• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Anuar Zain Umum Harga Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

0
  • by Budiey
  • in Anuar Zain · Konsert
  • — 10 Dec, 2012

Selepas ke Prebiu Media Filem The Hobbit pada jam 10.30 pagi tadi, Budiey hadir pula ke Sidang Media Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta & Sanubari. Budiey sangat teruja untuk menghadiri sidang media kedua yang diatur oleh Anuar Zain Network ini. Maklumlah, Budiey ada berita gembira untuk pembaca budiey.com dan semua penggemar muzik Anuar Zain. Tak apa, anda akan ketahui semuanya pada 12 Disember ini ya. Nanti Budiey umumkan di blog ini. Ini eksklusif untuk pembaca budiey.com. Sabar dulu, kay!

Oh ya, bercakap pasal filem The Hobbit ni, menonton filem arahan Peter Jackso pada pagi tadi sikit sebanyak mengingatkan Budiey dengan filem Trilogi The Lord of The Rings. Epik giler! Oh ya, durasi filem The Hobbit ni agak panjang juga ya, selama 2 jam 50 minit Budiey dibawa untuk mengembara ke dunia Hobbit penuh ranjau katanya. Kira lama jugak tu. Nantilah, Budiey rebiu di entri lain ya. Sebab di entri ini, Budiey nak cerita tentang Anuar Zain!

Sekarang ini, jam 4 petang, Budiey dah bersiap sedia pun berada di PressRoom, Bangsar Shopping Center bersama para media yang lain untuk mengikuti satu lagi pengumuman yang akan dibuat oleh Anuar Zain.

Setiap kali sidang media dan acara yang melibatkan Anuar Zain, pasti akan dapat sokongan dan liputan yang meluas daripada media. Itulah aura Anuar Zain! Masih berbisa

Budiey dikhabarkan, selain mengumumkan senarai harga tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari, Anuar Zain juga akan mengumumkan Tayangan Perdana video Sempurnakan Aku dan akan memberi tahu media tentang perkembangan video Ajari Aku yang telah dilancarkan di Youtube baru-baru ini.

Juga, tak lupa, ada berita baik bagi peminat Anuar Zain dari Pantai Timur dan Selatan Semenanjung. Anuar Zain telah mengumumkan satu program eksklusif untuk korang yang mahu ke konsert ini.

Anuar Zain Disember 2012

Budiey kira, tinggal lagi 3 bulan, konsert pertama Anuar Zain yang berskala mega ini akan berlangsung dan pastinya Anuar Zain kini sudah bersiap sedia untuk meraikan ulangtahunnya selama 30 tahun dalam industri muzik bersama peminatnya. Anuar Zain kata, dia tak sabar dah!

Untuk pembaca yang belum tahu, Anuar Zain akan mengadakan konsert yang diberi nama Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari pada 16 Februari 2013, hari Sabtu di Stadium Putra Bukit Jalil jam 8.30 malam.

Budiey kira ramai peminat setia Anuar Zain dah tak sabar untuk beli tiket, kan? Betul tak?

Okaylah, dengan ini Budiey senaraikan harga tiket Konsert Anuar Zain yang akan mulai dijual pada jam 12 tengahari, hari Rabu ini, 12 Disember 2012…. Wah, pandai jugak Anuar Zain pilih tarikh untuk jual tiket ni. Cantikkan nombor 12.12.2012? Harap-harap, ada tuah untuk Anuar Zain dan semua peminat Anuar Zain dapat membeli tiket mulai hari Rabu ini.

Harga tiket Konsert Anuar Zain boleh dibeli dengan harga paling murah RM88 hingga RM698 melalui laman web www.ticketcharge.com.my dan cawangan rasminya.

Budiey dah check di laman web TicketCharge pada hari ini, dan mendapati laman web ini sudah pun mempromosikan event ini dibawah kategori coming soon!

Tak mengapa, hanya tinggal dua hari lagi untuk anda bersedia bagi dapatkan tawaran diskaun untuk tiket konsert ini. Dua hari je lagi!

Harga tiket: RM698 (Platinum), RM598 (Gold), RM398 (Silver), RM298 (Bronze), RM138 (Paladium A) dan RM88 (Paladium B).

Bagi jualan tiket pukal, sila hubungi Anuar Zain Network di 0124642030.

Bercakap pasal tiket yang melibatkan persembahan Anuar Zain sebelum ini, ada pembaca yang mengeluh, tiket pasti mahal untuk konsert ini. Tapi Budiey kira dengan harga tiket paling murah RM88 adalah berpatutan kerana ia mampu dibeli oleh peminat setia beliau. Ala, bukan selalu pun Anuar Zain buat konsert mega, ini adalah kali pertama kot. Pasti bagi peminat Anuar Zain yang sentiasa mengikuti persembahan beliau, tidak menjadi satu masalah.

Namun, bagi Anuar Zain, beliau menyifatkan harga tiket yang mencecah sehingga RM698 adalah bersesuaian dengan persembahan itu kelak. Berbaloi dengan apa yang akan dihidangkan kepada peminat yang datang.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA ANUAR ZAIN DI PRSSS ROOM:

Menurut Anuar Zain, harga tiket yang bermula dari RM88 itu adalah satu jumlah yang wajar dan adil kerana konsert berkenaan menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega.

“Harga tiket adalah bersesuaian dan adil mengikut skala dan kualiti konsert itu nanti.Kami menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah. Mustahil untuk kita dapat sesuatu yang berkualiti dengan harga yang murah.”

Persiapan kini sedang giat dijalankan dan Anuar Zain juga kini dalam proses mencari penaja untuk konsertnya. Budiey dikhabarkan ada tinggal satu lagi sidang media sebelum konsert berlangsung akan diadakan iaitu Anuar Zain akan mengumumkan penaja rasmi, media rasmi dan juga mengemaskini tentang penjualan tiket.

“Saya akan mulakan sesi kecergasan bermula minggu hadapan bersama jurulatih bagi memantapkan stamina. Untuk latihan vokal, saya tidak jalani kelas latihan vokal dan hanya bergantung kepada pengalaman menyanyi selama ini. Kami juga akan ubah semula susunan muzik agar lebih segar dan mantap bersesuaian dengan suasana, rasa dan tema konsert,” jelasnya yang masih belum memutuskan senarai lagu dan konsep pada persembahan tersebut.”

Konsert yang diiringi 31 pemuzik itu bakal diketuai pengarah muzik Mac Chew.

Yang paling beruntung, diskaun khas awal sebanyak 15% akan ditawarkan kepada 1,000 pembeli pertama, antara 12 hingga 19 Disember.

Anuar Zain juga telah mengesahkan bahawa tiada rancangan pada masa ini untuk mengadakan konsert di Singapura seperti yang dilaporkan.

“Yang penting bagi saya sekarang ialah untuk berkongsi perjalanan muzikal saya dengan semua peminat di Stadium Putra, dan berharap agar konsert ini akan menjadi sesuatu yang istimewa untuk semua yang hadir pada malam 16 Februari nanti.”

Di acara santai jam 4 petang tadi, Anuar Zain juga sangat berterima kasih kepada peminat yang menonton dan layan video Ajari Aku yang telah ditonton di saluran rasmi Youtube Anuar Zain Network yang kini telah mencapai lebih dari 93, 000 hits dan lebih 233, 000 hits penonton di channel Youtube Budiey.com.

Budiey dengar ada berita angin mengatakan bahawa single Ajari Aku kini telah memasuki carta radio tempatan. Tak lama lagi kompem dapat jadi juara carta.

Menurut Anuar Zain lagi, ramai peminat  yang beria-ia dan teruja nak tahu kesudahan video klip Anuar Zain Ajari Aku.

“Ramai yang bertanya tentang apa yang akan berlaku seterusnya dalam Ajari Aku di mana akan bersambung dalam lagu Sempurnakan Aku. Jadi istimewa untuk peminat,  Anuar Zain akan tayang video Sempurnakan Aku di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.”

Kiranya tayangan perdana video muzik ini sebagai hadiah istimewa untuk peminat Anuar Zain yang akan bersama-sama dengan beliau pada malam itu.

Ini pula berita baik buat peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur,  pihak Anuar Zain Network dengan kerja sama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif untuk peminat-peminat Anuar Zain dari Kota Bharu, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura.

Pakej ini dinamakan 3Dekad 1Destinasi. Untuk info lanjut korang semua boleh layari : www.facebook.com/3Dekad1Destinasi

“Yang penting bagi saya sekarang ialah untuk berkongsi perjalanan muzikal saya dengan semua peminat di Stadium Putra dan berharap agar konsert ini akan meninggalkan kenangan manis yang paling istimewa bagi peminat yang hadir pada malam 16 Februari nanti.”

Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepat beli tiket ya!

Untuk info lanjut tentang konsert anda boleh melayari: www.facebook.com/AnuarZainNetwork

www.ticketcharge.com.my

www.universalmusic.com.my

www.facebook.com UniversalMusicMy

Anuar Zain

Anuar Zain Disember 2012

Seats utk Konsert Anuar Zain. Sape nak tahu harga tiket? Sila RT

Anuar Zain Disember 2012

Konsert Anuar Zain… pasti yang pertama ini akan kebaboom! Meletop!

Anuar Zain

Anuar Zain

anuar zain & media

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Ajari AkuAnuar ZainBerita Anuar ZainBlog Rasmi KonsertHarga Tiket Konsert Anuar ZainPeter Jacksoticket chargeTiga Dekad Muzik Cinta dan SanubariTrilogi The Lord of The Rings

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Family Comedy The Smurfs 2 3D
  • Next story Pereka Fesyen Nurita Harith Dakwa Neelofa Kurang Ajar

ENTRI BERKAITAN

  • Diskaun Tiket Konsert Maher Zain Live di Kuching 3 Nov, 2011
  • Konsert Pertama Maya Yunalis Zarai 4 Feb, 2011
  • Katy Perry The California Dreams Tour 2011 4 May, 2011
  • SPARKS Show Choir Camp 13 Apr, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Juan on:Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • kucinghitam on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Khairullah on:Perubahan Wajah Zoey Dulu Dan Kini
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.