in

Anuar Zain Penghias Muka Depan Majalah STUDIO H

Apabila Budiey amati betul-betul, perkembangan dunia digital semakin membangun dengan pesatnya. Ia sejajar dengan reBukan sahaja dari segi penerbitan akhbar digital, malah kebanyakan majalah di Malaysia sudah mengambil inisiatif untuk menerbitkan secara digital. Senang dibawa kemana sahaja. Kini, kita boleh baca akhbar dan majalah di mana sahaja.

Semuanya di hujung jari. Dengan penggunaan gajet canggih secara berleluasa kini, sudah tiba masanya kita mengaplikasi kemodenan yang ada. Bukan apa, apabila semua majalah dan akhbar dah ada edisi digital, maka ini menjimatkan penggunaan kertas dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar, betul tak?

Anuar Zain Penghias Muka Depan Majalah Studio H Keluaran Pertama

[dropcap]T[/dropcap]erbaru, pada hari ini, 2 April 2014, Budiey diberitahu bahawa ada sebuah majalah digital terbaru keluaran Astro Digital Publications iaitu STUDIO H telah dilancarkan kepada orang ramai. Studio H adalah sebuah majalah digital hiburan yang pertama di Malaysia. Budiey nak ucapkan tahniah buat editor pengurusan majalah Studio H iaitu Badrul Hashim Astro Digital Publications!

Memetik kata Badrul Hashim dalam ruangan Nota Editor, beliau menulis:

“Membawa revolusi baru dalam berkongsi cerita industri hiburan tempatan, besar harapan agar Studio H akan memberi nafas segar bukan sahaja kepada peminat tetapi juga kepada pemain-pemain industri hiburan.”

Menariknya, untuk keluaran sulung, Studio H menjemput Anuar Zain sebagai penghias muka depan. Mungkin bertepatan dengan persembahan Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain yang akan dilangsungkan pada 29 April 2014 di Hotel One World, Bandar Utama. Selain itu, Budiey kira, ia satu pemilihan yang sesuai kerana penyanyi bersuara lantang ini sudah lebih 30 tahun mewarnai industri muzik Malaysia.

Budiey dah pun memuatturun majalah ini di iPad dan ternyata Budiey suka dengan isi kandungannya yang banyak menyiarkan temubual eksklusif bersama selebriti popular. Antaranya, Bront Palarae, chef selebriti Nik Michael, penyampai radio Hot FM, AG, penyanyi Hafiz, Nazri Noran dan ramai lagi.

Membelek-belek majalah digital ini seperti membelek-belek majalah yang hidup di mana ada disisipkan video-video ringkas. Contohnya, dalam keluaran pertama, anda boleh melihat video kata-kata Anuar Zain dan juga boleh dengar Anuar Zain turut menyanyikan sebuah lagu!

Buat masa ini, pengguna iPad boleh mendapatkan edisi pertama majalah digital Studio H dengan memuat turun aplikasi Studio H di Apple Store. Namun begitu, untuk pengguna iPhone, Tablet, Smart Phone dan Android, nantikan kemunculan Studio H tidak lama lagi.

Untuk info lanjut, apa kata anda ikuti Studio H di Twitter @studioh_MY dan instagram: StudioH_MY.

Anuar Zain Penghias Muka Depan Majalah STUDIO H

photo 5

photo 1

photo 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Paints It Black With New Look

Teater PROJEK KAHWIN Lakonan Izzue Islam & Hanez Suraya