster 2

Sidang Media Anugerah Blokbuster 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Planet Kiara Musim Kedua

Drama Bersiri Violet Sukasih Lakonan Zizan Nin